Wednesday, March 29, 2006

Gua Menang Loteri

-ini kisah benar-
-bukan cerita tipu-
-gua menang loteri-
-yahoo, yahoo, yahoo.com-
-
FROM: THE LOTTERY COORDINATOR,
INTERNATIONAL PROMOTIONS/PRIZE AWARD DEPARTMENT

DEAR SIR/MADAM,
RESULTS FOR CATEGORY "A" DRAWS


Congratulations to you as we bring to your notice, the results of the
First Category draws of Lucky Dip Lottery, UK. We are happy to inform
you that you have emerged a winner under the First Category, which is
part of our promotional draws. The draws were held on the day prior to the
date of your notification. Participants were selected through a
computer ballot system drawn from 2,500,000 names/email addresses of
individuals and companies from Africa, America, Asia, Australia, Europe,
Middle East, and Oceania as part of our International Promotions
Program. You/Your company, attached to ticket number 6422-5-486, with serial
number 59-18 drew the lucky numbers 33-92-78-05 (18) and consequently
won in the First Category. You have therefore been awarded a lump sum
pay out of £6,000,000 (Six million, Great Britain Pounds), which is the
winning payout for Category A winners. This is from the total prize money of
£12,000,000 shared between the 2 winners in this category.

CONGRATULATIONS!

You are to contact your transfer agents Fleming Accounting & Brokers UK
Ltd for due processing and remittance of your fund to a nominated
account of your choice. To avoid mix up of numbers and names of any kind, we
request that you keep the entire details of your award strictly from
public notice until the process of transferring your claims has been
completed, and your funds remitted to your account. This is part of our
security protocol to avoid double claiming or unscrupulous acts by
participants/non participants of this program. We also wish to bring to your
notice our mid 2006 premium stakes draw where you stand a chance of
winning up to £50 million; we hope that with a part of your prize you will
participate. Please contact your claims agent immediately with the
contact information below:

MR.ASHLEY COLE
Financial Director

Fleming Accounting and Brokers UK Ltd
56 High Street, Lochee,
Dundee, Tayside, DD3 4AU
United Kingdom

Tel: +44 7040-104-135
Fax: +44 7005-976-340
Email: ashleycole@f-a-b.co.uk

You are advised to contact our agents by email and/or fax within two
week of receiving this notice. Failure to do so may warrant disqualification.

NOTE: For easy reference and identification, find below your reference
and Batch numbers. Remember to quote these numbers in every one of your
correspondence with your claims agent.

REFERENCE NUMBER: TGA-4GA-69889 BATCH NUMBER: R3/A312-59

Congratulations once again from all our staff and thank you for being
part of our promotions program.

Sincerely,

THE LOTTERY COORDINATOR,

LUCKY DIP LOTTERY, UK
11-24 CHURCH STREET WEST,
WOKING, SURREY GU21 6HT.
TEL: +44 7005-806-965

N.B: Any breach of confidentiality on the part of the winners will
result to disqualification. Please do not reply to this mail. Contact your
claims agent immediately.


- Lottery Coord
-first sekali gua nak beli putrajaya-
-ehh bukan, nak beli bangunan rebung dulu-
-kita kene realistik-
-pastu beli telekom-
-pastu beli petronas-
-pastu baru bole beli putrajaya-
-pastu aku nak cukupkan collection bangunan-
-klcc ader, tembok besar cina ada, bangunan MBSA ader-
-pastu baru bole beli selangor-
-kalau beli selangor kira beli malaysia lah-
-pastuu gua nak serang singapore-
-general gua general bersara harris-
-allar setakat general berkepala batu kat singapore tu, aper sgt la-
-particle uplink jer banyak-
-pastu aku nak memerintah seluruh asean-
-gua nak berkawan ngan thaksin-
-nak minum2 ngan thaksin kat mamak-
-kasik dia rasa penangan syelet mamak malaysia, pasti nak lagi-
-pastu gua nak memerintah india-
-gua rasuah sumer pangkat tinggi punya orang kat india-
-itu time taj mahal sudah jadi murah-
-sekarang askar gua dah ramai-
-gua bebaskan pariah2 dari kemiskinan dgn jadi askar gua RM150 sebulan-
-itu time RM dah melonjak naik, gua backup 80% emas-
-amerika dah angin dengan aku-
-gua selamber jer, gua tak buat salah-
-gua sekarang nak berkawan ngan korea, moscow, ukraine, OIC nations, china dan mauritius-
-gua terpaksa majukan teknologi nuklear dari sekarang-
-lepas siap dalam dua tahun, gua dah rancang ekonomi negara dibawah jajahan gua-
-gua guna komoditi (50%), perindustrian (40%), lain2 (10%)-
-tibatiba gua nak tengok bola plak UEFA Champienpunyatarajuai-
-tamat lah kisah si Azan yang masih bersengkang mata makan gaji-

