Friday, December 02, 2005

Tiada Tajuk Yang Sesuai

Aku ingat nak tulis blog, satu kali rasa takder mood plak.
wakakakkaak..... ok calooo.

Wednesday, October 12, 2005

Rupanya Perjalanan Masih Jauh

Akhirnya, mereka muncul. Siapa? Anak-anak ayah dah lahir, huhuhuhu. Ni aku nak citer pengalaman sikit la sebagai ahli kelab bapa yang terbaru.

Pada hari Isnin, minggu lepas, aku pegi la antar bini aku buat check up kat HTAR, Klang. Sekali kener tahan daaa... mcm berhenti jantung aku bila doktor kata.. eh dah bukak 2cm... APA ?? dalam kepala aku yang bebal minyak ini, menggelabah mencarik makna bukak 2cm, aper dah nak beranak ker? lambat lagik ker? ada komplikation ker? yang aku tak tahan perkataan 'eh' dari mulut doktor tu. Mcm takder apa2 berlaku jer sebut mcm tu.

Aku pon bersiap lah nak anta bini aku naik wad, dengan bag baby yang wife aku dah sediakan sebelom ni. Aku tgk bini aku jalan ok jer, mcm tak sakit, bila aku tgk yang dalam wad tu rupenyer setakat 2cm tu anakanak rebina jer. Aku pon releks la, sebab dalam hatia ku dah cool balik kan.

Wife aku di bagi opsyen utk cuba beranak normal. So, bersedia lah dia utk beranak normal akan tetapi entah agaknyer lambat sgt kot doktor bagi induce (aperbender ni jgn tanya aku..google sendiri lah)...bila dah induce sakit nyer adalah berkali ganda dengan yang betul2 beranak normal...pastuu sebab tak tahan sakit sgt, bagi epidural (betul ker eja ni), kira mcm bius la mender ni...masuk kat tulang belakang. Pastu tunggu punyer tunggu... dah bukak 9cm... pastuu tiba2 baby no 2 dah tak tahan... (maknanyer ada kemungkinan utk lemas)... so.. terpaksa operate... kesian isteri aku ni ... bersabung nyawa berapa jam ... aleh2 operate gak... nampak gak muka kecewa... tapi sebelom ni dalam hidup kita dah baper kali kecewa..so, kener belajarlah cemaner hadaapi kecewa. Tapi isteri memang isteri yang bijak.. so, dia tau bagaimana harus dia menghadapi semua itu.

Aku tunggu kat wad bersalin dari pokol 10am sampai pokol 11.30pm...sampai umah kol 2 sebab lepas operate bini aku kener duduk labor room lagik sebab banyak hilang darah. So, aku tgk bini aku jap, ambik uri pastu balik... sampai umah dalam kol 2.30 pagi. baby kener duduk paedetrik ICU ... sebab kesukaran bernafas. Jantung aku lagik sekali mcm nak berenti bila doktor bagi tau mcm tu. Tapi agak nyer muka aku pucat, dia sedapkan hati aku dengan berkata 'bukan aper, dia nak jaga sendiri baby ni sebab kawan ngan isteri aku'...ler cakap la kawan.

So..aku pon balikk... tu la pengalaman mmasa delivery. huhuhuhu. nanti aku sambung lah penat ni. Saper nak tinguk gambar baby gi sini
KLIK UTK GAMBAR BABY

Thursday, September 29, 2005

Semakin Hari Semakin Hampir

semakin hari semakin hampir, semakin hari semakin sayang. Tidak dapat tidak, aku meluahkannya juga sebagai seorang suami yang mempunyai sifat ego, garang dan rock. Tak dapat aku sembunyikan lagi betapa aku sayang kat isteri aku dari hari berganti hari, bulan berganti bulan setelah 9 bulan isteri aku mengandung.

