Saturday, March 31, 2007

LOST WORLD OF TAMBUN

SETIAP kali musim cuti sekolah, pasti kepala ligat memikirkan ke mana agaknya destinasi percutian atau pelancongan yang menarik untuk dikunjungi bersama anak-anak ataupon bersama rakan. Apa kata, cuti sekolah akan datang anda bertukar angin. Jika selama ini pantai atau pusat peranginan menjadi pilihan, kali ini bawalah keluarga ke taman tema Lost World of Tambun (LWOT) di Sunway City, Ipoh, Perak.

Bagi anda yang belum pernah ke taman tema itu, mungkin memikirkan tiada apa yang menarik kerana taman tema ini lebih kurang sama dengan Sunway Lagoon yang sangat terkenal di Kuala Lumpur.

Jika benar anda berfikir begitu, telahan anda nyata silap. Persekitaran semula jadinya yang unik dengan keistimewaan tersendiri pasti memberi kelainan untuk percutian anda bersama keluarga kali ini.

Berbeza dengan Sunway Lagoon, pemandangan sekeliling LWOT dilatari keindahan alam semula jadi dengan pemandangan hutan batu kapur yang indah dipercayai berusia lebih 400 tahun, selain tasik yang tenang menghijau dan gunung yang membuatkan anda berasa seperti penjelajah National Geographic.

Keindahan LWOT yang terletak di kawasan lembah ditambah lagi dengan kreativiti lakaran dan seni bina Mayan yang cantik. Selain itu, sesuai dengan hutan dan bukit bakau yang melatari LWOT, pengurusan LWOT mencipta puak dikenali Malayana yang sering berkeliaran di dalam taman tema itu seolah-olah kawasan itu tempat tinggal mereka.

Mereka berkomunikasi menggunakan bahasa yang dicipta khas dipanggil bahasa ‘Koo Koo’. Puak ini juga memakai pakaian berasaskan dedaun dan aksesori tubuh berasaskan kayuan, sekali gus mencipta keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Di LWOT, selain dapat bermain air dengan meredah sungai buatan sepanjang 600 meter, ‘perjalanan’ selama 15 minit di dalam air itu turut diiringi bunyian dan seni bina memukau seperti Istana Lama, Kota Katak, Lembah Monyet dan runtuhan Kota Lama.

Untuk menikmati permainan air yang mencabar fizikal dan mental, anda boleh mencuba empat jenis gelongsor pelampung dan ‘cliff racer’, masing-masing sepanjang 100 hingga 155 meter yang pasti menyeronokkan.

Ketika berada di puncak bukit sebelum menggelungsur turun, anda boleh menikmati pemandangan hutan batu kapur yang sangat indah sambil melayan angin sepoi bahasa yang cukup mendamaikan.

Bagaimanapun, perasaan damai itu hilang sebaik anda memulakan cabaran gelongsor pelampung. Pengalaman penulis melalui sendiri cabaran itu memang mengujakan. Apa tidaknya, selain keadaan gelap di dalam terowong, jantung juga berdegup kencang dek kelajuan pelampung menggelungsur laju beratus meter ke bawah.

Keseronokan mendebarkan selepas bermain gelungsur pelampung boleh ditenangkan apabila bermain ombak buatan. Terasa seperti benar-benar berada di pantai kerana lengkap dengan pasir halus memutih dan tempat bermain bola tampar yang memang sinonim sebagai sukan pantai.

Kemudahan untuk kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah turut tidak dilupakan. Anak anda pasti riang bermain air pancut di kolam cetek ‘Explorabay’

Satu lagi keunikan LWOT ialah ‘Tambun Hot Springs’. Kolam khas ini menggunakan air panas yang disalurkan daripada sumber asalnya kira-kira 600 meter dari LWOT. Rehatkan minda dan tubuh anda dengan berendam dalam air panas yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit dan badan manusia.

Jika sudah penat bermain air, apa kata berehat seketika dengan menjamu selera di Restoran Waves atau Bazar Tambun LWOT sebelum menyambung semula aktiviti anda. Selesai berehat, bolehlah mencuba permainan di taman tema kering seperti Dragon Flight, Perak Parade, Giddy Galleon dan bersantai dengan menaiki keretapi Adventure Express mengelilingi taman.

Di LWOT juga, pengunjung boleh menyewa basikal untuk bersiar di sekeliling taman seluas 40 ekar itu sambil menikmati dan melayari pemandangan indah yang pasti mendamaikan.

Penat mengayuh, anda boleh berhenti rehat seketika di Tiger Valley untuk melihat aksi lapan harimau comel dan aktif bermain. Menariknya, tiada pagar yang mengelilingi Tiger Valley dan pengunjung lebih puas dapat melihat haiwan itu tanpa halangan.

Jika masih belum puas dengan keriangan di LWOT, anda juga boleh membawa keluarga melakukan aktiviti lasak merentas terowong gua sepanjang 700 meter yang mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal yang kuat. Gua ini unik kerana ada pelbagai simbol termasuk wajah manusia dan haiwan yang tercipta secara semula jadi.