Thursday, March 16, 2006

+ Hari-Hari Yang Kelabu +

Dua hari lepas adalah hari yang jarang gua dapat rasa dan dah lama tak rasa. Kalau dulu time belajar macam macam hal yang membuatkan kita kene marah ngan pengawas ngan cikgu ngan warder ngan lecturer. Sekarang utk pertama kali nya gua kene tiaw kat opis. maksud aku kene tiaw dengan teruknya. Maksudnya kene tiaw dan hati membengkak. maksudnya...diorang nak suruh gua blah kot, kekekekke. Lalu aku pon buat skill pekak tahap cipan.

Semalam gua pon menonong kat opis tak balik buat keje. Tido bawah meja. Teringat aku, misha tido bawah meja kat anzagain dulu, kenit tgk ajer. Mase tu kenit ngan awek lain selalu tinggalkan gua sorang2 terkontang kanting kat bus stop pastu awek dia naik kete aper ntah. satria kot. KAya beb, tapi tuhan masa kuasa dan maha adil. Awek tu maner sekarang arr. PAstu awek kuala kangsar, saper2 nak try mintak la kontek namber ngan kenit.

Pengajaran: lu orang yang bujang ni carik awek jauh2 buat aper, cuba tgk sekeliling korang, mesti ada awek yang sedang memendam perasaan terhadap lu orang. Itu yang kene carik tu. Setakat tengok, hai pon nak suruh botak, maner nak dapat.

p/s: botak mungkin telah pencen dari menjadi penge'hai' awek2 di sekeliling.

Monday, March 13, 2006

Juve (0) VS Milan (0) (2nd Half)

Del piero masuk ganti ibrahimovic. Dah aku cakap, del piero kalau masuk serangan berperingkat akan digunakan, kecuali kalau di tgh dapat kat belah kanan, maknanya serangan pantas. Tapi sayang, terkedek2 Trezeguet dan Del piero ni nak lepas Nesta dan Kaladze.

Sebagai penambah perisa, sebelom gattuso diberi kad merah, Nesta akan naik sampai 3 1/4 padang. Dan taktik ni berjaya mengkucar kacir kan kawasan tgh juve. Tapi kat bawah mcm biasa gak, tetap 3 orang ada sentiasa menjaga. maknanya, Nesta akan buat overlap dari tgh. Overlap ke kalau dari tgh, kekekekeke. So, takder wingback yang naik.Kalau 2 defend naik, Gatusso akan masuk fill in the blank.

Juve seperti di ketahui, berperang menggunakan corak taktikal yang susah nak di baca oleh pihak lawan. Walaupon pada separuh masa pertama nampak jelas corak serangan mereka tapi tidak di masa kedua. Penuh muslihat, mutu jadi winger belah kanan, dan di bantu del piero di belah kiri, trezeguet akan tetap di tengah. hahaha.. dah abis game baru aku dapat baca. Lima bintang pula untuk nedved yang di kenali sebagai kaki besi. Hentak la camaner pon, dia tetap bangun, macam naruto dattebayo hahahahahah.

Kaka, yang selalu menjadi duri dalam daging, hanya sekali shj dapat mengilhamkan gerakan gol. Mutu, penuh semangat, tapi mcm tak ngan jer duduk jadik winger. Del Piero hancur gak mamat ni. Yang ada daya untuk bagi pihak lawan kucar kacir aku rasa, Serginho dan Seedorf, Andriy Shevchenko, Nesta, Nedved dan Mutu. Yang lain tenggelam di makan taktik masing2.

Sekadar pandangan penyokong Milan (wakakakakak, bayers ke gua? tak kot. kekekek).

