Wednesday, December 31, 2008

Tua Kutuk Pencacai Angkat Najis


Ambik napas dalam2 sebelom masuk

Test power

Penat2 dah bersih sikit. Lu orang tengok la pad sesajer. Kondom pon ader. saper la yang main nih.


Bila hati dah panas tak bersih, terpaksa turun mencari rezeki yang halal.



Kasik cat balik la, kesian tuan ni punya tempat taik, mcm taik.



Gua dah semakin tua. Gua selalu di puji oleh mereka2 yang taktau gua keje apa. Tak kurang juga gua selalu dikutuk bahkan dihina kerana melakukan kerjakerja kotor sebagai seorang pencacai.
Adakah gua bole dikategorikan "tua kutuk pencacai angkat najis".

Ada orang tak percaya gua ni pencacai. tak per gua bagi bukti yang meragukan untuk di nilai.

Wednesday, December 24, 2008

Saya Seorang Petani

Kesian orang umah gua, belajar pandai2 jadik doktor, pastu kawen ngan petani jerk. muekekekeek. apa nak buat, dah mmg gua encem dan power, huhuhuhuh, dia nak gak ngan gua. Mmg konpom gua encem.

Sbb ramai tak percaya aku seorang petani, terpaksa aku membuktikan dengan bukti yang meragukan. Ini buktinyer, gambar yang aku tangkap sendiri.




masih hutan

Dah Bersih


ni kalau JAS nampak ni, huhuhuh, panas beb.



Partner Gua, mengenang nasib petani yang terhimpitt
"TEKANANN MALAYSIA"

Benih modified


Mau tak mau kene buat gak sampai habis

Gua kat tgh2 tu, ni tgh racing rempit ni, saper tanam paling cepat laju dan pantas, bengkok takper, janji speks kene betul. Pagipagi jam 8, mcm kat cameron siot.

Penat buat kerjer, tgh hari layan mandi jeram, sejukkk skit badan.
ni gambar bogel gua ni jgn simpan dlm hp, bole meletup kene virus kucakuca.

Ini dah 3 minggu

Ini yang kemas punya, tapi naik tak berapa cantik, ni dah sebulan setengah

Gua suka yang ini sbb naik cantik

Lebih kurang keluasan yang aku tanam










Monday, December 22, 2008

Member Gua Kawen


Itu dia satu demi satu berlumba-lumba memember gua untuk berkawen. Releks releks, pelan pelan kayuh. Nama nya Nur Mazlie kot, tapi yang pasti nama galmour nyer adalah belut. muekekeke. Sekarang belut orang dah bela kat politank tau. Ini lagi siap sanding.

Jumpa budak2 diploma lama2. Ada yang aku tak ingat nama. Ada sorang hensem namanyer machap, geng budak umah belut gak kat ss17. dia duduk sama kariah ngan aku da kat jalan hassan sg udang kleng.

Gua pegi kenduri berkonvoi 2 kereta 3 family. family gua, family butak dan family jin, heheheh jin dah pakai family plak.

ok, selamat berkawen, hati hati main. cabuutttttt.

Thursday, December 04, 2008

Lu pegi mana mat

Dah 3 bulan gua tak sempat nak tulis, maklumlah, gua mmg suka bagi alasan yang munasabah, sibuk. Byk bende update pasal diri gua. guna tulis pakai point jer lah.

  1. Sibuk politik (lu orang tau jer lah, jadi pembangkang ni, asyik menyibuk jer hal kerajaan yang menang, tapi nak buat camaner, kalau nak habiskan harta negeri selangor abiskan lah, tapi jgn lah di sentuh hak hak orang melayu, tapi kerajaan yang dulu pon apa kurang nya, mana pegi 12% lagi baki target DEB, pd pandangan gua, kalau gua dah start menyibuk, pembangkang dan pencadang dua dua sapu).
  2. Sibuk meniaga (alhamdulillah... masih ada baki2 kontrak gua yang masih bole diteruskan, harap2 berpanjangan, gua dah masuk tahun kedua buat biz jolok taik ni, alhamdulillah, taik itu perniagaan).
  3. Sibuk hal family (adik tiri gua kawen, luorang pepaham la kan, kalau family gua buat kenduri, tulang belakang nyer saper kan, haaa gua la dan tak pasal2 bini gua pon kene follow gua samer2 penat, nasib baik gua dpt bini rajin, kalau dapat samer malas ngan gua, habis la gua, tinggal sepender jer bai).
  4. Sibuk bertani (gua ada satu lagi portfolio baru, gua sekarang tanam serai, 5 ekar kat kaw. felda sg tengi. Sronok gila siot bertani, peluh jonton keluar, dah la gua mmg tader stamina, tapi gua ada sikit will power la utk kontrol stamina tambahan, harus di ingat, sibuk bertani dan sibuk berniaga gua ni tader kait mengait, bila bertani gua bertani, yang jual serai bukan gua, orang lain, partner la lbh kurang, sabtu ahad sesaper rasa nak kluar peluh bertani kita bole turun kebun gua tader hal, asalkan jgn suruh anto balik dah).
  5. Sibuk buatbuat sibuk (kalau gua rasa ada yang tak kena ngan gua, gua terpaksa buatbuat sibuk atas tilam baru gua... sakit siut tilam spring gua dulu... ).
Luorang cuba tgk berapa jenis sibuk daaaa kat atas tu .... korang taknak ke gi bercuti lagi mandi air terjun. best lah ari tu, modal pon tak besa. Tapi value riadah tu ada. ohh ya lagi satu, kalau ada sesaper berminat nak bisnes servis tayar kereta, bole jumpa gua dan kene jadi pemuda umno caw gua dulu la. hishhh, umno umno, bawak2 la ikhlas. umno gak yg salah, padahal gua yg tak betul.