Saturday, May 26, 2007

Bila Diri Terasa Tua



Kengkadang gua balik kerja rasa sengal2 dan bisa2 jer badan nih. Nak kater letih bukan letih, nak kata penat bukan penat, nak kate lapar pon bukan jaga, tapi gua tau antara kawan2 yg baca ni misti ada mereka2 banyak jawapan. biasala kawan kan. namapon kawan. Jatuh motor masuk gaung bukan nak tolong. saper kate tak tolong? tolong aper...

Gua tadik semayang jumaat bole hilang selipar, aduusss hilang capel bata gua yg baru beli tuuu .... tapi kalau gua ingat2 balik zaman muda gua dulu, dgn tanpa rasa besalah gua rembat balik kasut orang lain. Tapi ambik yang murah la. Kira guna konsep dosa pahala sesat gak yang selalu diguna sebagai alasan mudamudi lahabau. Termenung jauh aku kat mejid tadih, nak aku amik siper orang lain tak sampai hati bila tgk muka orang2 lama yang ...ntah lah.. touching lak gua, satu hari gua akan berada ditempat orang2 itu. Agak2 gua termenung dalam 10 minit gua pon terus jerla balik umah tanpa selipe.

Gua ni baru 2 jam lepas balik keje. kira sampai umah kol 2 pg. Time tuh ou gua dah tak bole bukak mata. gua ketuk punya ketuk punya ketuk sampai gua bukak baju kat luar umah tak leh masuk. Gua dah angin dah dah dekat 15 minit kat luar. Tapi tu la, "allaahh, apa nak marah2 bini sendiri, dia pon penat gak, .........". Ini lg satu symptom yg menyebabkan aku terasa tua sgt. malas nak bising2 mcm dulu. Dalam hati cuma terdetik "Tuanya lah Gua".

Thursday, May 24, 2007

Kejer Kontrak

Gua dah masuk 6 bulan rasanya buat keje kontrak fulltime nih. Gua rasa pencapaian yang memuaskan masih belum di capai. Dan gua pon masih belum dapat rasa senang. Ikut perkiraan gua kene tunggu lagik 3 tahun untuk rasa kemanisannya.

Yang terbaru gua buat speedbreaker dan repair tandas. Jolok taik tuuhhh, baeekk punya nalaa. Masukkan tgn beb dala itu lubang. Tapi masa duduk kat puchong ngan padang jawa dulu pon gua buat gak mender2 tuh. So, tak heraan sangatlah kan.

Gua rasa bahagia sebab buat keje yang gua suka buat nih. Lu orang camaner? seronok ker ngan kerje yang lu orang buat? Tgk orang la kan, betul tak? ada orang janji masyuk bole bayar utang makan sket bayar court badminton dah alhamdulillah. Ada orang tak penah cukup ngan aper yg ada. Ada orang sentiasa dalam penyesalan walau apapon yang dilakukan.

Sekarang ni ada dua orang member gua yang dah dapat anak. Titi Wangsa dan Sharil Botak. Allaaa beb, tak susah maner pon, saja jer takut2kan lu orang dulu. Belanjer pon tambah sikit ajer. Nanti tuhan bagi rezeki kat anak tempiasnya dapatlah kat kita sikit. Alhamdulillah Allah Maha Adil.

Ok la geng, gua ada dua tandas awam lagi yg gua kene settlekan. Jumpa lagi dan gua rindu ngan lu orang semua. Criittt.

Saturday, May 19, 2007

Berehat Di Cameron Highland





Setelah penat bekerja hari demi-demi, gua mengambil keputusan untuk bercuti di cameron. Kenapa cameron. Sbb OU gua suka cameron. Gua suka atau tidak tak berapa penting sebab gua hanya nak berehat dari kesibukan kerja hari2.




Apa ada pada Cameron dari kacamata gua adalah udara yang nyaman dan sejuk ( tapi tak berapa sejuk cam dulu (1993) ). Mungkin sebab dah byk pembangunan. Lagi ada ladang sayur, bunga dan teh. Dan beberapa tempat shopping buah dan sayur.



Gua pilih strawberry park sebab jauh dari jalan besar. So, kurang gangguan. Gua berehat menikmati udara yang nyaman dan pemandangan. Hilangkan sebu di kepala dengan menutup hp gua supaya tidak berdering.





Gua sebenarnyer teringin nak gi perhentian walaupon dah dua kali pegi. Tapi memandangkan wang yg tak berapa cukup utk kesana. Baik lepak tempat jimat sket. Gua pegi sana 3d2n. Aktiviti lebih kepada tengok2 pemandangan da berehat dan kurangkan shopping.




Kepada kengkawan yang byk idea, lepas ni kita nak kemana. Apa aktiviti riadah dan rekreasi?