Anak 1st dan 2nd beb. Setelah 9 bulan betapa isteri aku berkorban membawa anak kami ke hulu ke hilir, keluar masuk hospital di mana kandungannya sekarang mencapai 5 kilo. Tu baru baby. Uri dah sekilo lebih, air ketuban dah 2 kilo lebih, lemak lagik... perghh berat beb. kaki pon bengkak, tangan pon kebas.

Bila aku tengok perkara2 mcm tu, dalam hati aku semakin terharu. Saper kata mat rock hati batu. Lembut beb mcm getah, boleh di tarik2 gitu. Sedikit demi sedikit aku menarik diri untuk sementara waktu dapat dunia kepahlawanan. Bukan apa, demi sentiasa di sisi isteri tersayang. hahahahha. susah beb nak sebut. sayang. sayang. sayang.

Apaapa pon, terima kasih berjuta-juta sayang buat isteri aku kerana pengorbanan tanpa berbelah bagi demi keluarga. Rasa gembira mcm nak kluar air mata beb, bila dapat seorang isteri yang bertanggungjawab dan memahami. Tiba giliran aku pulak..huhuhuh...syahdu..syahdu.

Sunday, September 25, 2005

kawen kawan kawen kawen kawan kawen

Dari tajuk pon dah tau apa citer aku nak sembang. Kawan aku kawen dengan kawan aku jugak dan sebenarnyer istilah ini aku guna dah lama. Kawan-kawan tak mau lawan, tapi kawan-kawan mau kawen.

Hari ini 25 September,
Rumah aku ada ramai orang dengan kaum kerabat aku dari tg karang. Abis semua spekong. muahahaha. Tapi aku ada satu perkara yang aku rasa macam dibawah sedar. KENIT KAWEN. muahahah... aku mcm tak percaya. Gelaran Tanpa Belas Kasihan didalam alam kepahlawan telah ditukar kepada gelaran raja sehari atau raja 2 hari. bila aku balik bini aku tanya, mcm tak caya jer kenit kawen. kekekekekke. Bini aku mungkin tak dapat menerima kelakuan yang masih mengamalkan semangat ke'ribena'an dalam pergaulan akhir nyer telah menamatkan zaman bujang nya pada semalam di semenyih. Tapi paling aku sedih adalah takdapat tgk mcmana kawan aku amik 2 kali henjut.

Apa-apa hal pon, wa memang seronok dan sgt menasihatkan kawan2 lain yang belom berkahwin. Kahwinlah....

bebal

Saya merasakan di negara kita ini, kesedaran tentang minyak dan arus politik ekonomi minyak amat minima. Saya masih belum melihat berlakunya perbincangkan akademik atau wacana ilmiah dari para pemikir tamadun – jika mereka wujud – tentang peranan minyak dan budaya konsumer yang kita alami hari ini.

Parti-parti politik, dari yang berkuasa hingga ke parti yang bermimpi-mimpi hendak berkuasa, masih gagal memahami implikasi politik minyak. Badan-bandan Ngo kelihatan tidak bermaya untuk memahami apa itu politik minyak. Saya tidak mengharapkan universiti kerana universiti-universiti di negara ini, telah lama ‘mandul’ ilmu. Akhirnya apa yang wujud hanyalah budaya bebal minyak.

Malah, masih ramai yang berpendapat bahawa harga minyak melonjak naik kerana wujudnya spekualsi dari syarikat-syarikat gergasi minyak yang memasung pengeluaran dan pengedaran minyak. Mengikut hujah pandangan garis ini, para spekulasi ini sedang bersekongkol dengan media untuk menakut-nakutkan pengguna agar harga minyak terus dapat dinaikkan.

Sayamenulis, terutama kepada ramai penganut mazhab bebal minyak bahawa bahan bakar minyak petrol ini telah semakin susut. Saya dapati kebebalan yang maha sangat ini, sedang melanda budaya fikir warga negara ini. Sedikit sebanyak, saya dapat memahami kenapa begitu liat sekali kesedaran ini meresap. Dan bagitu susah sikap bebal minyak ini pecah. Dari sudut ilmu falsafah, perkara yang amat susah untuk diterima ialah kebenaran, terutama apabila kebenaran itu akan mengancam pandangan dunia yang sedang dipegang.

