Thursday, September 07, 2006

Keindahan Hospital

Dalam 2 minggu sudah, aku dan bini aku melepak di hospital. Tapi bini aku tidur hospital, aku tidur di rumah. Itulah beza Ayah dan Ibu. Ibu berkorban demi anak melebihi segalanya. Ayah lebih berpikir tentang rezeki, masyuk atau tidak. hehehe ni aku le, kalau orang lain dah tentu lain pikirnya samada lebih baik atau lebih teruk dari aku (tak perlu dipikikan).

Begini kisahnya, anak aku ni memain la kat kampung panjat sana panjat sini nak belajar katenye. Yang si ayah dan si ibu ni dok bercinte memandang dari jauh je, ok la tu kot, takkan la jatuh (dalam hati), satu kali kelekuk, jatuh tapi, tidak kuat, walaubagaimanapon, hidung berdarah di luar, terkoyak kulitnya. Maknya kan ada, terus kasik fisrt aid tau dia buat, tak sampai lima minit dah settle.

Esok nya pegi shopping kat tg karang, nak raya katekan (huhuh puasa pon belom makcik oi), shopping punya shopping lalu pulang ke gagang dan singgah le kat rumah orang kawen (aktiviti biasa ujung minggu) kerana dijemput. Belum sampai dah si Nina muntah katak, huweekkkkk. Abih kete, huuhuuuu. Dah emaknya tangkap risau terus ingat2 balik time jatuh tu kuat sgt ker. Aku tak tau aper yg dipikirkan. Sesampai rumah orang kawin lagik teruk. Tak bole blah...aku gerak terus balik umah.

Sampai rumah muntah ajer budak nyer pon jadik lemah. Minum muntah makan muntah. Tapi emaknya ambil keputusan untuk biar dulu bagi nenen secara berterusan. Pagi nya bawak Nina pegi hospital dan kene tahan kat ICU. Adehh.. tgk anak aku kene masuk jarum sedih plak, kesian kekecik lagik dah kene camtu (timbul rasa menyesal kenapa tak jaga time dia main - pro dan kontra). Badan dia semakin lemah kerana tak makan hanya minum dan muntah ajer.

Pakar paedetrik (eja mcm salah) pon datang kasik tengok pastu disarankan untuk buat CT brain bagi memastikan tiada clot di dalam otak. Ini kerana symptom yang ditunjuk seperti kekurangan oksigen di dalam otak. Kaki (bahagian paha) menjadi seperti terkulai layu tidak bermaya. kot. hehehheeh... Lepas buat.. result nya negative. Puhhhh... lega..walaubagaimanapun kesian kakak kerana dah terdedah kepada radiasi. Amat dikesalkan.

Punca ......... tidak di ketahui.... hanya melegakan symptom sahaja. Masukkan air, bukan air minum biasa la tapi aperntah namenyer lebih kurang mcm 100plus kot. Kasik bendalir dalam badan seimbang. Lama kelamaan ia pulih dengan sendirinya tanpa memakan ubatan lain selain pcm. Moral: susu ibu adalah baik untuk bayi, bukan bapa (erkkk... ada sesaper dah rasa ke...kekekke). ok penat. caloo bete.

No comments: