Thursday, September 29, 2005

Semakin Hari Semakin Hampir

semakin hari semakin hampir, semakin hari semakin sayang. Tidak dapat tidak, aku meluahkannya juga sebagai seorang suami yang mempunyai sifat ego, garang dan rock. Tak dapat aku sembunyikan lagi betapa aku sayang kat isteri aku dari hari berganti hari, bulan berganti bulan setelah 9 bulan isteri aku mengandung.

Anak 1st dan 2nd beb. Setelah 9 bulan betapa isteri aku berkorban membawa anak kami ke hulu ke hilir, keluar masuk hospital di mana kandungannya sekarang mencapai 5 kilo. Tu baru baby. Uri dah sekilo lebih, air ketuban dah 2 kilo lebih, lemak lagik... perghh berat beb. kaki pon bengkak, tangan pon kebas.

Bila aku tengok perkara2 mcm tu, dalam hati aku semakin terharu. Saper kata mat rock hati batu. Lembut beb mcm getah, boleh di tarik2 gitu. Sedikit demi sedikit aku menarik diri untuk sementara waktu dapat dunia kepahlawanan. Bukan apa, demi sentiasa di sisi isteri tersayang. hahahahha. susah beb nak sebut. sayang. sayang. sayang.

Apaapa pon, terima kasih berjuta-juta sayang buat isteri aku kerana pengorbanan tanpa berbelah bagi demi keluarga. Rasa gembira mcm nak kluar air mata beb, bila dapat seorang isteri yang bertanggungjawab dan memahami. Tiba giliran aku pulak..huhuhuh...syahdu..syahdu.

Sunday, September 25, 2005

kawen kawan kawen kawen kawan kawen

Dari tajuk pon dah tau apa citer aku nak sembang. Kawan aku kawen dengan kawan aku jugak dan sebenarnyer istilah ini aku guna dah lama. Kawan-kawan tak mau lawan, tapi kawan-kawan mau kawen.

Hari ini 25 September,
Rumah aku ada ramai orang dengan kaum kerabat aku dari tg karang. Abis semua spekong. muahahaha. Tapi aku ada satu perkara yang aku rasa macam dibawah sedar. KENIT KAWEN. muahahah... aku mcm tak percaya. Gelaran Tanpa Belas Kasihan didalam alam kepahlawan telah ditukar kepada gelaran raja sehari atau raja 2 hari. bila aku balik bini aku tanya, mcm tak caya jer kenit kawen. kekekekekke. Bini aku mungkin tak dapat menerima kelakuan yang masih mengamalkan semangat ke'ribena'an dalam pergaulan akhir nyer telah menamatkan zaman bujang nya pada semalam di semenyih. Tapi paling aku sedih adalah takdapat tgk mcmana kawan aku amik 2 kali henjut.

Apa-apa hal pon, wa memang seronok dan sgt menasihatkan kawan2 lain yang belom berkahwin. Kahwinlah....

bebal

Saya merasakan di negara kita ini, kesedaran tentang minyak dan arus politik ekonomi minyak amat minima. Saya masih belum melihat berlakunya perbincangkan akademik atau wacana ilmiah dari para pemikir tamadun – jika mereka wujud – tentang peranan minyak dan budaya konsumer yang kita alami hari ini.

Parti-parti politik, dari yang berkuasa hingga ke parti yang bermimpi-mimpi hendak berkuasa, masih gagal memahami implikasi politik minyak. Badan-bandan Ngo kelihatan tidak bermaya untuk memahami apa itu politik minyak. Saya tidak mengharapkan universiti kerana universiti-universiti di negara ini, telah lama ‘mandul’ ilmu. Akhirnya apa yang wujud hanyalah budaya bebal minyak.

Malah, masih ramai yang berpendapat bahawa harga minyak melonjak naik kerana wujudnya spekualsi dari syarikat-syarikat gergasi minyak yang memasung pengeluaran dan pengedaran minyak. Mengikut hujah pandangan garis ini, para spekulasi ini sedang bersekongkol dengan media untuk menakut-nakutkan pengguna agar harga minyak terus dapat dinaikkan.