Kita harus sama-sama menerima hakikat bahawa tamadun yang sedang kita alami ini ialah tamadun minyak. Panggillah ianya apa sahaja – tamadun moden, pasca moden, late capitalism, pasca Marxism atau pra tamadun Islamic – hakikatnya, kita sedang bergelumang dalam tamadun konsumer yang dijana oleh minyak petrol yang senang didapati dan murah.

Semua yang wujud di sekeliling kita hari ini ada bersangkutan dengan bahan bakar minyak petrol. Kita diterangi, dipanasi dan diangkut ke hulu ke hilir oleh minyak. Kita makan dan kita minum minyak petrol. Makanan yang dihidangkan di meja makan kita adalah minyak. Tepung, beras, sayuran, daging atau ayam yang dimport, memerlukan pengangkutan. Pengangkutan bermakna minyak.

Gandum yang menghasilkan tepung, memerlukan baja. Baja ertinya minyak petrol. Ikan yang dicari di lautan, wajib ditangkap dengan kapal nelayan. Kapal nelayan bermakan bahan bakar minyak. Ayam yang kita bawa masuk dari Siam wajib dibawa dengan lori. Lori ini memerlukan minyak petrol. Kain baju yang kita pakai pun dari minyak. Hakikatnya, dalam tamadun konsumer hari ini adalah tamadun minyak petrol.

Kerana bahan bakar ini begitu penting, maka saya meminta kita memberi perhatian serapi mungkin terhadap gerak politik minyak yang sedang berlaku di sekeliling kita, agar kita tidak terus menjadi bebal minyak dan tiba-tiba melopong ternganga apabila Kancil kita tidak berupaya lagi bergerak.


Sikap bebal minyak saya perhatikan semakin menjadi-jadi. Satu petanda yang amat jelas ialah garis ekonomi kerajaan kita yang begitu ghairah dengan industri kereta dan motosikal. Perbincangan yang dilakukan di Parlimen oleh pihak kerajaan dan pihak yang bermimpi hendak menjadi kerajaan mengenai industri ini, hanya berupaya ke tahap permit AP. Otak ahli-ahli Parlimen kita tidak berupaya untuk berhujah dan menilai lebih jauh:

– Apakah industri kereta ini satu bentuk industri lama yang telah ditinggalkan zaman

– Apakah industri ini sengaja ditinggalkan kepada dunia ketiga kerana ianya bersifat ‘kotor’

– Apa pandangan para YB tentang masa depan industri ini yang dijangka hanya akan dimiliki oleh hanya lima syarikat motor gergasi dan tidak termasuk Protong atau kedai membaiki motor di Kampung Kerinchi.

– Apakah para YB tidak menyedari bahawa banyak syarikat kereta dalam dunia ini sedang menuju ke gaung kemuflisan, termasuk Plotong.

Akhir bulan ini atau bulan hadapan, kerajaan Indonesia akan melupuskan subsidi bahan bakar minyak untuk rakyat Indonesia. Pentabiran Presiden Susilo telah bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Keretakan rejim Suharto dahulu bemula apabila Suharto cuba menaikkan harga bahan bakar ini. Kali ini Susilo pula akan mencuba melakukan perkara yang sama dalam suasana pasca reformasi. Saya berharap semua penganut bebal minyak akan mengikuti apa yang akan berlaku di Indonesia dan bukan hanya bersembang kosong tentang AP.

