Saturday, March 04, 2006

TAJUK: Kepada Kekawanku yang Jauh Di Mata

Kehadapan kawan-kawan yang saya hormati. Saya harap warkah ini tidak mengganggu kehidupan rakan-rakan yang sedia ceria. Tujuan saya menulis adalah untuk menceritakan pengalaman saya bermain badminton pada hari ini.

Hari ini saya bermain badminton bersama Jin dan rakan sekerjanya. Saya berasa begitu seronok walaupun tentangan yang diberikan oleh pihak lawan tidak memberansangkan. Acapkali saya menjadi kuli mengutip bulu tangkis-bulu tangkis yang tersangkut di jaring bahkan yang keluar dari kawasan permainan.

Abang kenit (selepas ini dikenali sebagai Ed) yang dikenali sebagai Ed seperti seorang permain professional kelibatnya. Rakan Jin yang berbangsa cina (selepas ini dikenali sebagai Sikopet) pula mempunyai kemahiran yang agak terbatas. Salah seorang daripada mereka (selepas ini dikenali sebagai Memberjin) telah membawa teman wanita istimewanya (selepas ini dikenali sebagai Awek) untuk bersama-sama mengecapi kegirangan bermain badminton. Dalam sekalian rakannya itu, salah seorang daripadanya adalah COO syarikat di mana Jin bekerja (selepas ini dikenali sebagai COO).

Di awal permainan saya berpasangan dengan COO. Perasaan saya amat terguris kerana COO ini bermain seperti sialan pembawa bencana macam gampang. Kami menghabiskan masa bersama sebanyak dua set permainan. Indahnya dunia setelah saya berpasangan pula dengan Jin menentang pasangan Ed dan Sikopet. Pasangan beregu kali ini mempunyai daya saing yang tinggi dan semangat yang kental. Walaubagaimanapun, keperkasaan pasangan saya dan Jin tiada tandingan. Pasangan kami masih belum pernah tewas sejak Kejohanan Terbuka Melaka TAHUN LEPAS.

Di akhir-akhir kegembiraan kami, kami cuba untuk menentang pasangan Memberjin dan Awek. Permainan yang hambar bahkan seperti gampang diulit taik amat membosankan. Kami bermain seperti biasa bersama senyum yang tak kunjung putus seolah-olah keseronokan tiada sempadan walhal tuhan sahaja yang tahu.

Walaubagaimanapun, saya amat seronok kerana dapat mengeluarkan peluh yang telah tersekat kerana kekurangan bahan bakar di dalam badan saya. Saya amat berterima kasih kepada Jin kerana sudi menjemput saya.

saya amat berharap agar saudara/ri dapat memberikan komen agar saya tidak berasa keseorangan dan kesepian tanpa rakan-rakan di sisi. Semoga persahabatan kita kekal seabadi menurut kehendakNya.

Yang benar sebenar-benar aku sebagai rakan kalian,
yang ikhlas seikhlas-ikhlas tulus dan murni,
dari seorang rakan menjadi seorang teman,
bilakah dapat kita bertemu lagi.

akutandatangan...Azan.

p/s: pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

5 comments:

keylink said...

wei, apa laa, main dota tak ajak

princessGarnet said...

mana terer,awek tu ke wife kenit akakakakaka

kenit said...

Pasangan kami masih belum pernah tewas sejak Kejohanan Terbuka Melaka TAHUN LEPAS.

-- wehh.. dah kalah dah ngan batu dan pendekar yg namanyer tak bole disebut ketiker ini.. ape pasal plak tak kalah...

Zan said...

Kejohanan bai ... yang lain-lain tu sumer bukan kejohanan. itu sumer latihan ringan pemanas sendi.

kenit said...

bai kejohanan aa.. merebut tangga petama dunia kesetiawanan.. kakakak