Sayamenulis, terutama kepada ramai penganut mazhab bebal minyak bahawa bahan bakar minyak petrol ini telah semakin susut. Saya dapati kebebalan yang maha sangat ini, sedang melanda budaya fikir warga negara ini. Sedikit sebanyak, saya dapat memahami kenapa begitu liat sekali kesedaran ini meresap. Dan bagitu susah sikap bebal minyak ini pecah. Dari sudut ilmu falsafah, perkara yang amat susah untuk diterima ialah kebenaran, terutama apabila kebenaran itu akan mengancam pandangan dunia yang sedang dipegang.

Kita harus sama-sama menerima hakikat bahawa tamadun yang sedang kita alami ini ialah tamadun minyak. Panggillah ianya apa sahaja – tamadun moden, pasca moden, late capitalism, pasca Marxism atau pra tamadun Islamic – hakikatnya, kita sedang bergelumang dalam tamadun konsumer yang dijana oleh minyak petrol yang senang didapati dan murah.

Semua yang wujud di sekeliling kita hari ini ada bersangkutan dengan bahan bakar minyak petrol. Kita diterangi, dipanasi dan diangkut ke hulu ke hilir oleh minyak. Kita makan dan kita minum minyak petrol. Makanan yang dihidangkan di meja makan kita adalah minyak. Tepung, beras, sayuran, daging atau ayam yang dimport, memerlukan pengangkutan. Pengangkutan bermakna minyak.

Gandum yang menghasilkan tepung, memerlukan baja. Baja ertinya minyak petrol. Ikan yang dicari di lautan, wajib ditangkap dengan kapal nelayan. Kapal nelayan bermakan bahan bakar minyak. Ayam yang kita bawa masuk dari Siam wajib dibawa dengan lori. Lori ini memerlukan minyak petrol. Kain baju yang kita pakai pun dari minyak. Hakikatnya, dalam tamadun konsumer hari ini adalah tamadun minyak petrol.

Kerana bahan bakar ini begitu penting, maka saya meminta kita memberi perhatian serapi mungkin terhadap gerak politik minyak yang sedang berlaku di sekeliling kita, agar kita tidak terus menjadi bebal minyak dan tiba-tiba melopong ternganga apabila Kancil kita tidak berupaya lagi bergerak.


Sikap bebal minyak saya perhatikan semakin menjadi-jadi. Satu petanda yang amat jelas ialah garis ekonomi kerajaan kita yang begitu ghairah dengan industri kereta dan motosikal. Perbincangan yang dilakukan di Parlimen oleh pihak kerajaan dan pihak yang bermimpi hendak menjadi kerajaan mengenai industri ini, hanya berupaya ke tahap permit AP. Otak ahli-ahli Parlimen kita tidak berupaya untuk berhujah dan menilai lebih jauh:

– Apakah industri kereta ini satu bentuk industri lama yang telah ditinggalkan zaman

– Apakah industri ini sengaja ditinggalkan kepada dunia ketiga kerana ianya bersifat ‘kotor’

– Apa pandangan para YB tentang masa depan industri ini yang dijangka hanya akan dimiliki oleh hanya lima syarikat motor gergasi dan tidak termasuk Protong atau kedai membaiki motor di Kampung Kerinchi.

– Apakah para YB tidak menyedari bahawa banyak syarikat kereta dalam dunia ini sedang menuju ke gaung kemuflisan, termasuk Plotong.

Akhir bulan ini atau bulan hadapan, kerajaan Indonesia akan melupuskan subsidi bahan bakar minyak untuk rakyat Indonesia. Pentabiran Presiden Susilo telah bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Keretakan rejim Suharto dahulu bemula apabila Suharto cuba menaikkan harga bahan bakar ini. Kali ini Susilo pula akan mencuba melakukan perkara yang sama dalam suasana pasca reformasi. Saya berharap semua penganut bebal minyak akan mengikuti apa yang akan berlaku di Indonesia dan bukan hanya bersembang kosong tentang AP.