MILAN vs JUVE (1st half)

Best giler ..... Milan menguasai permainan. Milan tactic biasa: 4-4-2 ketika bertahan, 3-4-3 ketika menyerang (defend power giler bole lah citer). Juve macam terdesak nak gol sbb aku tgk ada 4 orang pemburu gol berbanding Milan hanya 2 orang. Terlalu ketara di maan Juve menggunakan Nedved sepenuhnya dari kelajuan bahkan kreativiti nya di tagih walau pon seringkali dibayangi stoper Milan. Juve ada satu stopper (Vierra) dan Milan ada 2 stopper (Gattuso dan Pirlo). Antara pemain yang tak berapa berguna di 1st half adalah Kaka (Milan) dan Ibrahimovic (Juve). Tak dapat di pastikan samada ia adalah taktikal atau kesengalan mereka sendiri dalam mengolah taktik yang di serap oleh jurulatih. Tapi yang paling aku teruja bile tgk pippo lari dr offside (aku rasa ini jer skill dia, lagik satu tanduk kadang2 kene bahu). Dua kali dia lepas menurut lensa kamera tapi referee kata offside.

Secara keseluruhan, jelas Juve menagih permainan pantas dari pemainnya manakala Milan bermain menyerap asakan dan menyerang secara berperingkat.

Hanya sekadar pandangan bukan propesenel.

Tgk seken half plak.

Saturday, March 11, 2006

Setelah KU Tahu Maksud TaG

4 jobs
1.JUSCO-jaga baju pompuan bai (heheheheh)
2.BAwak Helikopter
3.Kilang plastik syeksen 16
4.programmer cabuk

4 movies i luv
1.ROCK - rambut panjang macam beruk, beruk punya melayu
2.LOnTaR
3.Legend of The Fall - betul ke spelling nyer ni
4.KL Menjerit

4 places i've lived
1.Sg Udang, Klang
2.Sri Begonia, Bandar Puteri Puchong
3.Padang Jawa, Shah Alam
4.Seksyen 7, Shah Alam

4 tv shows i luv to watch
1.Natasha ...... huhuhuh sedih siot
2.UEFA Champion League
3.English Premier League
4.Highlight MSL
kadang2 wa tgk gak sembilu kasih.. tapi dah jarang dah

4 places ive been on vacation
suda lama tak pegi vacation
1.Kijal
2.Port Dickson
3.Cameron Highland
4.Umbai dan Afamosa Water Park

4 blogs i visit daily
1.Tanpa Belas
2.Tanpa Bayang
3.Tanpa Rambut
4.Puaka Salju Hitam

4 favorite foods
aku sangat suka bab ni =)
1.pasta
2.pau daging yang halal
3.ikan bakar
4.makan laut la senang

4 places i'd rather be
1.Depan pc
2.Mamak or Neng's
3.Simpang Empat
4.Lepak Kat Luar Rumah Tgk Pokok

4 albums i can't live without
1.Rainbow-Greatest Hits lar aper lagi..sumer ader
2.tak ingat
3.tak ingat
4.tak ingat

4 vehicles i've owned
1.basikal
2.moto rxz (sold)
3.moto ex5
4.moto kris
tiada kereta atas nama aku...i'm free i'm free...free willy

4 people i'm gonna tag
1.Sting
2.Jin
3.Batu
4.Sahril

Wednesday, March 08, 2006

CHELSEA VS BARCELONA

Dah lama tak dapat tgk corak tektikal klasik yang di amalkan oleh kedua-dua buah pasukan. Dan sejak bila pulak barcelona pandai main corak taktikal. Aku penyokong chelsea sejak lama dulu, tapi tertarik dgn corak permainan barcelona sebentar tadi. Terasa mcm tgk AC Milan plak.

Walaupun begitu ramai yang beranggapan tadi barcelona main cara selamat, tapi coraK yang di mainkan itu adalah corak permainan kelab2 itali seperti Juve dan Milan. Inter tak masuk sbb inter pengerusi dia suker tgk score ajer. Bila ronaldo belah ajer dia rasa inter tak harapan.

