Monday, March 10, 2008

Apa Sudah Jadi ? Balik Raya dan Pilih ? Adakah Anda Bijak ?

Memandang BN telah pon kalah, apa lagi nak di kata, terima kasih kepada pengundi-pengundi yang sudi hadir demi masa depan negara. BN dah jadik pembangkang di Selangor.

Sekarang sudah kalah. Siapa salah? Saya la salah. Betulkan kesalahan diri sendiri. diri sendiri. diri sendiri.

Buat bekas YB gua, maafkan kami kerana tidak tahu buat kerja. Sekarang gua ada YB baru. Tapi lain parti.

Tapi, Kenapa ?

Kenapa? Dengar kata-kata pengampu sehingga terlena dan terleka dalam keselesaan.
Terimalah padahnya.. walau gua kecewa dengan keputusan tetapi itulah PILIHAN Rakyat.
PILIHAN RAKYAT tau.

Kenapa? Masa berkempen dihabiskan untuk terkinja-kinja.. Baik jantan atau betina sama saja. (marah bunyinya, sabar wak sabar) Isu yang timbul bagi mereka tidak perlu dijawab. Itu kerja orang lain kononnya.

Terimalah kekecewaan ini dengan menyalahkan diri sendiri, Abedu anak beranak tidak diperlukan lagi.. Pergilah duduk dimana-mana koridor yang berlambak telah dilancarkan. Jangan menyebok dalam selangor nih. Jgn lagik bermusuh dengan orang2 jawa. Jgn asyik mengganggu bekas MB kami. dah jadik bekas dah. Kami tak nak calon ni hangpa paksa kami letak, hang ingat hang sapa? oppss, besar pangkat hang rupanya. Itu pasal kabermenantu baek punya.

Kenapa? Tak gantung2 poster. tunggu saat akhir ker? 4 hari lg nak mengundi baru nak sampai? aper ni? Poster tu dari mana? jauh sgt ker? Apersal la YB di anugerahkan setiausaha yang taktau buat kerja.

Kenapa? sesama ahli berpecah belah. wak lu jalan dulu la wak, gua tunggu arahan ketua gua dulu. Ketua cawangan, ketua pemuda, ketua zon, ketua bahagian, err berapa byk ketua daaa. Yang efektif, 1 cawangan 1 ketua 1 jentera.

Kenapa? takder duit topup ker? calling2 la kalau ada problem. Kenapa? aper? hilang? gi langkawi, teluk batik, aper nih, cuti-cuti mesia ker? Kenaper lah Lah ?

Cina menang, India bersatu, Melayu bepecah, Tapi Rakyat dah PILIH. Nak bagi mesej khabarnyer. Mesej pengundi semua mmg benar2 sampai ke telinga mereka, bahkan terus ke hati dan hempedu ahli-ahli biasa seperti saya.

Semua ini kerana pemimpin melayu yang bongkak tak dgr cakap. Mereka rasa selesa dan kuat kerana di ampu. Setakat samitol mmg dah tau dari awal akan kalah begitu juga kejatuhan yang sengaja di rancang di pulau pinang. Rugi kan YB pon tak tau cerita ni, kesian YB, selalu tak cukup tido, mengantuk la tuh, tiiiiiduuuurrrllaahhhh wahai permaisuriku, huhuhuhuhu, aper lak YB, x-YB. Ntah2 x-YB ni di boikot pemuda kot. hihihihi. Tapi tak semua pemuda kot, sebahagian yang kecewa kerana disekat ketamakan mereka.

Terima kekalahan. Sudah diterangkan, sudah dijelaskan, Rakyat terutama di bandar besar dihimpit oleh inflasi, tol, harga petrol dan BLR, tetapi apekenama tuLah merasakan ia tidak apa. Kena tekan ngan boss kilang gula pon lu goyang keLah. Menantu lu kan ketua samseng. Datang kg orang taktau adat. Pamitan la.

Sudah diterangkan, sudah diceritakan betapa rakyat bukan Melayu terutama dari kaum Cina tidak berpuas hati dengan ekonomi negara. Tapi akhbar gah melambakkan cerita kenaikan ekonomi dan bursa saham yang dijana oleh syraikat gergasi. India geng, utk pertama kali dalam sejarah bersatu kerana keangkuhan samitol. Lek arr bro sam, lu punya orang gak jatuhkan lu.

Sudah dinyatakan bahawa tindakan kerajaan menghentikan beberapa projek yang dirancang telah melembabkan ekonomi tetapi enggan diakui. Tiada sebab lain pun banyak kerusi kalah kecuali tekanan hidup hasil pengurusan ekonomi negara yang tidak bijak. Negara untung, syarikat besar untung tetapi rakyat tidak untung. Hasilnya inilah keputusan yang kita dapat.

gua kontraktor beb, gua tak suker citer barang naik, kalau tak naik pon susah gak, tak jadik aper2. Kesan2 jelas apabila parti bukan BN memerintah sudah dapat di baca oleh perisik2 BN yang benar2 berkhidmat dengan ikhlas. Cari dan kenalilah perisik2 ini wahai calon2 akan datang.

Gua tak dapat terima kekalahan BN kali ni, gua rasa mcm bukan BN yang kalah. Tapi, teringat kata2 Tun Dr M, "Saya sentiasa menegaskan bahawa negara ini memerlukan pembangkang dan mereka mesti bersikap kritikal terhadap kerajaan. Tanpanya, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat wajah kita. Anggota kerajaan kadang-kadang kaki bodek dan mereka sentiasa kata "anda betul" dan anda tiada cara untuk menilai sama ada anda di landasan yang betul. jadi jika negara ini kehilangan pembangkang dan jadi seperti Singapura, maka akan berlaku bencana."

Yang masih setia kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA.. teruskan perjuangan. Kita yang setia perlu menunjukkan sikap sebenar dengan menolak pemimpin yang GOBLOK. Sekian, dari bahagian tindakan khas barisan nasional. aper tindakan, sambung tidooo. lu orang ni nampak seperti bijak dan akan menjadi bijak dan lebih bijak dari masa ke masa.

3 comments:

kenit said...

nampaknyer sdr. sungguh panas hati dgn cerita kali nih... takut plak gua membacanyer...

keylink said...

Sabar-sabar... biar kasi UMENO belajar... kalau tamo belajar jugak.. apa mau buat...

Anonymous said...

gua setuju beb..gua balik kepala batas, jauh, kena bayar tol jadah semua pasal satu undi. Undi LAH. Tapi pulau pinang dah tertawan. Org rumah gua org perak. Teluk Intan. Pun tertawan. Gua tinggal selangor. Pun tertawan. Mana negeri lagi gua nak tinggal. Semua kampung pun dah tertawan. Gua pindah sabah/sarawak lagi bagus.

Rgrd
Rozaili