Saturday, April 01, 2006

Kuching, Sarawak








Saya tak pernah naik kapal terbang. Inilah First time kalinya saya akan pecah rekod diri sendiri. Ini gambar anak saya sedang menunggu pesawat AirAsia. Mengapa menunggu ? Begini ceritanya................... ............................Tanggal 23/04/06 saya dan keluarga pergi bercuti ke Kuching, Sarawak. Adanya Bandaraya Kuching ini begitu indah sekali. Sesekali terbayang pekan Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bharu. Klang lagi besar kot dari Kuching ni. Masa naik kapal terbang, seram jugak mcm kecut2 sket gitu.
Tapi takder ler kecut sgt kan. Tapi kuat jugak la saya peluk anak. Bila dah terawang-awang di udara terasa mahalnya naik kapal terbang Air ASia yang sempit ini.


Setelah sesampainya kami di Terminal Kuching, kami terus naik cab ke Holiday Inn dan menabir di bilik hotel yang bertaraf ntah baper bintang. Satu malam RM170 termasuk breakfast (kalau tak masuk breakfast RM145 jer). Tapi saya amik yang tak breakfast, hanya makan2 di waterfront, banyak pilihan. Laksa Sarawak ala-ala mcm mee kari, sedap rasa nya. Tak baper pedas, sedang2 elok gitu. Lagi satu mee kolok/kolo/kolo (camaner eja ntah). Kire best la makan kat sini cuma MAHALSKEEETT.


Kitorang jalan2 kat waterfront, amik2 gambar (biasala, dari kawen sampai sekarang berposing jer kejenyer) pastu sarapan kat restoran namanyer Khatulistiwa. Macam biasa time jalan2 tu, Nina dan Dina jadik selebriti lagik, saya sebagai ayah dah penat melayan orang yang bertanya dan meramah kan diri mereka. Kebetulan tgh outbreak sakit kuku,tangan&mulut/tangan,kaki&mulut/kaki,hidung,tangan/ENT(Ears,Nose,Tekak).... Ubatnya jgn kasik budak pegang anak kita dan jauhi tempat sesak. So, saya pon dengar nasihat doktor itu.

Agak dah petang sket kitorang bertolak ke DAMAI LAGOON RESORT (damai beach resort MAHAL). Package siap tambang masuk SARAWAK CULTURAL VILLAGE pergi dan balik dalam RM120. Kat Damai Lagoon bermalam selama dua hari. Nak pegi Damai ni ada makan masa dekat 40minit gak naik van pelancong, selesa la jugak.



Sampai Damai memang damai, orang tak ramai, pastu staff ramah2 sumer nya dan ramai yang nak jaga Nina dan Dina. kekekekek. Saya sentiasa mengambil peluang yang baik ini untuk berehat2 bersama isteri tercinta. Makan ok la...dari 5 kapak saya bagi 4 kapak. Swimming Pool dia memang menarik,. Malamnya kami makan di Duyung Seafood (mcm rumah panjang restoran ni, tinggi penat lutut). Inilah pertama kali seafood yang saya makan amat segar ikan, udang, sotong dan ketam. Kalah Umbai, apalagi Muara. Dan Umbai pon kalah dari segi harga, saya makan berempat (tak termasuk anak2) diketuk sebanyak RM170 (HARAMJADAH MAHAL). Kami makan disitu bersama rakan karib isteri saya bernama Dr. Aishah (26) dan suaminya Dr. Mizie (26). Tujuan sebenar saya ke Sarawak sebenarnyer nak pegi tgk diorang ni kahwin atau bersanding. Satu kali salah haribulan, terlebih seminggu. So, upacara pecahtanah dah terlepas.