Friday, September 23, 2005

Kelemahan Diri

Aku rasa lemah yang teramat lemah. Mungkin sebab dah pokol 5.50pg aku cuba utk tulis blog. Aku rasa aku sangat lemah dalam berbincang mengenai script yang aku buat. Lemah membincangkan dan mempertahankan diri aku utk supaya tidak membuat lebih kerja. Aku jugak lemah dalam menahan ngantuk dan untuk bangun tido. Memang mencabar saper yang penah cuba nak kejut aku. Blacksnow tau arr.. dia penah angkat aku dan diheretnya aku ke bilik air. Lemah tulis blog. Lagi satu main badminton, kelemahan aku terletak pada stamina aku. Stamina aku betul2 teruk, 2 set jer dah mengah. Bender yang paling aku lemah ..... hehheeheheh..memang lemah giler beb. tak tau nak buat apa dah. Dalam hati berkata, esok jer la aku ketatkan skru2 yang dah longgar ni. kakakakakakakaka.

Wednesday, September 14, 2005

Teringat cerita ustad

dulu masa sekolah2, teringat satu kuliah yang bertajuk ajaran ideologi. Pernah dengar tak apa ajaran ideologi. Aku sertakan klue untuk meneka apakah ajaran idealogi. Klue ni adalah berbentuk sajak yang aku salin masa dengar kuliah maghrib. Ajaran Idealogi ini bukan lah terma sains politik atau apa sahaja terma ilmiah akan tetapi hanya sekadar satu pemikiran.

Ajaran-ajaran ideologi,
tidak ada ajaran perikemanusiaan,
Sedangkan peri kemanusiaan asas beragama,
Ajaran ideologi mana ada fikir dosa pahala,
Ajaran ideologi itu samada kapitalisma,
komunisma, nasionalisma, pragmatisma,
Ajarannya semata-mata ikut fikiran dan ikut rasa,
Apa yang difikirkan elok buat sahaja,
Itulah yang diundang-undangkan kepada manusia,
Apa yang dirasakan hendak buat, bertindak sahaja,
Setelah ada kesan negatif baru mereka tersentak,
Bagaimana hendak baiki semula,
Bila hendak baiki semula,
Berfikir-fikir pula,
Bagaimana perkara yang negatif itu pulih semula,
Akhirnya buat peraturan atau digesa-gesa atau ditakut-takutkan,
Tak boleh juga, tangkap sahaja,
Orang yang dianggap bersalah, dihukum mereka,
Menggunakan akal juga,
Ajaran ideologi mana ada ajaran kasih sayang,
Mana ada ajaran timbang rasa,
Kerana kedua-dua ajaran itu tidak ada maka terjadilah didalam kehidupan itu perbalahan dan bermusuhan sesama,
Kemudian side effectnya menimbulkan kesusahan bersama,
Untuk menghentikan, kalau perkara itu merbahaya,
Maka difikir-fikirkan pula,
Bagaimana bahaya itu dihapuskan pula,
Ajaran ideologi mana ada bela membela,
Yang senang membela yang susah dibela,
Bila terjadi didalam pergaulan,
orang yang susah benci kepada orang yang kaya,
Mereka melakukan jenayah,
berbagai-bagai cara,
Seolah-olah protes kepada orang yang berada,
atau orang yang kaya atau orang yang berkuasa,
Maka side effect mereka ditimpa kesusahan bersama,
Maka berfikir pula,
macam mana nak mengatasinya,
Supaya masyarakat aman damai semula,
Ajaran ideologi mana ada fikir akhirat,
Kehidupan semata-mata hanya ada didunia,
Lepas mati tak usah ambil kira,
Ada atau tidak kehidupan selepas mati tidak ada didalam fikiran manusia,
Kalau begitu hidup didunia,
Satu sama lain berlumba-lumba,
Siapa kuat, siapa pandai, siapa berkuasa dialah yang berjaya,
Yang tak pandai, yang tak kuat, yang tak berkuasa peduli mereka,
Maka datang penentangan daripada orang yang tidak berjaya,
Dengan berbagai cara,
Mereka yang berjaya mendapat susah pula,
Maka akhirnya ajaran ideologi memikirkannya,
Bagaimana nak mengatasi orang yang berpunya dan yang tidak berada,
Agar pulih semula,
Menggunakan fikiran juga untuk mengatasinya,
Pragmatisma namanya,
Begitu juga ajaran ideologi, mana ada ajaran akhlak yang mulia,
Masing-masing bersikap dan hidup mengikut citarasa,
Hanya mementingkan diri,
Orang lain apa peduli,
Maka lahirlah penyakit susah menyusahkan sesama sendiri,
Akibatnya semua orang susah dan tidak ada kedamaian dalam kehidupan manusia,
Semua orang dapat bala,
Kerana perbuatan mementingkan diri sendiri,
Maka mereka memikirkan pula,
Lahirlah pragmatisma lagi,
Untuk mengatasi kesusahan bersama,
Begitulah seterusnya,
Kalau berlaku orang yang menyusahkan dalam kehidupan bersama,
Kerana perangai mementingkan diri,
Ditimpakan kesusahan bersama,
Maka digunakan akal lagi untuk mengatasi,
Untuk menyelesaikan masalah,
Pragmatisma lagi,
Akhirnya makin jauh dunia ini,
Macam-macam perkara negatif terjadi,
Akhirnya dengan ajaran idologi,
Manusia sudah ada didalam neraka,
Sebelum neraka yang hakiki,
Tetapi mereka masih lagi tidak mencari Tuhan,
Untuk menyelesaikan masalah mereka.