Friday, September 23, 2005

Kelemahan Diri

Aku rasa lemah yang teramat lemah. Mungkin sebab dah pokol 5.50pg aku cuba utk tulis blog. Aku rasa aku sangat lemah dalam berbincang mengenai script yang aku buat. Lemah membincangkan dan mempertahankan diri aku utk supaya tidak membuat lebih kerja. Aku jugak lemah dalam menahan ngantuk dan untuk bangun tido. Memang mencabar saper yang penah cuba nak kejut aku. Blacksnow tau arr.. dia penah angkat aku dan diheretnya aku ke bilik air. Lemah tulis blog. Lagi satu main badminton, kelemahan aku terletak pada stamina aku. Stamina aku betul2 teruk, 2 set jer dah mengah. Bender yang paling aku lemah ..... hehheeheheh..memang lemah giler beb. tak tau nak buat apa dah. Dalam hati berkata, esok jer la aku ketatkan skru2 yang dah longgar ni. kakakakakakakaka.

Wednesday, September 14, 2005

Teringat cerita ustad

dulu masa sekolah2, teringat satu kuliah yang bertajuk ajaran ideologi. Pernah dengar tak apa ajaran ideologi. Aku sertakan klue untuk meneka apakah ajaran idealogi. Klue ni adalah berbentuk sajak yang aku salin masa dengar kuliah maghrib. Ajaran Idealogi ini bukan lah terma sains politik atau apa sahaja terma ilmiah akan tetapi hanya sekadar satu pemikiran.

Ajaran-ajaran ideologi,
tidak ada ajaran perikemanusiaan,
Sedangkan peri kemanusiaan asas beragama,
Ajaran ideologi mana ada fikir dosa pahala,
Ajaran ideologi itu samada kapitalisma,
komunisma, nasionalisma, pragmatisma,
Ajarannya semata-mata ikut fikiran dan ikut rasa,
Apa yang difikirkan elok buat sahaja,
Itulah yang diundang-undangkan kepada manusia,
Apa yang dirasakan hendak buat, bertindak sahaja,
Setelah ada kesan negatif baru mereka tersentak,
Bagaimana hendak baiki semula,
Bila hendak baiki semula,
Berfikir-fikir pula,
Bagaimana perkara yang negatif itu pulih semula,
Akhirnya buat peraturan atau digesa-gesa atau ditakut-takutkan,
Tak boleh juga, tangkap sahaja,
Orang yang dianggap bersalah, dihukum mereka,
Menggunakan akal juga,
Ajaran ideologi mana ada ajaran kasih sayang,
Mana ada ajaran timbang rasa,
Kerana kedua-dua ajaran itu tidak ada maka terjadilah didalam kehidupan itu perbalahan dan bermusuhan sesama,
Kemudian side effectnya menimbulkan kesusahan bersama,
Untuk menghentikan, kalau perkara itu merbahaya,
Maka difikir-fikirkan pula,
Bagaimana bahaya itu dihapuskan pula,
Ajaran ideologi mana ada bela membela,
Yang senang membela yang susah dibela,
Bila terjadi didalam pergaulan,
orang yang susah benci kepada orang yang kaya,
Mereka melakukan jenayah,
berbagai-bagai cara,
Seolah-olah protes kepada orang yang berada,
atau orang yang kaya atau orang yang berkuasa,
Maka side effect mereka ditimpa kesusahan bersama,
Maka berfikir pula,
macam mana nak mengatasinya,
Supaya masyarakat aman damai semula,
Ajaran ideologi mana ada fikir akhirat,
Kehidupan semata-mata hanya ada didunia,
Lepas mati tak usah ambil kira,
Ada atau tidak kehidupan selepas mati tidak ada didalam fikiran manusia,
Kalau begitu hidup didunia,
Satu sama lain berlumba-lumba,
Siapa kuat, siapa pandai, siapa berkuasa dialah yang berjaya,
Yang tak pandai, yang tak kuat, yang tak berkuasa peduli mereka,
Maka datang penentangan daripada orang yang tidak berjaya,
Dengan berbagai cara,
Mereka yang berjaya mendapat susah pula,
Maka akhirnya ajaran ideologi memikirkannya,
Bagaimana nak mengatasi orang yang berpunya dan yang tidak berada,
Agar pulih semula,
Menggunakan fikiran juga untuk mengatasinya,
Pragmatisma namanya,
Begitu juga ajaran ideologi, mana ada ajaran akhlak yang mulia,
Masing-masing bersikap dan hidup mengikut citarasa,
Hanya mementingkan diri,
Orang lain apa peduli,
Maka lahirlah penyakit susah menyusahkan sesama sendiri,
Akibatnya semua orang susah dan tidak ada kedamaian dalam kehidupan manusia,
Semua orang dapat bala,
Kerana perbuatan mementingkan diri sendiri,
Maka mereka memikirkan pula,
Lahirlah pragmatisma lagi,
Untuk mengatasi kesusahan bersama,
Begitulah seterusnya,
Kalau berlaku orang yang menyusahkan dalam kehidupan bersama,
Kerana perangai mementingkan diri,
Ditimpakan kesusahan bersama,
Maka digunakan akal lagi untuk mengatasi,
Untuk menyelesaikan masalah,
Pragmatisma lagi,
Akhirnya makin jauh dunia ini,
Macam-macam perkara negatif terjadi,
Akhirnya dengan ajaran idologi,
Manusia sudah ada didalam neraka,
Sebelum neraka yang hakiki,
Tetapi mereka masih lagi tidak mencari Tuhan,
Untuk menyelesaikan masalah mereka.

