Tuesday, February 14, 2006

Hari Gembira

Kenapa hari gembira plak kan. hari gembira kerana jumpa ramai orang. aku jumpa orang yang jarang2 jumpa. bahkan telah sekian lama tak jumpa. Farid dan tunangannya, bob dan isterinyer, man dan cermin matanya, METO dan kerjakerjanya, saper lagik, titi dan tunangnyer (ni geng dah tak sabar ni), jin dan baju melayunyer, batu dan sampin songketnya, haris dan isterinyer dan rambut yang di ikat, oh yaaa ... awek kiut dan rahimah (lama ni tak jumpa...), popo dan myvinyer (ada pasang surbo....tebabboo..ala macam turbo gak..muekekeke), bob ym dan segala kekayaan yang tidak diketahuinya, saper lagik yer, ann dan fiza (entah biler lar, dah 26 tahun dah ni), jijah, ed0880, dan ramai lagi.

Aper2hal pon, tahniah kepada abang takder rambut kerana dan berkahwin dgn pn jan. Misti sekarang tgh kira duit sumbangan. Balik modal tak abang botak ? kekekeke... ker mak dan ayah kira dalam bilik. bahaya oo, itu duit bau nyer kuat.

Malam sebelom itu aku tgk rumah haris, cantek, besar dan banyak bilik. Cuma ada tikus yang belom dijumpai mendiami rumahnyer ketika ini. tikus tu ajak berjiran bai. walaubagaimanapon aku masih tiada rumah. aku masih duduk menumpang di rumah mak bapak aku. Siapalah aku ini nak membeli rumah beratus ribu tu.

Semalam, orang gaji rumah aku tak sabar2 mintak dihantarkan pulang. Tu la sebagai peringatan kepada indon2 lain, kalau nak kerja kat rumah aku jgn pakai guna2. Panas .. kamu ngerti atau tidak. Di rumahku ini tiada tangkal, tiada penjaga bunian dan tiada pendinding batin buatan jin. Oleh itu, awaslah pada mereka yang bersekongkol dengan jin. Antara jin dan manusia, tiada apa2 hubungan melainkan hubungan antara makhluk. Jgnlah dipuja, jgn lah meminta bantuan, mereka hanya boleh diarah dengan sekeras2 telunjuk, dan haram membelai dengan lembut jemari. Saper yg kaki bomoh pon lebih kurang lar dalam golongan ni. Jumpa lar orang yang tinggi ilmu agama. Nanti tertipu ngan tipu daya syaitan.

APer lagi nak citer yer.. tunggu tahun depan lar aku tulis lagik. muekekekekke.

Tuesday, January 03, 2006

Ini blog tahun baru

tahun baru .... ini 2006 punya tahun masih baru. belom lagik di conteng ngan mcm2 kisah lagik. aku conteng malam tahun baru aku kat atas katil ngan anak-anak dan isteri tercinter. aku sebenarnyer ada azam baru. Tapi aku simpan dalam perut jer. kekekekekek. aku bukan takut kener gelak. tapi takut tak tercapai. kerana perkara yang aku rahsiakan selalu nyer tercapai dan perkara yang aku dok pokol gong hanya sekadar memekak kan telinga.

Terima kasih la pada kengkawan dan keluarga kerana sudi berbudi ngan aku pada tahun lepas. Pada yang buat palat pada aku, harap2 nkorang sedar akan betaper besarnyer kuasa tuhan. Aku nak rekemen pada memember sumer supaya start buat investment atau menyimpan wang anda. Kerana aku dah start lebih 3 tahun dan hasil nyer alhamdulillah. tak perlu tanyer aku beraper aku ada, kerana sebenar2nyer ia nya hanya cukup makan, pakai dan tinggal sahaja. dan kepada yang dah start, jgn luper pelbagaikan portfolio anda. Oh yer, jauhkan diri dari scam investment dan sebagai peringatan..jgn sama kan bisnes dan investment.