tensen

tensen, hari ni aku tensen, sebab untuk sekian kali nyer boss buat muka tak bersalah walaupon tak baya gaji. aku kalau tensen pasal gaji ni kat kepala aku ada satu jer. bisnes. dan bila sebut pasal bisnes kat kepala aku ignat cina. dan bila sebut pasal cina aku ingat melayu. dan bila ingat melayu .... dalam hati aku sentiasa berkata. saper kata melayu tak buleh maju. tak per ... pelan-pelan kayuh. cina dah ada tapak meniaga kukuh - mental dan fizikal. hari ni mari kita sediakan tapak untuk anak2 kita. Bila mereka ada keinginan utk meniaga satu hari nanti, tidak lah kecewa seperti kita yang tiada tapak.


Kenapa Melayu Bantu Melayu ?
emmm saja melihat, meyelidik, merumus dari mata hitam kemata hati----betulker Melayu - Bila Org Susah, Dia Benci. Bila Org Senang Dia Dengki! , Melayu Tak Boleh Berniaga!, Melayu Layu, Melayu Lari, Melayu Kaki Pesta, Melayu Jakun, Melayu Susah,Melayu Ujub....sekadar melihat...memerhati dan menyelidik.
Satu kesimpulan besar yg dapat kita lihat ialah----Melayu Punya Kuasa memerintah...yg paling besar, kerajaan....dan jangan lupa juga Melayu mempunya Kuasa Membeli yang paling besar...........dengan 2 kuasa ini Melayu Boleh Maju---- cuma Melayu tak mahu tolong Melayu.....Suatu Pemikiran

Monday, September 12, 2005

mana disiplin kamu

aku memang tak berdisiplin dari zaman sekolah lagi. aku memang sentiasa meninggalkan perkara yang tidak menguntungkan. contoh terdekat adalah tulis blog ni. tulis blog ni ingat ada untung ka? sikit pon tatak untung lor. tapi yer la zaman cyber kan. serukang-rukangnyer ada la member yang bergelumang ngan pc dan internet ni tau serba sikit perkembangan.

sebut pasal perkembangan ni nak, sini, pakcik nak citer sikit pasal perkembangan. perkembangan adalah bukan bantuan mcm pakcik kaki kudung pakai merc. perkembangan ni adalah dari sesuatu tanda yang di tetapkan oleh sesuatu kepada suatu tahap yang lain. hahahah.. apa ni.

sedar tak sedar dah nak jerebu lagi kita. Aku pon gelak sendiri betapa tak berdisiplin nyer aku. Betapa berapa banyak waktu sembahyang dah aku tinggalkan. tapi tetap makan aku teruskan. Aku ni mmg tak guna lah. tau makan jer.