tensen

tensen, hari ni aku tensen, sebab untuk sekian kali nyer boss buat muka tak bersalah walaupon tak baya gaji. aku kalau tensen pasal gaji ni kat kepala aku ada satu jer. bisnes. dan bila sebut pasal bisnes kat kepala aku ignat cina. dan bila sebut pasal cina aku ingat melayu. dan bila ingat melayu .... dalam hati aku sentiasa berkata. saper kata melayu tak buleh maju. tak per ... pelan-pelan kayuh. cina dah ada tapak meniaga kukuh - mental dan fizikal. hari ni mari kita sediakan tapak untuk anak2 kita. Bila mereka ada keinginan utk meniaga satu hari nanti, tidak lah kecewa seperti kita yang tiada tapak.


Kenapa Melayu Bantu Melayu ?
emmm saja melihat, meyelidik, merumus dari mata hitam kemata hati----betulker Melayu - Bila Org Susah, Dia Benci. Bila Org Senang Dia Dengki! , Melayu Tak Boleh Berniaga!, Melayu Layu, Melayu Lari, Melayu Kaki Pesta, Melayu Jakun, Melayu Susah,Melayu Ujub....sekadar melihat...memerhati dan menyelidik.
Satu kesimpulan besar yg dapat kita lihat ialah----Melayu Punya Kuasa memerintah...yg paling besar, kerajaan....dan jangan lupa juga Melayu mempunya Kuasa Membeli yang paling besar...........dengan 2 kuasa ini Melayu Boleh Maju---- cuma Melayu tak mahu tolong Melayu.....Suatu Pemikiran

Monday, September 12, 2005

mana disiplin kamu

aku memang tak berdisiplin dari zaman sekolah lagi. aku memang sentiasa meninggalkan perkara yang tidak menguntungkan. contoh terdekat adalah tulis blog ni. tulis blog ni ingat ada untung ka? sikit pon tatak untung lor. tapi yer la zaman cyber kan. serukang-rukangnyer ada la member yang bergelumang ngan pc dan internet ni tau serba sikit perkembangan.

sebut pasal perkembangan ni nak, sini, pakcik nak citer sikit pasal perkembangan. perkembangan adalah bukan bantuan mcm pakcik kaki kudung pakai merc. perkembangan ni adalah dari sesuatu tanda yang di tetapkan oleh sesuatu kepada suatu tahap yang lain. hahahah.. apa ni.

sedar tak sedar dah nak jerebu lagi kita. Aku pon gelak sendiri betapa tak berdisiplin nyer aku. Betapa berapa banyak waktu sembahyang dah aku tinggalkan. tapi tetap makan aku teruskan. Aku ni mmg tak guna lah. tau makan jer.

Diam tak diam dah nak puasa beb. Amacam geng dah sedia nak puasa tak? aku memang tak sedia lagik. Aku rasa perut aku ni dah tak paham bahasa. asyik lapar ajer. Pada yang belom ganti lagik tu, bawak2 la ingat balik berapa hari tinggal. hahahaha.