Sunday, April 16, 2006

Kesedihan Minggu Ini

Hari ini aku terpaksa gi opis untuk buat kejer2 opis. OPis klang bukan opis desa petaling sana. Tapi sebenarnyer aku di opis desa petaling untuk buat kejer2 opis klang. Aperkah yang sedang melanda hati dan jiwa ku ini. Ya! Bukan melanda hati tapi kerana renjatan elektri yang amat kuat ketika sedang lena diulit bulu idung. Bila aku tersedar saja bau itu amat hangit dan Alarm rumah sedang berbunyi. Seperti orang membakar rumah. Sambil teraba-raba mencari suis utama, aku terlanggar bermacam2 mender kerana amat takut tidak tahu apa yang sedang terjadi dan bau apakah itu. Antara barangan yang aku langgar semasa nak hidupkan suis, meja kayu jati (sakuet keras nak mampus), Meja makan kaca yang kat depan tu (nasib baik tak tajam) dan barangan
senaman yang besar (aku jatuh tergolek).

Akhirnya, setelah berhempas pulas mencari lalu aku jumpa dan kuketik suisnya. Wahhh... indahnya alam kendian matikan alarm kendian masuk bilik tgk apa yang hangus. Ya! PC KU HANGUS.... sebenarnyer bukan lah pc aku yang hangus tapi apa yang ada dalam otak aku sumer ada akt situ. Sumernyer habessss. HDD pastu RAM pastu Sound card pastu Videocard pastu CD/DVD Combo pastu Mobo dan termasuklah Powersupply. Amat menyedihkan. Nampaknya banyak mender yang aku kene start buat balik. Sori kengkawan, masa gua sedang berlari keluar.

Saturday, April 08, 2006

Dialog Pembunuh (killer dialog)

Banyak menang anugerah ni dialog ni. Buat dialog pon boleh kaya.

"Aiman ada kawan. Nama dia Arif. Umur lima tahun macam Aiman jugak. tapi dia kecik jer.. Aiman tak kisah. Kalau main-main, Arif cepat letih. dia jalan lambat-lambat. Aiman selalu pimpin tangan Arif. Aiman tak kisah."

"Arif sakit. dia HIV poti. (lalu membetulkan sebutan) HIV Positif. Bila dia tak sihat, Aiman teman Arif baca buku kat rumah. Aiman tak kisah."

Othman Tikus datang dari kampung pon boleh berjaya. Takkan kita tak boleh berjaya ?
Maner CD ROCK Gua arrrr ????

Thursday, April 06, 2006

Odyssey (98), Serena (A) Highway Star (01),

Gua pening la... gua ingat nak angkat MPV.
Kepada kawan2, kasik gua sekolah sket maner mpv mau amek.
Tapi jgn kasik gua NAZA KIA ker CITRA ker,
tu sumer MPV mengarut bagi gua.
Kira bagi gua MPV yang kurang mengarut ler bagi lu orang.
Kira Fuel Consumption dia ok, Maintenance cost ok, Pricing pon ok,
gua cuma ada RM90K jer geng.. tu pon bank yang pegang.
Kalau gua mintak duit tu, diorang bagi nama hire purchase, kakkakakaka.

Kete seken udah ler, baru tak mampu ler.

Saturday, April 01, 2006

Kuching, Sarawak








Saya tak pernah naik kapal terbang. Inilah First time kalinya saya akan pecah rekod diri sendiri. Ini gambar anak saya sedang menunggu pesawat AirAsia. Mengapa menunggu ? Begini ceritanya................... ............................Tanggal 23/04/06 saya dan keluarga pergi bercuti ke Kuching, Sarawak. Adanya Bandaraya Kuching ini begitu indah sekali. Sesekali terbayang pekan Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bharu. Klang lagi besar kot dari Kuching ni. Masa naik kapal terbang, seram jugak mcm kecut2 sket gitu.
Tapi takder ler kecut sgt kan. Tapi kuat jugak la saya peluk anak. Bila dah terawang-awang di udara terasa mahalnya naik kapal terbang Air ASia yang sempit ini.


Setelah sesampainya kami di Terminal Kuching, kami terus naik cab ke Holiday Inn dan menabir di bilik hotel yang bertaraf ntah baper bintang. Satu malam RM170 termasuk breakfast (kalau tak masuk breakfast RM145 jer). Tapi saya amik yang tak breakfast, hanya makan2 di waterfront, banyak pilihan. Laksa Sarawak ala-ala mcm mee kari, sedap rasa nya. Tak baper pedas, sedang2 elok gitu. Lagi satu mee kolok/kolo/kolo (camaner eja ntah). Kire best la makan kat sini cuma MAHALSKEEETT.


Kitorang jalan2 kat waterfront, amik2 gambar (biasala, dari kawen sampai sekarang berposing jer kejenyer) pastu sarapan kat restoran namanyer Khatulistiwa. Macam biasa time jalan2 tu, Nina dan Dina jadik selebriti lagik, saya sebagai ayah dah penat melayan orang yang bertanya dan meramah kan diri mereka. Kebetulan tgh outbreak sakit kuku,tangan&mulut/tangan,kaki&mulut/kaki,hidung,tangan/ENT(Ears,Nose,Tekak).... Ubatnya jgn kasik budak pegang anak kita dan jauhi tempat sesak. So, saya pon dengar nasihat doktor itu.