Diam tak diam dah nak puasa beb. Amacam geng dah sedia nak puasa tak? aku memang tak sedia lagik. Aku rasa perut aku ni dah tak paham bahasa. asyik lapar ajer. Pada yang belom ganti lagik tu, bawak2 la ingat balik berapa hari tinggal. hahahaha.

Thursday, August 11, 2005

Jerebu

Ramai di antara kita yang menyebut jerebu walhal sedikit pon mereka tidak memahami apakah ia JEREBU. Mari kita bincangkan.....

Apakah Jerebu?

Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.

Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya

Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu

Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.

Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.

Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?

Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.

Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.

Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Di harap olahan ini dapat dihayati oleh setiap pembaca. Semoga tuhan selamat kan kita semua, Insya-Allah.

Thursday, August 04, 2005

Kenangan dan Timeshare

Hari ni aku rasa segar sangat bila bangun tidor, mungkin sebab aku tidor pokol 12 mlm dan bangun pokol 6.00 pg. Sumer orang belom bangun. Dah lama tak rasa bangun awal..huhuh... insaf sekejap...

Bila matahari pagi menyinsing, aku dah tak ingat yang aku seorang juara permainan pedang sehingga lah aku membaca blog budak-budak lain. Hahahahha... namaku terpahat di blog-blog kamu. Semalam aku ambik bini aku kat melaka..ayer keroh... lalu kat tepi highway.. teringat aku muka budak budak yang memang mcm budak-budak.. Teringat jugak aku kat lambang shuttle Sea Lion. hahahha.

Semalam adik ipar aku balik dari US. So, aku ngan bini aku layan viewcam yang telah di rakam di sana (Florida). Kat situ ada Disneyland, Universal Studio, CSI Miami, Baywatch --hehehe babe watch kot. Tapi yang paling menggemparkan diorang beli salah satu resort kat sana, bukan beli sumer tapi beli satu bilik guna konsep timeshare. Ni sumer konsep2 real estate yang aku tak baper paham. Tapi kalau ada orang sewa nanti diorang akan dapat duit tu dengan jumlah nilai sewaan. Perghh dah la dekat ngan disney, boleh kayer layan real estate kat US ni. Baru 8K USD, hahahah murah tuu...kalau kejer kat sana murah la kan. Kalau kejer kat sini, ermm kene la investigate dulu aper bender nyer timeshare ni. Kalau ada sesaper nak ke US, adik ipar aku boleh bagi discount duduk tempat dia. Nak tgk yer maner dia punyer bilik tu.. jap aku carik pamplet dia...hahah.. aku masih tak paham aperbender timeshare ni... ntah menguntungkan entah tidak..anyway ni link dia West Gate Resorts ... Ahh.. aku tak puas hati.. saper tau konsep timeshare ni kasik tau aku kat komen ok.




Tuesday, August 02, 2005

PINJAMAN TUNAI PERIBADI

IKLAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
  1. Maybank : Tak perlu penjamin tapi pinjaman bersama suami isteri.
  2. Bank rakyat : Perlu kan penjamin.. dia org tak check ngan bank lain. company ... terpilih sahaja.
  3. OCBC : Tak perlukan penjamin, janji Gaji RM1500 keatas sahaja, jangan ada sangut kete, rumah dalam masa setahun, sbb dia mesti check punya.
  4. MBSB : Perlukan penjamin company berhad atau listed sahaja, swasta lain boleh mohon tapi company yang ada nama seperti panasonic,nokia, dell atau yang terkenal.
  5. STD chrted : Buat card credit sure dia offer untuk personal loan, dia pakai BLR
AMARAN !!!!
BUKAN UNTUK BELI REKET.

Monday, August 01, 2005

The Trip - Malacca

Hari ni hari isnin... Terasa sengal-sengal badan ni. Lagi-lagik bahagian bisep (betul ker eja ni) lengan aku. Aduhhh... ini kah harga yang perlu di bayar oleh JUARA !!!. Semalam bila balik jer dari melaka baru teringat apa makna penat. Kalau tidak layan ombak kat ayer keroh sampai lupa masa dah 'time'.

