Friday, June 27, 2008

Malai Kongsi

TSEC pernah membalas surat yang dihantar kepada nya sebagai berikut (benar atau tidak bukan sesuatu isu yang penting di sini, tetapi ini realiti alam perniagaan) :-

"Pada mulanya saya sangkakan surat saya itu tidak akan mendapat 'respon' dari Tan Sri Eric Chia. Walaubagaimanapun, beberapa minggu selepas itu saya menerima sepucuk surat yang ditulis sendiri dengan 'tangan' oleh Eric Chia.

Saya masih ingat antara isi kandungan surat yang beliau beri kepada saya adalah seperti berikut:

1) Jika kamu mahu berjaya dalam perniagaan, kamu perlu bekerja siang dan malam
2) Kamu perlu anggapkan malam itu adalah siang
3) Saya telah beberapa kali gagal tetapi ia tidak menghalang untuk saya teruskan usaha saya
4) Walaupun saya adalah bangsa China tetapi saya tidak percaya pada orang China
5) Saya lebih percaya pada orang Melayu. Saya telah membantu ramai orang Melayu tetapi orang Melayu bila berniaga tidak ada DISIPLIN.

Apa yang memikat hati saya ialah beliau sendiri sudi menulis surat dengan tangannya sendiri bukan taip."

Sekian, terima benci


1 comment:

daddy cool said...

ape ni bang.. semu8a hal politik.. kekekek tapi wa minat baca blog lu la.. ade kemajuan.. wa dpt rase2 lu akan jadi PM stu hari nanti... PM means penyelamat melayu ye bro.. bukan perdana menteri.. apepun salam...