Agak dah petang sket kitorang bertolak ke DAMAI LAGOON RESORT (damai beach resort MAHAL). Package siap tambang masuk SARAWAK CULTURAL VILLAGE pergi dan balik dalam RM120. Kat Damai Lagoon bermalam selama dua hari. Nak pegi Damai ni ada makan masa dekat 40minit gak naik van pelancong, selesa la jugak.



Sampai Damai memang damai, orang tak ramai, pastu staff ramah2 sumer nya dan ramai yang nak jaga Nina dan Dina. kekekekek. Saya sentiasa mengambil peluang yang baik ini untuk berehat2 bersama isteri tercinta. Makan ok la...dari 5 kapak saya bagi 4 kapak. Swimming Pool dia memang menarik,. Malamnya kami makan di Duyung Seafood (mcm rumah panjang restoran ni, tinggi penat lutut). Inilah pertama kali seafood yang saya makan amat segar ikan, udang, sotong dan ketam. Kalah Umbai, apalagi Muara. Dan Umbai pon kalah dari segi harga, saya makan berempat (tak termasuk anak2) diketuk sebanyak RM170 (HARAMJADAH MAHAL). Kami makan disitu bersama rakan karib isteri saya bernama Dr. Aishah (26) dan suaminya Dr. Mizie (26). Tujuan sebenar saya ke Sarawak sebenarnyer nak pegi tgk diorang ni kahwin atau bersanding. Satu kali salah haribulan, terlebih seminggu. So, upacara pecahtanah dah terlepas.



Kami pulang malam itu dengan perut kenyang sambil tgk citer HBO dan ESPN. Keesokkannya kami ke Sarawak Cultural Villages. Tempat ni mcm mini malaysia, tapi rumah dia banyak rumah panjang yang tinggi2. Jenuh nak panjat. Iban ada, Bidayuh ada, Melanau ada, penan pon ada, Orang Ulu, Melayu dan cina tu biasaler. Kami dengan penuh minat mempelajari segala adat resam dan kebiasaan mereka2 yang tersebut. Walaubagaimanapon, sekembalinya ke hotel, semuanya telah luper. Apa yang best kat culture villages tu persembahan dia. terhibur. tapi harus diingat, hiburan itu berharga RM45/adult (muahahahha-kalau tak berbaloi buat2 baloi jer la).

Petang itu kami ke rumah Dr. Aisyah lunch(cemener eja ni-betul ker) di sana. Masakan yang disediakan amat menyentuh sanubari kelaparan saya. Isteri saya juga begitu, nampak di mata nya seperti hendak melonjak apabila melihat makanan2 mewah disediakan. Begini rupernyer enggang makan, maklumlah anak beranak sumer doktor. bapaknyer Pakar bius, Maknya pakar aper ntah. Rumahnya banglo sebijik besar nak mampos (telan air liur). Line2 umah bob besar sket lagik. .....Kalaulahh.............. Kat umah diorang ni kitorang tgk gambar2 kawen dan bercerita dengan mak bapak Aisyah ni. Dari apa yang aku tgk, bapak si Aisyah ni bisnes minded orangnyer. Cukup time, kami dihantar pulang ke reban.

Itu malam budak asyik nangis, terpaksa makan guna room service. mahal pon mahal lah, janji family enjoy. pastuu .....ehemm...tidor...ehemmm (terbatuk plak).



Esoknya kitorang chow gi bandar Kuching balik dan duduk kat Hotel Merdeka Palace. Mewah hotel ni. 5 bintang. satu bilik RM210. Makan macam taik tak sedap (takder la tak sedap sgt kan, bagi aku ok dah, 7 slice kambing yang import tu aku makan), 5 bintang aper kejadah. Dinner kat sini RM50/adult. Bagi aku merdeka palace ni tak worth money lah. baik gi Hilton (kot). Kitorang sempat membeli belah kat main bazaar beli sikit2 cenderahati dengan baki duit yang ada. Namapak ada BOAT jalan atas sungai tu bole makan dalam tu, rasa cam nak makan dalam tu, tapi, apakan daya, takut anak2 buat kerenah.

Esok gi jalan muzium2 yang ada pastu bersiap balik. Kitorang amik khidmat travel agent utk bawak kitorang ke airpot, mahal sket (RM20) teksi kalau dari airpot ke kuching baru RM17. Kami sampai ke airpot, dan Flight Delay. Saya simpulkan perasaan saya bagi peristiwa Flight Delay ini sebagai 'CAM GUMPUNK'. Mungkin kerana penyesuaian dgn LCCT yang baru kot. Naik kapal dah hujan pulak atas kapal. Langgar awan mcm langgar bonggol rantau panjang umah kenit. Tiba-tiba saya tertidur sambil anak masih di tangan (skill nih - jgn cuba di rumah).

Pada saya inilah pengembaraan yang paling jauh dalam hidup saya. Saya amat gembira. Saya suka melihat keluarga yang bahagia berbanding keluarga kaya (tapi kalau dah kaya tak tolak punya). Melihat ister dan anak2 tersenyum puas sudah cukup membuat hati seorang suami dan ayah gembira.



Terima kasih saya ucapkan pada semua yang telah menjayakan percutian keluarga kami ini dan tidak dilupa pada rakan2 yang saya kenali atau yang lain yang tidak dikenali. Harap maaf atas kesalahan tatabahasa dan ejaan maupon terkasar bahasa. Semoga kiter bertemu di lain rancangan. zaasssssssss.