Monday, March 13, 2006

MILAN vs JUVE (1st half)

Best giler ..... Milan menguasai permainan. Milan tactic biasa: 4-4-2 ketika bertahan, 3-4-3 ketika menyerang (defend power giler bole lah citer). Juve macam terdesak nak gol sbb aku tgk ada 4 orang pemburu gol berbanding Milan hanya 2 orang. Terlalu ketara di maan Juve menggunakan Nedved sepenuhnya dari kelajuan bahkan kreativiti nya di tagih walau pon seringkali dibayangi stoper Milan. Juve ada satu stopper (Vierra) dan Milan ada 2 stopper (Gattuso dan Pirlo). Antara pemain yang tak berapa berguna di 1st half adalah Kaka (Milan) dan Ibrahimovic (Juve). Tak dapat di pastikan samada ia adalah taktikal atau kesengalan mereka sendiri dalam mengolah taktik yang di serap oleh jurulatih. Tapi yang paling aku teruja bile tgk pippo lari dr offside (aku rasa ini jer skill dia, lagik satu tanduk kadang2 kene bahu). Dua kali dia lepas menurut lensa kamera tapi referee kata offside.

Secara keseluruhan, jelas Juve menagih permainan pantas dari pemainnya manakala Milan bermain menyerap asakan dan menyerang secara berperingkat.

Hanya sekadar pandangan bukan propesenel.

Tgk seken half plak.

Saturday, March 11, 2006

Setelah KU Tahu Maksud TaG

4 jobs
1.JUSCO-jaga baju pompuan bai (heheheheh)
2.BAwak Helikopter
3.Kilang plastik syeksen 16
4.programmer cabuk

4 movies i luv
1.ROCK - rambut panjang macam beruk, beruk punya melayu
2.LOnTaR
3.Legend of The Fall - betul ke spelling nyer ni
4.KL Menjerit

4 places i've lived
1.Sg Udang, Klang
2.Sri Begonia, Bandar Puteri Puchong
3.Padang Jawa, Shah Alam
4.Seksyen 7, Shah Alam

4 tv shows i luv to watch
1.Natasha ...... huhuhuh sedih siot
2.UEFA Champion League
3.English Premier League
4.Highlight MSL
kadang2 wa tgk gak sembilu kasih.. tapi dah jarang dah

4 places ive been on vacation
suda lama tak pegi vacation
1.Kijal
2.Port Dickson
3.Cameron Highland
4.Umbai dan Afamosa Water Park

4 blogs i visit daily
1.Tanpa Belas
2.Tanpa Bayang
3.Tanpa Rambut
4.Puaka Salju Hitam

4 favorite foods
aku sangat suka bab ni =)
1.pasta
2.pau daging yang halal
3.ikan bakar
4.makan laut la senang

4 places i'd rather be
1.Depan pc
2.Mamak or Neng's
3.Simpang Empat
4.Lepak Kat Luar Rumah Tgk Pokok

4 albums i can't live without
1.Rainbow-Greatest Hits lar aper lagi..sumer ader
2.tak ingat
3.tak ingat
4.tak ingat

4 vehicles i've owned
1.basikal
2.moto rxz (sold)
3.moto ex5
4.moto kris
tiada kereta atas nama aku...i'm free i'm free...free willy

4 people i'm gonna tag
1.Sting
2.Jin
3.Batu
4.Sahril

Wednesday, March 08, 2006

CHELSEA VS BARCELONA

Dah lama tak dapat tgk corak tektikal klasik yang di amalkan oleh kedua-dua buah pasukan. Dan sejak bila pulak barcelona pandai main corak taktikal. Aku penyokong chelsea sejak lama dulu, tapi tertarik dgn corak permainan barcelona sebentar tadi. Terasa mcm tgk AC Milan plak.

Walaupun begitu ramai yang beranggapan tadi barcelona main cara selamat, tapi coraK yang di mainkan itu adalah corak permainan kelab2 itali seperti Juve dan Milan. Inter tak masuk sbb inter pengerusi dia suker tgk score ajer. Bila ronaldo belah ajer dia rasa inter tak harapan.

Aku pernah suka pada Inter satu ketika masa sekolah rendah hinggalah aku berubah angin kepada AC Milan baru2 ini. Ini disebabkan corak permainan mereka yang amat menarik minat aku sebagai bekas pemain bola sepak bapak segala amatur yang ada (wakil sekolah aja). Antara taktik yang biasa adalah swan tactics dan ada satu lagik tapi bahasa inggeris dia aku tak tau... bahasa melayu nyer 3 di bawah 3 di atas 4 di tengah siapa di tepi. Huahuahua, kalau dollah salleh tau taktik ni takder le selangor asyik kene sayur jer.

berbalik pada chelsea dan barca, secara keseluruhan chelsea kalah tactic. Best siot game tadi. Tapi budak2 (sepupu2 aku) sumer kata buhsan. Diorang pon geng2 suka tgk gol. Takdewr feel tgk taktik. Saper coach barca ni, rednap ke haper ntah nama dia, dia ni mmg terer mcm capelo ngan lippi lah aku rasa. Huhh.. esok Milan lawan Bayen plak. huhuhuhuh.

Tapi sedih gak la kan chelsea tak masuk. misti gua kene tiaw kat opis ni. tapi, aku nak pegi ker arr opis esok pon. MUAHAHAHHAHAHHA.