Sebelum sampai ke terowong gua, anda perlu mengharung kolam berlumpur sedalam tujuh meter sebelum berjalan merentas air separas pinggang di dalam gua. Di sini, anda boleh melihat keajaiban ciptaan semula jadi seperti batu kristal yang berkilau indah di batu gua, stalagmit, stalaktit dan barangan tinggalan penjajah Jepun yang dipercayai pernah menghuni gua itu dan melakukan aktiviti perlombongan.

Tidak sabar untuk mencuba keseronokan di sini? Yang pastinya, tidak rugi menempuh lebih dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke LWOT kerana pengalaman dan keseronokannya pasti tidak dapat dilupakan. Selamat bercuti!

INFO
Lost World of Tambun

Lokasi: Sunway City, Ipoh, Perak

Makanan: Restoran khas di dalam gua yang boleh disewa untuk sebarang majlis termasuk majlis meraikan perkahwinan, sambutan hari lahir dan jamuan.

Penginapan: 1. Hotel Bajet yang baru dibuka untuk penginapan pengunjung dengan kadar sewa berpatutan.
2. Tiga tapak perkhemahan yang mampu memuatkan antara 50 hingga 200 khemah untuk menjalankan aktiviti bina semangat atau hari keluarga.

Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Tiket: masuk - RM21.90 (Dewasa), RM16.90 (Kanak-kanak)

Laman web: www.sunway.com.my/lostworldoftambun

Saturday, March 24, 2007

Seksa Bekerja Dengan Kerajaan

Kerja ngan kerajaan ni walaupon di hambur dengan beribu2 elaun, tetapi bila dia suruh pegi kursus amat lah menyusahkan orang rupernyer. Bini gua kene gi PD. Glory Beach Resort, amat indah dan pantai yang amat cantek yang gua rasa serpihan taik babi pon ada dari sg lukut tuh. Tapi dia ada swimming pool. Ok la kan, aktiviti mlm pon ok ader bunga api dengan ada orang main api tiupp2 keluar api.

Tang maner susah? Tang kene sewa sendiri. Sebab apa sewa sendiri? Sebab bawak family. Giler lu kalau 2 minggu anak2 aku tak isap, alamat kereng kontang lah. Gua pon pening lalu membuat keputusan sewa jer sana 2 minggu. Amat menyedihkan kerana wang gua terbang mcm tak berbaloi plak.

Lalu, aku ajak sesaper family yg nak join, lepak ngan gua 2 3 hari cukup lah. Dan mereka pon datang dengan membawa bekal makanan yg lazat2 serta semangat berkelah dan berehat yg amat membara. Tiba2 gua jatuh sakit. Demam seminggu setengah. Diorang sakan mandi kolam gua tgk jerk. Itu pon kalau larat, kalau tak sambung tido.

Masa gua tulis mender ni bini gua dah tido. Gua berjaga sebab anak gua ada sikit panas. Tapi dia dah lepas azab tuh, gua pon lega. Periksa pon dah lepas, result aku tak tau pulak mcm mana. Tapi penting ker nak tau result. Dah lar 20 orang repeaters. Ada repeaters gak tuhh.

Antara kengkawan lain yang turut sama mengambil kursus ini adalah arie. Arie amat gembira berjauhan dengan keluarga hendaknya. Bujang lah kunun. Pigi dah. Gua tau dia menyembunyikan air di lutut nya dari melimpah. Tapi tempat lain, arie belajor kat perak. Kat maner ntah aku pon tak tau, aper sg gajah kot nama nya.

Walaupon rasa terseksa tapi puas dapat ajak sedara mara semua turun PD enjoy dan kawan2 bini gua semua heran tgk satu kg turun main kolam. Hahahhaah, buat malu company jerk, buat pool mcm harta pusaka atuk aku pulak. Walaupon rasa malu, tapi aku jugak yang cakap ngan diorang jgn malu, kasiiiii picahh saja.

Gua bukan taknak ajak kengkawan, gua takut takder bilik, nanti nak main susah. Gua kesian. Nak tempat lain pon semua dah fully booked, maklumla cuti sekolah.

Kesimpulan citer ni, kerja kerajaan ada seksaan yang telah ditentukan dan agak setimpal dgn elaun yang diberi. "Ini Tidak Adil, ..................." kerana apa tidak ADIL? Kerana aku kene keluar duit untuk membiayai penginapan isteri dan anak2 aku. Agak2 kalau aku suruh bini aku claim bole dapat tak? Saper tau jawapanNyerrrr...........???????????

Monday, March 12, 2007

Kursus Induksi

Kursus Induksi ni wajib utk kakitangan kerajaan bagi membolehkan mereka mendapat pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Apa yang menarik dan tak menarik kursus ini akan saya kupas secara tidak lengkap nanti. caloo.