Aku harap pada semua yang baca blog aku ni, doakan kesejahteraan aku sekeluarga dan aku doakan pembaca semua semoga sentiasa sihat, bertambah rezeki dan ...to be continue........kekekekekek

Sunday, January 01, 2006

Kenaper ?

Kenaper aku kener tulis blog. kenaper mesti aku mendisiplinkan diri utk tulis blog. kenaper? kenapakahhhhh? Dosa ker kalau tak tulis. Rindu ke nak baca hasil karya temberang aku ni. Atau korang sumer memamg takder kejer....wakakkakaakkaka....sori la.... aku banyak kejer ?
kerja..kerja..kerja...kerja....

Friday, December 02, 2005

Tiada Tajuk Yang Sesuai

Aku ingat nak tulis blog, satu kali rasa takder mood plak.
wakakakkaak..... ok calooo.

Wednesday, October 12, 2005

Rupanya Perjalanan Masih Jauh

Akhirnya, mereka muncul. Siapa? Anak-anak ayah dah lahir, huhuhuhu. Ni aku nak citer pengalaman sikit la sebagai ahli kelab bapa yang terbaru.

Pada hari Isnin, minggu lepas, aku pegi la antar bini aku buat check up kat HTAR, Klang. Sekali kener tahan daaa... mcm berhenti jantung aku bila doktor kata.. eh dah bukak 2cm... APA ?? dalam kepala aku yang bebal minyak ini, menggelabah mencarik makna bukak 2cm, aper dah nak beranak ker? lambat lagik ker? ada komplikation ker? yang aku tak tahan perkataan 'eh' dari mulut doktor tu. Mcm takder apa2 berlaku jer sebut mcm tu.

Aku pon bersiap lah nak anta bini aku naik wad, dengan bag baby yang wife aku dah sediakan sebelom ni. Aku tgk bini aku jalan ok jer, mcm tak sakit, bila aku tgk yang dalam wad tu rupenyer setakat 2cm tu anakanak rebina jer. Aku pon releks la, sebab dalam hatia ku dah cool balik kan.

Wife aku di bagi opsyen utk cuba beranak normal. So, bersedia lah dia utk beranak normal akan tetapi entah agaknyer lambat sgt kot doktor bagi induce (aperbender ni jgn tanya aku..google sendiri lah)...bila dah induce sakit nyer adalah berkali ganda dengan yang betul2 beranak normal...pastuu sebab tak tahan sakit sgt, bagi epidural (betul ker eja ni), kira mcm bius la mender ni...masuk kat tulang belakang. Pastu tunggu punyer tunggu... dah bukak 9cm... pastuu tiba2 baby no 2 dah tak tahan... (maknanyer ada kemungkinan utk lemas)... so.. terpaksa operate... kesian isteri aku ni ... bersabung nyawa berapa jam ... aleh2 operate gak... nampak gak muka kecewa... tapi sebelom ni dalam hidup kita dah baper kali kecewa..so, kener belajarlah cemaner hadaapi kecewa. Tapi isteri memang isteri yang bijak.. so, dia tau bagaimana harus dia menghadapi semua itu.

Aku tunggu kat wad bersalin dari pokol 10am sampai pokol 11.30pm...sampai umah kol 2 sebab lepas operate bini aku kener duduk labor room lagik sebab banyak hilang darah. So, aku tgk bini aku jap, ambik uri pastu balik... sampai umah dalam kol 2.30 pagi. baby kener duduk paedetrik ICU ... sebab kesukaran bernafas. Jantung aku lagik sekali mcm nak berenti bila doktor bagi tau mcm tu. Tapi agak nyer muka aku pucat, dia sedapkan hati aku dengan berkata 'bukan aper, dia nak jaga sendiri baby ni sebab kawan ngan isteri aku'...ler cakap la kawan.

So..aku pon balikk... tu la pengalaman mmasa delivery. huhuhuhu. nanti aku sambung lah penat ni. Saper nak tinguk gambar baby gi sini
KLIK UTK GAMBAR BABY