Saturday, March 04, 2006

TAJUK: Kepada Kekawanku yang Jauh Di Mata

Kehadapan kawan-kawan yang saya hormati. Saya harap warkah ini tidak mengganggu kehidupan rakan-rakan yang sedia ceria. Tujuan saya menulis adalah untuk menceritakan pengalaman saya bermain badminton pada hari ini.

Hari ini saya bermain badminton bersama Jin dan rakan sekerjanya. Saya berasa begitu seronok walaupun tentangan yang diberikan oleh pihak lawan tidak memberansangkan. Acapkali saya menjadi kuli mengutip bulu tangkis-bulu tangkis yang tersangkut di jaring bahkan yang keluar dari kawasan permainan.

Abang kenit (selepas ini dikenali sebagai Ed) yang dikenali sebagai Ed seperti seorang permain professional kelibatnya. Rakan Jin yang berbangsa cina (selepas ini dikenali sebagai Sikopet) pula mempunyai kemahiran yang agak terbatas. Salah seorang daripada mereka (selepas ini dikenali sebagai Memberjin) telah membawa teman wanita istimewanya (selepas ini dikenali sebagai Awek) untuk bersama-sama mengecapi kegirangan bermain badminton. Dalam sekalian rakannya itu, salah seorang daripadanya adalah COO syarikat di mana Jin bekerja (selepas ini dikenali sebagai COO).

Di awal permainan saya berpasangan dengan COO. Perasaan saya amat terguris kerana COO ini bermain seperti sialan pembawa bencana macam gampang. Kami menghabiskan masa bersama sebanyak dua set permainan. Indahnya dunia setelah saya berpasangan pula dengan Jin menentang pasangan Ed dan Sikopet. Pasangan beregu kali ini mempunyai daya saing yang tinggi dan semangat yang kental. Walaubagaimanapun, keperkasaan pasangan saya dan Jin tiada tandingan. Pasangan kami masih belum pernah tewas sejak Kejohanan Terbuka Melaka TAHUN LEPAS.

Di akhir-akhir kegembiraan kami, kami cuba untuk menentang pasangan Memberjin dan Awek. Permainan yang hambar bahkan seperti gampang diulit taik amat membosankan. Kami bermain seperti biasa bersama senyum yang tak kunjung putus seolah-olah keseronokan tiada sempadan walhal tuhan sahaja yang tahu.

Walaubagaimanapun, saya amat seronok kerana dapat mengeluarkan peluh yang telah tersekat kerana kekurangan bahan bakar di dalam badan saya. Saya amat berterima kasih kepada Jin kerana sudi menjemput saya.

saya amat berharap agar saudara/ri dapat memberikan komen agar saya tidak berasa keseorangan dan kesepian tanpa rakan-rakan di sisi. Semoga persahabatan kita kekal seabadi menurut kehendakNya.

Yang benar sebenar-benar aku sebagai rakan kalian,
yang ikhlas seikhlas-ikhlas tulus dan murni,
dari seorang rakan menjadi seorang teman,
bilakah dapat kita bertemu lagi.

akutandatangan...Azan.

p/s: pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Sunday, February 19, 2006

8 sebab aku belom tido

1. Kejer tak siap lagik... banyak kejer nak buat ni. Aku tgh buat kejer yang aku tak tau aku suka atau tidak. Kalau dapat ini projek, alhamdulillah.

2. Gua jumpa botak semalam... baru balik dari pulau perhentian yang indah nian itu. Banyak cerita2 orang baru kawen yang gua ceritakan kembali kepada botak. Jin nganga jer. Berselera botak bercerita pasal perhentian. Jin nganga jer dan aku pon sekali. Muka Pn Jan pon berseri2. Maklumlah jampi mak andam belom hilang lagik. kekekeke.

3. Gua punya temp kereta asyik naik jer... gua ingat nak tolak ni pastu beli baru jer lah. Banyak hal lah kete seken ni. kalau nak angkat baru kete aper... myvi tak sedap lah aku bawak. goyang2. savvy.. sedap.. tapi takut kene gelak plak. maklumlah..protong. perlu ker aku tukar pon ?? sekarang ker ??? atau 5 bulan kemudian... ermmm.. atau ......(fill in the blank)....

4.Bini aku on call besok... cemaner ler anak2 aku, tak dapat enen-enen ibu dia bila malam. Tu yang ayah training dulu ini malam. KAsik mata bionik tak moh tutup. muekekekek. Ayah bukan komplain, ayah sayang kat anak2 ayah. Lagik sayang kat Ibu. muekekeekke.

5.Minum Ali Cafe.... cafeine (betul ke ejea ni).... yang ni aku mcm tipo kot... kalau aku nak tido minum pon takder kesan. aku tetap tido.

6. Tak sabar nak baca blog terbaru botak .... bai... lu tau tak yang gua tak sempat bergambar nga lu botak. Gua nak baca bahagian nasihat kepada orang yang belom kawen. Tips and tricks. Bai, lu dah tido belom ni. agak2 larr.

7. Gua nak bersukan... gua nanti pagi gua nak joging... tapi saper nak jaga anak gua...huhuhu...

8. Menunggu kedatangan maid gua yang paling mahal... lagik dua hari.. yang ni aku bayar 4800. muahahahha... mahal bapak haram jadah. tapi kali ni ada waranty.

ok geng lain kali wa tulis lagik.