Aku tidak tahu siapa lagi di malaysia yang masih 'lalu' nak menyambut hari kemerdekaan. setelah segala caca merba yang berlaku-Forum Memeluk Islam, cadangan pembukaan kuota 10% kepada bukan bumiputera bagi UiTM, wang zakat sama rasa, pengakuan sumpah oleh sesumpah, dan yang terbaru cina itu pendatang, eehhh ada lagik baru kepalalembu.
ya Allah, merdekakah kita ini? merdekakah Malaysia ini?
Tapi gua tak mahu putus harapan, dan gua antara orang yang masih lalu nak menyambut merdeka, sekurang2nya bersama keluarga.
Secara jujur dari luhur hati, aku sedih.. aku sedih kerana ramai sudah tidak mahu mengakui kemerdekaan kita kecapi ini, bukan kerana mempertikaikan sejarah bagaimana segalanya bermula merdeka, tapi kerana semangat kebencian yang semakin menebal dalam sesetengah rakyat yang ku namakan Malaysian... boleh ke nih... bangsa malaysia.
aku sememangnya kecewa. kecewa dengan segala-gala yang terjadi pada malaysia lewat kebelakangan ini. kecewa melihat rakan-rakan yang berbangsa cina yang bertungkus lumus ke hulu ke hilir cuba menjadikan Malaysia sebagai bumi yang membawa tuah bagi mereka. Kecewa mengenangkan bagaimana mereka ini dianggap sebagai tidak lebih daripada 'pendatang' di mata sesetengah orang Melayu.
Tapi ini semua tidak harus menjadikan aku, dan mungkin anda yang membaca, atau mungkin sesiapa saja di luar sana berasa putus asa pada Malaysia. ya, Malaysia kini sememangnya mengalami pergolakan yang semakin membimbangkan. ya, Malaysia kini sememangnya bagaikan ikan yang bernyawa-nyawa ikan. dan kerana keadaan Malaysia yang seperti inilah, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus bangun menyelamatkan keadaan, harus nekad dalam tekad, harus mapan dalam tindakan, harus utuh menjadi jaguh yang membawa arus kesedaran dan perubahan kepada trend politik semasa Malaysia dan seterusnya ke seluruh Malaysia secara amnya. kerana Malaysia yang tenat lagi nazak seperti inilah, maka kita tidak harus lari bersembunyi di sebalik tiang elektrik mahupun langsir mahupun pohon bonsai tetapi kembali kepada diri, tanya diri apakah kita mahu biarkan saja malaysia terus hanyut dalam ketidakseimbangannya, dalam krisis perkauman dan kekotoran politiknya atau menyumbangkan idea dan tenaga untuk merubah keadaan sekaligus membawa kebaikan bersama di Malaysia, di dunia secara amnya dan di akhirat secara khususnya.
dengan itu, Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.