Monday, June 23, 2008

Get out from my office, i don't want to see your face anymore

Wow, tajuk tu tajuk kene marah tu, risau gua kalau kene selampet mcm tu. Gua ari ni ada cerita pasal soalan2 yang akan di tanya oleh pengarah2/pegawai2 jpa/spa untuk temuduga menjawat jawatan di dalam kerajaan yang terbaru.

1. Menurut Tun Dr Mahathir, Pak Lah dan Umno tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada beliau sebagai ahli Umno serta sebagai mantan Presiden Umno dan YAB Perdana Menteri Malaysia. Jika benar, mengapa?

2. Apa keputusan Lembaga Disiplin Umno ke atas penyiasatan politik wang / rasuah politik terhadap usaha Umno Kedah dan Umno Pusat untuk memastikan Tun Dr Mahathir kalah dalam pemilihan untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno 2006?

3. Hak dan kuasa Melayu semakin terhakis sejak 4 tahun lalu. Mengapa Umno tidak mempertahankannya seperti yang dituntut oleh Fasal 3 perlembagaannya?

4. Tribunal yang membicarakan Tun Salleh Abas dan sekumpulan hakim yang lain seperti Datuk George Seah, Tan Sri Wan Sulaiman dan lain lain telah mendapati mereka BERSALAH. Apa hak dan kuasa Jemaaah Menteri membayar ex-gratia kepada mereka? Mengapa amaunnya (wang rakyat) tidak didedahkan sedangkan slogan ketelusan sering dilaungkan? Mengapa semua pesalah pesalah di dalam tribunal tribunal yang lain tidak dibayar ex-gratia?

5. Mengapa Datuk Seri Syed Hamid, semasa menjadi Menteri Luar, tidak menjawab semua perkara yang ditimbulkan oleh Encik Matthias Chang berhubung jambatan bengkok? Mengapa masih tidak menjawab hingga kini? Encik Matthias Chang di pihak yang benar?

6. MCA, MIC, Gerakan dan banyak parti lain mempunyai institut / pusat penyelidikan masing-masing. Mengapa Umno tidak menubuhkannya?

7. Samy Vellu menyalahkan Tun Dr Mahathir di atas kegagalan kaum India sedangkan dia lebih lama menjadi Presiden MIC (sejak 1979) berbanding Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Adakah benar tuduhan tuduhan itu? Mengapa pemimpin Umno diam?

8. Pada 11 Mei lalu, sempena sambutan Umno yang ke 62 tahun. Pak Lah antara lain menyarankan semua ahli Umno memiliki sifat-sifat murni seperti beradab, berbudi bahasa dan berintegriti. Bernilai murnikah para pemimpin Umno (seperti Pak Lah, Nazri Aziz, Rafidah, Syed Hamid, Hishamuddin Hussein, Azalina Othman, Zahid Hamid, Khaled Nordin, Ahmad Shabbery, Ismail Sabri, dan beberapa menteri hingusan lagi) apabila mereka mengutuk dan menghina mantan pemimpin sendiri secara terbuka dan berperangai seperti melepaskan anjing tersepit? Mengapa tidak mengikuti tauladan dari pemimpin yang lebih bersopan di dalam percakapan mereka seperti Datuk Seri Ali Rustam, Rais Yatim dan Shafie Afdal?

9. Pak Lah telah memberi tahu para pemimpin Umno bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang sabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu. Dilaporkan Zaid Ibrahim melakukan tindakan yang boleh dianggap sedemikian (tidak menolong berkempen dan dikatakan menyediakan makanan kepada kem pihak musuh). Adakah siasatan dilakukan ke atas beliau? Jika ya, apakah hasil siasatan itu? Jika tidak, mengapa siasatan tidak dilakukan?

10. Mengapa sehingga kini tiada pengumuman mengenai pengisytiharan harta Perdana Menteri dan ahli ahli kabinet dan ahli keluarga mereka seperti yang di janjikan sejurus selepas pengumuman kabinet baru pada 18 Mac tempoh hari? Mana pergi janji Pak Lah dan BPR?

11. Kita sokong penuh visi Pak Lah untuk melantik mereka yang bersih dan baik-baik sebagai ahli kabinet beliau. Namun ramai mengatakan Zaid Ibrahim adalah kaki botol. Benarkah demikian?

12. Ismail Sabri dan lain-lain mendesak Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Sanusi (dah dipecat) dan Datuk Mokhzani meletakkan jawatan masing-masing kerana telah keluar daripada UMNO. Kenapa orang yang sama tidak mendesak:

12.1 pengerusi perhubungan Umno negeri meletakkan jawatan masing-masing kerana BN / Umno kalah di negeri mereka (ikut jejak langkah Khir Toyo)?

12.2 ketua setiausaha dan ketua jabatam serta CEO / GLC yang tidak menjadi ahli Umno supaya berhenti?

12.3 Syed Hamid Albar meletakkan jawatan kerana kehilangan Pulau Batu Putih (isu kedaulatan negara)?

12.3 Khaled Nordin berhenti kerana gagal mempertahankan kuota biasiswa anak anak bumiputera?

12.4 Shahrir Samad meletakkan jawatan kerana gagal menguruskan isu isu kenaikan harga runcit petrol dan disel; ia telah memalukan kerajaan, akan menimbulkan anarki di dalam ekonomi dan menyusahkan rakyat

Terima Kasih. Harap para cerdik pandai di dalam pucuk kepimpinan Umno boleh menjawab soalan soalan di atas. Jikalau hendak membisu, tidak perlulah menjadi pemimpin Melayu. Ingat, kalau pokok sebesar mana sekalipun, jika sudah tumbang, kura-kura pun boleh panjat.

Sekian.

2 comments:

Titi Wangsa said...

yeah.
patut la tak selalu post entry.
kuantiti kurang.
tapi.
kuality, sangat bagus.
i want to know the answer to some of these questions as well.

kenit said...

camne nak jawab nih.. susahnyer!!!