Thursday, January 24, 2008

Harore

Itu hari gua bercuti di melaka. Melawat kawasan2 yang bersejarah. Bila pikir2 balik, mcm takder beza melaka dulu dengan malaysia sekarang. Dulu melaka tahan la satu abad. Malaysia taktau la tahan berapa abad. Melaka jatuh zaman rahsuah bermaharajalela. Ini dah kira sama gak mcm sekarang nih.

Gua naik beca beb kat melaka, dah la laki bini berat nak mampus, sebab tu gua pilih penarik beca yang agak muda dan bertenaga. Tapi penarik beca mmg bes, bawak keliling bandar hilir hingga ke jonker street dan tunjukkan memacam tempat bersejarah siap politik lagik, ahaks. Gua rasa kalau dia amik balik exam sejarah pmr pon bole lulus cemerlang la, tahun semua hapal tu (betul atau tidak apa yg dicakaptu tak penting), gua layan dia cerita, gua senyap dan melopong, bini gua banyak tanya, itu dan ini.

Tapi pasal sejarah melaka ni orang kata ada beberapa version, gua pon ader version cikgu sejarah gua dulu. Dia ajar sejarah melaka ikut version dia. huaahhhh. Agak2 kalau di tanya time pereksa keluar dia punya version ker atau buku teks punya version. Gua bukan tak percaya sejarah, tapi gua cuma kena tahu sejarah, ini bukan bidang gua bai. Sekadar tahu, ok lah, tapi kalau pasal sejarah keluarga gua percaya sikit, sebab cerita nya tak byk sgt tukat mulut, dan bahan bukti masih bole dilihat dan dihayati.

Sebagai orang jawa, mintak maap lah melaka kerana satu ketika dulu nenek moyang kami lari dari medan peperangan. (...lain kali kalau orang mintak payment bayarler).

Ok lah, kat sana gua duduk legacymelaka dan seri malaysia. Seri Malaysia ok gak, kira seri malaysia yang ter ok sekali la yg gua penah pegi. Gua ada komen dalam bahasa penjajah kat sini1 sini2. hahahah, agak2 makna tak kene bahasa tu paham2 ajer lah. Ok lah geng, itu sajer, bila nak gi perhentian ni?

Wednesday, January 09, 2008

Selamat Berhijrah

Halloowww brado-brado serta sistosisti sekelian, apercer tahun baru. Esok tahun baru yang membawa makna ni kemana kita? ker mesjid ke? dok umah je ke? tengok bungapi ke? Tak kesah la kan, janji kita paham tahun baru hijrah ini membawa maksud perpindahan.

Memanglah kalau nak di bincangkan maksud hijrah ini amat luas, itu tak masuk cerita hijrah sebelum hijrah. Ini tahun baru, 1429H. So, aper nak buat? Doa tahun baru tahun lama pon aku taktau. Dulu suruh hafal buat2 tak tau jer.. mentang2 tak masuk pereksa. jahil sungguh.

Tanam benih baru sampai dia tumbuh. benih apa erk? benih azam pon bole la kan.Letak 2 3 benih kene jaga lepas tu berdoa dia tumbuh. InsyaAllah. Antara benih yang ada dalam senarai, memperkemaskan pengurusan perniagaan dan keluarga, menyelesaikan masalah lama di waktu malam (susah tidur), meluaskan pergaulan, mendirikan bangunan, no3 single setiakawan.

Sekiranya tak berjaya, ingatkan gua supaya tidak berputus asa. Semoga hijrah yang baru ini mendatangkan manfaat kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

Tuesday, January 01, 2008

Tahun Baru

Apa ada pada tahun baru kali ini? Pada gua tader aperaper pon yang interesting melainkan bunga api. Tiada nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan. Adalah lebih baik gua duduk di rumah yang sejuk kerana hujan yang turun bagaikan mutiara seolah-olah tahun baru ni ada ong, yaa, ong, ong gedek-gedek, katak saja, tiada siapa yang tahu rezeki tahun yang baru tiba ni.

Tahun 2008, apa yang ada, bukak akaun baru, menilai prestasi kerja, objektif kerja yang baru, boleh kata tahun baru sesuatu yang menyenakkan kepala. Tiada nilai agung. Cinta agung jauh sekali.

Kenapa perlu keluar tgk bunga api? Tak perlu lah, tapi menarik juga tgk bunga api. cantik. hehehe. Kenapa lak kene makan luar? sambut tahun baru katenye, hikhikhik, kesian kene sambut tahun baru. Kenapa kener countdown? Menandakan masa untuk berparti, yeahhh... parti tuhhh. Ada ramai awek. Awek gedik dan gedekgedek, hikhikhik.

Penat kan tahun baru, kereta byk atas jalan, jem larr aper lagi. Dalam hati gua, "Kene sambut ker pon". Takde maknenye. Dalam hati gua lagi "takut-takut jatuh syirik pula". Nauzubillah. Terima kasih kpd guru2 gua. Baik gua ganti tahun baru ni kepada hari guru. Yeahhhhh.