Pagi sabtu lepas, aku bertolak dari klang jam 9.30 pg, tapi aku janji pokol 8. Budak2 dah marah... tambahan pulak, diorang dah bagi kata-kata jujur kat harris. kakakakka... 1st sekalik, kitorang lepak kat highway seremban, bukan tgh highway tapi kat hentian seremban layan Nasik Lemak Manis aku. Pastu terus direct ke melaka. Walau bagaimanapun, kantong kencing budak2 ni tak dapat menampong kadar air seni mereka. Berenti dulu kat ayer keroh. Pastu terus ke Melaka Town.

Sebelom ni aku ada ke melaka tapi bukan utk jalan2 la. So, aku tak berapa tau pasal Melaka. Kitorang duduk kat CasaLogo sebelah laut (Ya... memang bukan sebelah pantai, tapi tepi laut). Aku tengok muka jin yang dah ready dgn seluar mandi nya agak kecewa dengan keadaan tepi laut ini.

Sesampai jer kat CasaLogo tuuhh.. 1st action adalah mencarik di mana akan berlangsung nyer Melaker Open. Agak bernasib baik, rupa-rupanyer acara sukan bertaraf peringkat kebangsaan ini terletak hanya di sebelah CasaLogo. 1st impression biler tgk tempat acara berprestij ini akan di langsung, dalam hati terdetik "biar betul, satu bangunan dengan pub, ada ker dewan badminton kat sini".

Petang tu budak2 pegi jalan shopping kat jusco. ApErrr.. JUSCO.. Pergi JUSCO bawa hadiahh.. Baik pegi Jusco klang. Tapi aku layan tido jer lah. Malas ler beb, letih. Malam tak cukup tidor. Bagi aku, aktiviti seterusnya merupakan aktiviti kemuncak trip ni. AKTIVITI: Makan Seafood kat Pernu/Umbai. Dalam aktiviti ini banyak perkara pelik yang berlaku. Antaranyer, masa yang di ambil untuk pergi adalah jauh berbeza dengan masa di ambil untuk balik. Botakz yang mempunyai saiz badan yang lebih kurus telah mengalahkan aku dalam pertandingan makan seafood paling lama/banyak yang membawa gelarann Kawasan Perlupusan Sampah Negeri Selangor. Terasa mcm tengok rancangan 'Ripley believe it or not' .

Menu Pilihan - 3 ekor Ikan (1 Bakar, 2 Lagi masak aper pon aku tak tau), Ketam (
Goreng belada-aku rasa mcm tak kena ngan masakan nyer), Sotong (Goreng tepong, best giler, sedap beb cuma cepat muak), Otak-Otak (Lebih besar dari KL punyer), Nasik lemak (aku tak makan sbb dia bukan seafood), Udang Goreng Berlada (Sedap Nak Mampos), Air (Tebu Tolak Pakai Kaki dan Air Kelapa). - ADA LAGIK KE..NI JER YANG AKU INGAT.

Kesimpulan, berbaloi makan kat UMBAI ni. Sebab boleh makan banyak dan muraa. Tapi, sting a.k.a batu belah betah bertangkup, antara orang paling berjaya mempersembahkan 'talkshow' terbaik yang pernah disaksikan malam itu yang mana ia membawa gelaran 'KPK KPK'. Malam itu, berakhir dengan penuh riang dan gembira. Majlis hari sabtu disudahi dengan bermain teruupp. Yang aku ingat, aku tak kalah dalam acara akhir ini. Pastu TIDORRR sambil mengusap perut yang kekenyangan.