Aku pernah suka pada Inter satu ketika masa sekolah rendah hinggalah aku berubah angin kepada AC Milan baru2 ini. Ini disebabkan corak permainan mereka yang amat menarik minat aku sebagai bekas pemain bola sepak bapak segala amatur yang ada (wakil sekolah aja). Antara taktik yang biasa adalah swan tactics dan ada satu lagik tapi bahasa inggeris dia aku tak tau... bahasa melayu nyer 3 di bawah 3 di atas 4 di tengah siapa di tepi. Huahuahua, kalau dollah salleh tau taktik ni takder le selangor asyik kene sayur jer.

berbalik pada chelsea dan barca, secara keseluruhan chelsea kalah tactic. Best siot game tadi. Tapi budak2 (sepupu2 aku) sumer kata buhsan. Diorang pon geng2 suka tgk gol. Takdewr feel tgk taktik. Saper coach barca ni, rednap ke haper ntah nama dia, dia ni mmg terer mcm capelo ngan lippi lah aku rasa. Huhh.. esok Milan lawan Bayen plak. huhuhuhuh.

Tapi sedih gak la kan chelsea tak masuk. misti gua kene tiaw kat opis ni. tapi, aku nak pegi ker arr opis esok pon. MUAHAHAHHAHAHHA.

Saturday, March 04, 2006

TAJUK: Kepada Kekawanku yang Jauh Di Mata

Kehadapan kawan-kawan yang saya hormati. Saya harap warkah ini tidak mengganggu kehidupan rakan-rakan yang sedia ceria. Tujuan saya menulis adalah untuk menceritakan pengalaman saya bermain badminton pada hari ini.

Hari ini saya bermain badminton bersama Jin dan rakan sekerjanya. Saya berasa begitu seronok walaupun tentangan yang diberikan oleh pihak lawan tidak memberansangkan. Acapkali saya menjadi kuli mengutip bulu tangkis-bulu tangkis yang tersangkut di jaring bahkan yang keluar dari kawasan permainan.

Abang kenit (selepas ini dikenali sebagai Ed) yang dikenali sebagai Ed seperti seorang permain professional kelibatnya. Rakan Jin yang berbangsa cina (selepas ini dikenali sebagai Sikopet) pula mempunyai kemahiran yang agak terbatas. Salah seorang daripada mereka (selepas ini dikenali sebagai Memberjin) telah membawa teman wanita istimewanya (selepas ini dikenali sebagai Awek) untuk bersama-sama mengecapi kegirangan bermain badminton. Dalam sekalian rakannya itu, salah seorang daripadanya adalah COO syarikat di mana Jin bekerja (selepas ini dikenali sebagai COO).

Di awal permainan saya berpasangan dengan COO. Perasaan saya amat terguris kerana COO ini bermain seperti sialan pembawa bencana macam gampang. Kami menghabiskan masa bersama sebanyak dua set permainan. Indahnya dunia setelah saya berpasangan pula dengan Jin menentang pasangan Ed dan Sikopet. Pasangan beregu kali ini mempunyai daya saing yang tinggi dan semangat yang kental. Walaubagaimanapun, keperkasaan pasangan saya dan Jin tiada tandingan. Pasangan kami masih belum pernah tewas sejak Kejohanan Terbuka Melaka TAHUN LEPAS.

Di akhir-akhir kegembiraan kami, kami cuba untuk menentang pasangan Memberjin dan Awek. Permainan yang hambar bahkan seperti gampang diulit taik amat membosankan. Kami bermain seperti biasa bersama senyum yang tak kunjung putus seolah-olah keseronokan tiada sempadan walhal tuhan sahaja yang tahu.

Walaubagaimanapun, saya amat seronok kerana dapat mengeluarkan peluh yang telah tersekat kerana kekurangan bahan bakar di dalam badan saya. Saya amat berterima kasih kepada Jin kerana sudi menjemput saya.

saya amat berharap agar saudara/ri dapat memberikan komen agar saya tidak berasa keseorangan dan kesepian tanpa rakan-rakan di sisi. Semoga persahabatan kita kekal seabadi menurut kehendakNya.

Yang benar sebenar-benar aku sebagai rakan kalian,
yang ikhlas seikhlas-ikhlas tulus dan murni,
dari seorang rakan menjadi seorang teman,
bilakah dapat kita bertemu lagi.

akutandatangan...Azan.

p/s: pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.