Friday, March 07, 2008

Undi Dengan Bijak

Pangkah, jgn tak pangkah, macam2 kontroversi, provokasi, pihak lawan, pihak kawan, meluat, kurang ajar, kesopanan, kesusilaan. Bangsa, agama, negara, parti mana mendukung negara, parti mana mendukung bangsa, parti mana mendukung agama.

Adakah parti mendukung negara benar2 menatang negara bagai minyak yang penuh? Fikir dengan bijak.

Adakah parti mendukung bangsa benar2 menatang bangsa bagai minyak yang penuh? Fikir dengan bijak.

Adakah parti mendukung agama benar2 menatang agama bagai minyak yang penuh? Fikir dengan bijak.

Jika menyokong, jgn mengongkong. Jika membangkang, jgn mengangkang.

Adakah BN sekali lagi mendapat majoriti 2/3 ? (ya, atas kertas)
Adakah PAS sekali lagi akan kecewa di luar kelantan ? (mereka ada isu yang bagus dari sebelum ini)
Adakah DAP / PKR akan bangkit ? (secara peribadi, saya rasa tidak)

Saya secara terangan adalah menyokong umno dari 1999? Sebelum itu saya di pihak yang lain. Walaubagaimanapon, saya memuji semangat pihak lawan, yang tidak kenal erti penat, terus bekerja kuat, di ADUN selat klang ini. Tahniah. Saya mas
Dapat dilihat jentera PAS byk dan lebih awal memainkan peranan berbanding BN.
Walaubagaimanapon, kami di peringkat cawangan parti akan terus memberi tentangan sengit. heheheh. Tapi, peringkat zon ..... tak leh tulis... kelemahan BN ada byk, takleh cakap. tunggu lepas pilihan raya. tu pon kalau rasa nak tulis. kalau tak baik simpan buat obat. Kelemahan PAS, lebih byk, satu drpdnya jentera cawangan yg amat kurang. Harap diperbaiki akan datang, kami sebagai penyokong BN mengharapkan parti lawan melawan kami habis-habisan. Majoriti lepas 6 ribu lebih. bertambah atau berkurang tiada siapa yang tahu.

Sekarang orang mengundi tengok calon. Jarang sekali dengar undi kerana parti. Ini trend, semua orang dah sekolah tinggi. Kebanyakan result oriented. Apa si polan dah buat dengan tempat kita adalah soalan biasa.

Ramai orang kata saya sokong BN sebab nak dapat projek... Tuan2, barang siapa yang bertanyakan "adakah saya dapat projek pada pilihanraya ini" kepada saya, saya akan jawab "dapat". Saya dapat projek pada pilihanraya, walhal tader satu YB dan ketua cawangan pon kenal siapa Noor Azan Syah Bin Md Yusup. Kalau saya sokong pas/dap/pkr pon saya berani jamin saya masih boleh dapat projek pada pilihanraya kali ini. Bila berniaga, jangan berpolitik. Jika berpolitik, jangan berniaga.

Apa yang sedih bila di belakang mereka bercerita kepada kawan2 taulan2 bahawa saya dapat projek pilihanraya anugerah dari YB. hahahhahaha. Terima kasih kerana fitnah2 anda kerana hampir2 membuat saya tersungkur. Sesungguhnya pilihanraya kali ini amat mencabar. Sekarang, saya demam dan terlantar di atas katil sajer, salah satu sebab, adalah fitnah dari pelbagai sudut.

Saya akan fikir masak2. Berniaga atau Politik. Saya sedar, ia tidak bole di campur. Kerana ia bagaikan air dan minyak. Dah la tak bole campur, minyak pulak asyik duduk atas. Adat berniaga dan berpolitik ramai kawan, Salah langkah menjadi lawan. Lawan meniaga nampak di mata, lawan politik tanpa kesan.

Semoga rakan2 yang membaca blog ini undilah dengan membuat pilihan yang bijak.

3 comments:

kenit said...

"Jika menyokong, jgn mengongkong. Jika membangkang, jgn mengangkang"

ade sedikit porno jugak bunyiknyer tuh... kekekekekkeekkekeek

Titi Wangsa said...

walaupun gua sokong PKR (Deputy President PKR makan kat meja pengantin masa aku kawhin), gua rasa kalo azan bertanding kat tempat gua, gua sokong dia.

mungkin sebab dia kawan gua. tapi gua rasa baik la gua undi orang yang gua kenal daripada membuta tuli undi orang yang gua pun tak kenal.
kita undi calon sebab dia mewakili kita.
undilah calon yang anda rasa ada percentage paling tinggi sama dengan anda.

azan introduce gua kat GnR. hehehe

Titi Wangsa said...

wow.
the results of the general election was totally unexpected.