Sunday, May 28, 2006

Lawak Sarkis MyTeam dan Team Malaysia

Apa lagi nak dikata, secara keseluruhan, team 'myteam' hanya buat lawak sarkis jika di lihat dari sudut permainan berpasukan. Mereka langsung tak bole main secara berpasukan. Gua taktau la, gua ingat power sgt. Mungkin baru 3 bulan bersama kot. Tapi, kenapa main bola mcm main sarkis. Gua rasa shebby lebih baik terus menjadi pengkritik. Tak sesuai lah jadi jurulatih. Yang bagusnya, gua rasa team 'myteam' berjaya melahirkan 3 pemain yang bole blah, arun, fairus dan defender yang kene buang padang tu.

Apa lagi yang nak di kata. Myteam tak sekuat maner, pasukan malaysia pula mcm biasa. Mmg nampak beza pemain pro dengan amatur. Tapi bolasepak ditentukan dengan jumlah gol yang dijaringkan. Gua mungkin paham pasukan malaysia dibawah kendalian k-rajagopal agak italian sket berbanding dgn team malaysia yang lepas, ya mereka main permainan ala inggeris. Tapi, bole ke main mcm italian di mana hampir semua rakyat malaysia sekarang dibesarkan dgn permainan ala inggeris dan brazil wannabe. Senang citer, malaysia pon sarkis daa.

Apa lagi nak dikata, yang main mcm haram, yang pengadil pulak. Mata buto..oppss buta. Tahap ketegasan pengadil tidak konsisten. Sekejap tegas sekejap lembut. Perkara begini tak berlaku pada pengadil FIFA. Dan keputusan pengadil amat mempengaruhi permainan.

Apa lagi nak dikata, FAM, pertandingan ni bukan setakat menang dan kalah. Lebih kepada membuka mata dan minda mencari penyelesaian bersama rakyat dalam meningkatkan mutu bolasepak negara kita yang telah lama dibontoti oleh rakyat malaysia sendiri.

Tahniah dan terima kasih.

Wednesday, May 24, 2006

'Datang lah Bersama Keluarga dan Rakanrakan' - shebby


ULASAN 'MYTEAM'

GK - wakleman - tangkas dan membaca permainan dgn bijak.
DF - Terry - maner tau kot kot bole skor goal. Defender yang bijak.
DF - Gallas - Gua cuma harap dia main. berpengalaman.
DF - Mellberg - defender yang kerasssss. aper yg keras ?
DF - Cavarlho - Defender yang rajin walau kengkadang failed baca permainan.
MC - Gilberto Silva - Dia sorang jer brazilian - so wajib amik. brazil tu.
MC - Lampard - mempunyai sentuhan goal dan mental yang kuat.
MC - Ballack - gua harap lu perform - welcome to chelsea
MC - Makalele - penguasaan bahagian tgh yang konsisten
ST - Syeikh al-Henri - takkan tak amik kot. buta ker ?
ST - Drogba - Bijak
ST - Adebayor - ini jer pemain yang tinggal yang mampu di beli.

tahun ni gua harap italy dapat pergi jauh. Gua mmg peminat dan penggila Italian Soccer. Mungkin sbb zaman sekolah gua di besarkan dengan style mcm ni. Kalau orang tanya gua italian ni mcm mana? gua sendiri taktau nak jawab, tapi kalau lu orang tgk champion league dapat bezakan sket kot. Jauh di sudut hati gua, brazil adalah pilihan yang tak dapat disangkal. Adakah anda masih ingat gergasi tahun sudah sumernyer tumbang di awal pertandingan. Dalam bolasepak pemenang dikira melalui gol yang dijaringkan. Walaubagaimanapon, dalam bolasepak setiap negara ada tradisi masing2. Gua harap Joga Bonito paham kenapa gua cakap lu orang punya style tak kene dengan selera gua sbb tertinggal satu aspek yang amat gua suka dalam bolasepak - tactical.