Thursday, June 21, 2007

Adsense

Gua letak adsense kat blog gua, sebab gua memerlukan wang. tapi adsense dalam ingeris, blog aku melayu, agak2 camaner dia bole kasik aku duit? mustahil dan angan2 kosong. Barang siapa ingin kaya, jgn tiru mcm saya kerana angan2 dapat duit dari adsense dan bole kaya. Sekali lagi, jalan pintas hanya masuk ke dalam gaung.

Tuesday, June 19, 2007

Rindu Rinduan

Dah dekat 3, 4 bulan rasanya tak balik terengganu, apa la citer kat ayah dan mak di sana. Ayah aku tu dah la macam tu, sibuk2 nak keje pulak. Tak bole duduk diam kat rumah katanya. Tapi, orang tua selalu berlapik, tak cukup duit ker, nak pakai duit ker, kadang2 kita tak tau dan diorang ni pon satu tak nak bagi tau anak.

Hari2 aku risaukan keluarga aku, makan ke tidak ker, cukup ker pakainya, tapi, rasanya mcm terlupa sesuatu, mak, ayah, mak, uncle, ayah, ibu, apa la yang diorang fikirkan dalam kesibukan aku mencari rezeki. Adakah aku ni anak yang baik atau sebaliknya? aku sendiri taktau. Kalau tanya konform tak jawab dan dalam hati diorang "aperke dungu anak aku tanya mender2 mcm ni, paham2 sudah lah".

Betul jugak, takkan nak tanya. Dulu diorang paham2 ajer bagi kita makan, pakai dan semua kelengkapan. Aku kengkadang takut aku masih lagi menyusahkan dan tidak menyenangkan hati orang tua. Malam2 mcm rasa rindu pulak kat ayah di terengganu. Satu hari anak aku juga akan besar seperti aku sekarang. Nanti anak aku rindu ker tak kat aku mcm aku sekarang, cewahhh, karat plak.

Gua rasa sekarang gua rindu. hakikatnya mmg gua rindu, tapi tak kluar kat mulut. biasa la gua lelaki pemalu. muekekekekkek.

Thursday, June 14, 2007

Sunday, June 10, 2007

Sakit...

Apa khabar geng, mengapa sepi tanpa berita, banyak cerita yang aku taktau pasal nkorang semua. Lu orang semua apa citer. Aku masih mcm ni lagik, tapi bertambah sakit. Bila aku belek2 buku 555 aku ni, byk utang yang kene bayar, sampaikan utang ngan member pon belum bayar. Bukan aku taknak bayar, aku memang kesempitan sangat. Kalau ada terbaca tu, halalkan ajerlah yer. ahaks.

Bila pikir utang-utang ni, aku jadik mandom plak, bukan aper, susah nak tido mlm utang byk sangat. Kene plak OU aku gi BTN Meru, adusss, lagik arrr kingkungking. Aku dan mengharap yang lain turut berdoa, berilah kekuatan untuk aku teruskan kerja-kerja aku, dengan hikmah dan hidayah, berikanlah aku petunjuk dimanakah aku nak dapatkan modal, sbb rasa tak sanggup nak pinjam bank.

Akhir kata,

Malam ini Malam minggu,
Jgn diungkit Perkara lalu,
Malam esok Masuk minggu Baru,
Berpantang ajal, Hikmah aku buru.

Sunday, June 03, 2007

Sekolah Cuti, Kos Hidup Tinggi

minggu cuti sekolah.... minggu paling sibuk dalam byk2 minggu. Pergghhhh. Penat leteh dan sengal. Merata tempat aku jelajah. Dari johor sampai ke Ulu Yam. Pastu last layan umah botak. Umah titi ingat nak sekali jalan, tapi dah tak keruan aku. tak bole nak bukak mata. Ada satu lagik kenduri yang aku tak pegi, kenduri hazim. nampaknya aku masih di hantui penyakit lupa. ahaks. cam siot arrr asyik lupa jerk. Aku doakan agar penyakit aku kian sembuh hendaknya.

Antara tempat kenduri yang perlu aku pergi adalah seperti berikut:-

1. Felda Lenga, Pagoh
2. Batu Pahat
3. Sg Air Tawar (kot), Kota Tinggi
4. Ulu Yam
5. Keramat
7. Putrajaya
8. Puchong
9. Klang
10. Klang

Semuanya 10, kalau ada terlupa tu mungkin aku buat2 lupa dan mmg betul tak ingat. Buat2 lupa tu takder arrr kan, pernah ke aku buat2 lupa. Hati busuk siot. hehehhe. Adakah ini satu tanggungjawab dan satu kewajiban? Aku pernah mendengar samar2 dahulu ia sama seperti menjawab salam. bole tahan gak kan.Tapi, aku berjaya settlekan 5 sajer. selain itu, aku guna wakil kecuali pada putrajaya dan puchong (bkn kenduri kawen). Yang putrajaya ni aku ingat lambat, bila teringat tak ambil tindakan dgn cepat utk call saper2 suruh kirim, last2 aku lupa, ni haa baru ingat. agak terkilan rasanya bila teringat susah payah dulu dia ziarah aku masa aku kawen.

Saper yang ada alasan yang teramat munasabah seperti jaga anak kecil, dapatlah meloloskan diri. Akhir kata dari saya, semoga panjang umur dan murah rezeki kpd kawan2 semua, caloo.