Sunday, April 13, 2008

Pening Politik

Orang Melayu kebelakangan ni lebih banyak hentam menghentam sesama sendiri daripada memikirkan sesuatu yang bernas untuk memajukan ekonomi. Bukankah lebih baik kita bermuhasabah dari segi kemajuan Melayu dalam ekonomi daripada menyalahkan mantan Perdana Menteri Dr M atau Pak Lah atau Pemimpin Pembangkang sekalipon atau sesiapa saja kerana budaya salah menyalah ni tidak akan habis sehingga kiamat.

Cuba kita perhatikan MCA, mereka kalah juga dalam PRU12, tetapi tidak ada pula hikayat demi hikayat isu salah menyalah ni?

Berkenaan projek babi di Sepang, saya rasa wajarlah ia dikaji semula sebab jumlah pelaburan RM100 juta tu terlalu besar. Jika diambil perkiraan rambang, RM100 juta itu boleh menternak R10 juta ekor babi berdasarkan kos "membesarkan" seekor babi RM100. Dan jumlah 10 juta ekor babi tu lebih banyak daripada 4 juta ekor kambing biri-biri di Australia dan 2 juta ekor lembu feedlot New Zealand. Jika babi di Selangor saja berjumlah 10 juta ekor dan penduduk di Selangor 2 juta orang (dicampur dengan Wilayah), bagaimana ye nisbah satu babi dan seorang penduduk? Astagfirullah, takut nak congak!

Yang tak sedap sekarang, orang2 yang menentang ni cakap pasal babi haram lah ape lah, betul2 buang masa. Sedangkan ini satu pendekatan yang sistematik dan mudah urus, yang patut di semak semula adalah saiz dan kawasan ladang cadangan, itu saja.

Pening bila banyak sgt perkara di politik kan, tak bole buat kerja dibuatnya, sibuk jawab dan soal itu ini.

1 comment:

kenit said...

itu macam soalan matematik sekolah rendah nampaknyer.. jika penduduk selangor ade 2 juta.. babi ade 100 juta.. jadik 1 org dpt berapa babi utk dilahap seperti babi...?