Keesokan harinya, berlangsung nya MELAKA OPEN di Dewan Rekreasi Harbour Club Melaka. Pasangan beregu utama yang menjadi buah mulut serata negara telah tewas mengejut kepada pasangan kurang upaya. Kekecewaan yang tidak dapat di sembunyikan pasti akan menjadi tajuk utama akhbar harian esoknya. Walau bagaimanapun, 'Nice Game'.

Lepas game, mandi2 terus check out dan terus menuju ke ayer keroh untuk singgah sebentar makan dan membeli cenderahati. Pembelian cenderahati adalah amat penting agar tiada mana-mana pihak berkecil hati ketika berada di Melaka. Lepas makan ada lagi sekali bende ajaib berlaku. Ketika itu kami semua ingin ke Afamosa Alor gajah. Ajaibnya, masa yang di ambil untuk pergi adalah lebih lama berbanding masa yang di ambil untuk pulang. MELAKA - belive it or not.

Afamosa,Alor gajah - Dimulakan dengan bermain air ala-ala kanak-kanak riang bersenda gurau di Sungai Malas. Ditambah dengan kehadiran pelampung keselamatan, bertambah girang dan gembira kanak-kanik yang telah berumur 24 tahun ke atas masing-masing. Tak dapat di bayang kan keseronokan yang terpampang di setiap wajah yang hadir pada ketika itu. Seronok berbaur takut menyelubungi peserta gelongsor maut. Salah seorang peserta memberi komen yang amat menarik, "Memang rasa takut itu ada dan ketika itu memang takut, tetapi apabila berjaya menghabiskan cabaran itu, saya berdiri menjadi seorang lelaki sejati"- Peserta Misteri.

Hari ni, bila aku tulis blog ni. Aku tergelak sendiri mcm orang gila kat bilik aku. Terbayang satu-satu wajah yang ceria tapi sayang, ada di antara kami yang tidak dapat mengikuti TRIP ini kerana keuzuran jasmani. Ini memang satu kenyataan hidup. Masa aku kat Umbai tgh makan, aku teringat mak aku kat umah tgh makan aper la agaknya. Apa kaitan nyer nih, aku pon dah pening mencari kaitan dari hasil penulisan aku.

Q & A
  • (Q) Apakah Tujuan asal trip ini diadakan?
  • (A) Bagi saya, tujuan trip ini ada 3, 1. Hantar wife kursus. 2. Meraikan Kenit Sebelom ke UK. 3. Mengeratkan persaudaraan sesama rakan.
  • (Q) Siapakah Yang terlibat dalam Trip ini?
  • (A) Azan, Bahya, Jin, Kenit, Sting, Haris, Anor, Botak dan Jan.



Tuesday, July 26, 2005

Disiplin

aku rasa tulis blog ni mcm satu lagi disiplin yang menyusahkan hidup aku plak. Dah la banyak lagik disiplin lain yang aku tak ikut. Cuba tgk date posting aku ni, jauh2 ni. Kira dah empat lima kali gak laa kalah badminton ngan team handalan subang.

Malas rasanyer nak gi opis hari ni. Budak2 sumer main game. Lagi-lagi dapat galakan dari bos. Aper nak jadik la company aku ni. Tak lama lagik lingkup kot. kakakakakak... saper tak kenal company aku yang membayar gaji lambat sebelom2 ni. Semua kawan2 aku tau. hahahaha. Aku bukan malas aper nak gi opis ni, takut terjebak sama ngan budak2 lain. Lagi pon aku nak settle kan masalah melaka ni. Bukan masalah melaka sebenarnyer, tapi masalah apa nak buat kat melaka dan nak duduk kat maner. Aku rasa sepanjang hari aku chat ngan kenit ajer.

Apa lagik..
ok laahh cukup2 lahh tuu...
kira ok aper.. aku isik gak blog aku ni...

Tuesday, July 19, 2005

salammzz

Asslamualaikum,

apercer kawan-kawan semua....
ni 1st time ni aku memblogkan diri.

oleh kerana masa tidak mengizinkan,
aku tangguh dulu nak tulis mender panjang.

sampai ketemu dilain posting.