Kami pulang malam itu dengan perut kenyang sambil tgk citer HBO dan ESPN. Keesokkannya kami ke Sarawak Cultural Villages. Tempat ni mcm mini malaysia, tapi rumah dia banyak rumah panjang yang tinggi2. Jenuh nak panjat. Iban ada, Bidayuh ada, Melanau ada, penan pon ada, Orang Ulu, Melayu dan cina tu biasaler. Kami dengan penuh minat mempelajari segala adat resam dan kebiasaan mereka2 yang tersebut. Walaubagaimanapon, sekembalinya ke hotel, semuanya telah luper. Apa yang best kat culture villages tu persembahan dia. terhibur. tapi harus diingat, hiburan itu berharga RM45/adult (muahahahha-kalau tak berbaloi buat2 baloi jer la).

Petang itu kami ke rumah Dr. Aisyah lunch(cemener eja ni-betul ker) di sana. Masakan yang disediakan amat menyentuh sanubari kelaparan saya. Isteri saya juga begitu, nampak di mata nya seperti hendak melonjak apabila melihat makanan2 mewah disediakan. Begini rupernyer enggang makan, maklumlah anak beranak sumer doktor. bapaknyer Pakar bius, Maknya pakar aper ntah. Rumahnya banglo sebijik besar nak mampos (telan air liur). Line2 umah bob besar sket lagik. .....Kalaulahh.............. Kat umah diorang ni kitorang tgk gambar2 kawen dan bercerita dengan mak bapak Aisyah ni. Dari apa yang aku tgk, bapak si Aisyah ni bisnes minded orangnyer. Cukup time, kami dihantar pulang ke reban.

Itu malam budak asyik nangis, terpaksa makan guna room service. mahal pon mahal lah, janji family enjoy. pastuu .....ehemm...tidor...ehemmm (terbatuk plak).



Esoknya kitorang chow gi bandar Kuching balik dan duduk kat Hotel Merdeka Palace. Mewah hotel ni. 5 bintang. satu bilik RM210. Makan macam taik tak sedap (takder la tak sedap sgt kan, bagi aku ok dah, 7 slice kambing yang import tu aku makan), 5 bintang aper kejadah. Dinner kat sini RM50/adult. Bagi aku merdeka palace ni tak worth money lah. baik gi Hilton (kot). Kitorang sempat membeli belah kat main bazaar beli sikit2 cenderahati dengan baki duit yang ada. Namapak ada BOAT jalan atas sungai tu bole makan dalam tu, rasa cam nak makan dalam tu, tapi, apakan daya, takut anak2 buat kerenah.

Esok gi jalan muzium2 yang ada pastu bersiap balik. Kitorang amik khidmat travel agent utk bawak kitorang ke airpot, mahal sket (RM20) teksi kalau dari airpot ke kuching baru RM17. Kami sampai ke airpot, dan Flight Delay. Saya simpulkan perasaan saya bagi peristiwa Flight Delay ini sebagai 'CAM GUMPUNK'. Mungkin kerana penyesuaian dgn LCCT yang baru kot. Naik kapal dah hujan pulak atas kapal. Langgar awan mcm langgar bonggol rantau panjang umah kenit. Tiba-tiba saya tertidur sambil anak masih di tangan (skill nih - jgn cuba di rumah).

Pada saya inilah pengembaraan yang paling jauh dalam hidup saya. Saya amat gembira. Saya suka melihat keluarga yang bahagia berbanding keluarga kaya (tapi kalau dah kaya tak tolak punya). Melihat ister dan anak2 tersenyum puas sudah cukup membuat hati seorang suami dan ayah gembira.



Terima kasih saya ucapkan pada semua yang telah menjayakan percutian keluarga kami ini dan tidak dilupa pada rakan2 yang saya kenali atau yang lain yang tidak dikenali. Harap maaf atas kesalahan tatabahasa dan ejaan maupon terkasar bahasa. Semoga kiter bertemu di lain rancangan. zaasssssssss.

3 comments:

kenit said...

jgn batuk batuk sgt.. kakakakakkaaka... sungguh hebat adventure ini

keylink said...

Kakaka gua rasa ade selisih ngan lu kat Kuching.

Hilton best bai, semue sterwardess MAS lepak situ. bole cuci mata kakakaka. Tapi, nak usha tak dapatlaa. Tu semue stok untuk Datuk.

Zan said...

untuk atuk takble ker ?