Wa tak bleh bagi kepuasan kepada semua lu orang, tapi wa bleh bagi kepuasan kat golongan yang berakal, beradab dan terpilih.
Tuesday, July 29, 2008
Monday, July 28, 2008
Peperangan Jamal
Kita tahu ada pihak yang mula gusar dan mencemburui pertemuan antara dua parti tersebut. Justeru, kembali membelek-belek catatan sejarah yang mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri dalam Peperangan Jamal. Peperangan yang disebabkan oleh peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Peperangan yang setiap kali kita mengenangnya, kita akan mengalirkan airmata kekesalan. Cuma kisah bukan Syiah yang hidup dalam nostalgia lama dan enggan keluar daripadanya.
Kita bersedih atas Peperangan Jamal kerana menyebabkan dua pasukan tokoh agung umat iaitu Saidina ‘Ali r.a. dan Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah r.a. bertempur antara satu sama lain. Ia telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris disebabkan peristiwa yang tidak pernah mereka ingini itu.
Dalam peperangan tersebut juga, dua tokoh besar sahabah yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. dan al-Zubair ibn al-Awwam r.a. berada di pihak ‘Aishah r.ha. Sebelum trajedi yang mengheret peperangan itu berlaku Saidina `Ali telah menghantar wakilnya al-Qa’qa’ bin `Amr bertemu dengan `Aishah dan bertanya tujuan kedatangannya.
Kata al-Qa’qa’: “Wahai ibu! Apakah yang menyebabkan engkau hadir ke sini?”. Jawab `Aisyah: “Wahai anakku! Kerana inginkan perdamaian di kalangan manusia”. Lalu al-Qa’qa’ meminta Talhah dan Zubair hadir, lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya Ummul Mukminin tentang tujuan kedatangannya, beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk perdamaian antara manusia”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Kami juga demikian”. Kata al-Qa’qa’: “Beritahulah aku apakah cara perdamaian itu dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Demi Allah! Sekiranya kami dapat menerimanya, kita akan melaksanakannya. Jika kami tidak dapat menerima, kami tidak akan mengadakannya?”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Membunuh balas pembunuh `Uthman, jika ini tidak dilaksanakan bererti kamu telah mengabaikan al-Quran”. Jawab al-Qa’qa’: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh `Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Sepertimana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada `Uthman di Basrah iaitu Harqud bin Zuhair disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah `Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”.
Hasil dari perbincangan ini, akhirnya `Aishah, Zubair, Talhah dan semua para pengikut mereka setuju untuk memberikan janji setia kepada `Ali dan bersetuju menyerahkan tugas mengambil tindakan terhadap pembunuh `Uthman kepadanya apabila keadaan mengizinkan. `Aisyah r.a pun menghantar wakilnya menemui `Ali r.a. dan memberitahu tujuan mereka ialah untuk berdamai. Kedua-dua golongan begitu gembira dengan keputusan ini.
`Ali bangun berkhutbah di hadapan tenteranya, mengingatkan mereka bagaimana Islam menyatupadukan penganutnya dan bagaimana Allah telah menghimpunkan mereka selapas kewafatan Nabi s.a.w di bawah pemerintahan Abu Bakar kemudian `Umar dan kemudiannya `Uthman. Selepas itu berlakulah apa yang berlaku disebabkan golongan yang mencari kepentingan dunia dan dengkian nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya.
Seterusnya `Ali menegaskan: “Besok aku akan pergi berjumpa `Aishah dan mereka yang bersamanya untuk berdamai, kamu semua akan mengikutiku. Namun jangan ada seorang pun yang terlibat membantu pembunuhan `Uthman turut bersamaku”. Apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut.
Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai di atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka. Lalu ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar diambil tindakan terhadap `Ali seperti yang mereka telah lakukan terhadap `Uthman iaitu membunuhnya.
Cadangan ini dibantah oleh kepala penghasut mereka iaitu `Abdullah bin Saba’ sambil berkata: “Buruk sungguh pandangan tersebut, kalau kita membunuhnya kita juga akan dibunuh. Wahai para pembunuh `Uthman! Jumlah kita hanyalah dua ribu lima ratus orang, sedangkan para pengikut Talhah dan Zubair berjumlah lima ribu orang, kita tidak ada kemampuan menghadapinya dan mereka itu mahukan kita”. Mereka terus berbincang, akhirnya `Abdullah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan terlebih dahulu supaya peperangan tetap tercetus.
Maka pada malamnya, tentera di kedua-dua belah pihak tidur dengan hati yang senang dan puas di atas keputusan yang mereka perolehi. Sebaliknya para pengkhianat yang bimbangkan kesatuan umat Islam pula tidur dengan penuh kerisauan dan keresahan. Seperti yang dirancang, sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji.
Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak `Ali.
(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/248-249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya bimbang di zaman ini masih ada kelompok Abdullah bin Saba yang bimbangkan perdamaian antara sesama umat Islam. Bahkan beberapa tokoh politik bukan musuh dengan jelas mempertikaikan hasrat murni tersebut. Malang lagi, terdapat juga di kalangan umat Islam mempertikaikannya sekalipun pemimpin kedua-dua pihak secara jelas telah bersetuju. Mereka ini akan berusaha sedaya mungkin agar tidak akan lahirnya perdamaian antara umat ini.
Walaupun parti-parti politik yang ada itu tidaklah boleh untuk disamakan dengan keimanan, kejujuran dan kesolehan ‘Ali, ‘Aishah, al-Zubair dan Talhah, tetapi pengajaran peristiwa boleh diambil. Jika mereka yang begitu hebat, dapat dikeliru oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya sehingga tergamam yang membawa kepada peperangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang membantu kita agar lebih berhati-hati. Moga kita tidak ulangi kesilapan mereka.
Setakat ini para pemimpin utama kedua parti politik tersebut telah menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab yang patut dipuji. Cuma kita bimbang mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, atau yang setia di belakang musuh merancang agar digagalkan hasrat untuk kedua parti ini untuk duduk berbincang dan merancang tentang masa depan umat. Mereka ini nanti akan menimbulkan berbagai kerenah supaya hasil yang positif itu tidak direalisasikan.
Jika boleh mungkin mereka akan mencetuskan sesuatu kejadian akan pertempuran sengit isu akan tercetus dan hasrat murni akan terbatal. Inilah strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikut. Terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara ‘Ali dengan ‘Aishah. Harapan kita, agar genetik ‘Abdullah bin Saba pada zaman ini, tidak akan memperak-perandakan kita sekali lagi.
Ya memang benar, rekod pertarungan politik antara UMNO dan PAS ini bukan sedikit. Entah berapa banyak keperitan yang dirasai oleh PAS dek tindakan Umno, begitu juga sebaliknya. Serang menyerang peribadi, tuduh-menuduh dan pulau-memulau telah mencemar hubungan yang sepatutnya antara kedua parti ini. Inilah hasil daripada demokrasi ala Barat yang dalam banyak keadaan meminggirkan prinsip-prinsip syura dalam Islam.
Bagi saya, ketegangan yang menghalang untuk mereka duduk semeja selama ini, bukanlah sangat soal dasar. Tetapi ia lebih menyentuh soal perasaan, persepsi dan soal hati yang terluka. Juga mungkin kerana telah terlepas cakap, atau jaga hati pengikut atau kepentingan tertentu. Buktinya UMNO boleh duduk dengan MCA, MIC dan lain-lain parti yang amat berbeza antara mereka. PAS boleh duduk dengan Semangat 46, DAP, PKR yang ternyata amat berbeza antara mereka dari segi dasarnya. Namun, apabila adanya kepentingan yang sama, semua mereka dapat duduk semeja.
Hari ini kepentingan umat Islam lebih besar dan utama untuk dihayati sebagai kepentingan bersama PAS dan UMNO. Memang banyak sejarah pahit antara kedua parti itu. Sejarah buruk semalam diambil pengajaran, bukan lagi untuk kita ulangi. Tidak juga untuk kita terus mengingatinya sehingga terpaksa hidup dalam kesedihan lalu kita tidak berupaya lagi memandang masa depan yang gemilang.
Sunday, July 27, 2008
Beruntung
Mereka sudah menganggap bahawa yang silam itu sudah berlalu dan tinggal sejarah sahaja.
Dan sejarah hanya merupakan doktrin negara untuk generasi ketika itu sahaja dan tidak sesuai kepada generasi seterusnya.
Masalahnya ialah mereka tidak mahu tahu bahawasanya permukaan tempat bersaing di antara kaum-kaum belum lagi sama rata dan mereka tidak berusaha untuk membantu mempercepatkan proses kesamarataan itu.
Jauh di sudut hati, mengapa kita patut menyamaratakan hak dengan mengurangkan hak yang sebenarnya sememangnya benar-benar hak kami. Kalau nko cina kampung masih nak bising dengan hak aku, aku akan pastikan nko terus bisu. Beruntunglah kamu di Malaysia dengan bangsa melayu sebagai ketua.
Friday, July 25, 2008
Kenapa Mesti Begini
Tindakan Khalid Ibrahim menggantong pegawai khasnya melalui sistem pesanan ringkas adalah sangat tidak professional dan memalukan.
Khalid membuat lawak bodoh kononnya supaya Yahya tidak “terperanjat” sebaliknya Khalid sendiri yang terkejut beruk apabila dia terpaksa membatalkan mesyuarat perhubungan negeri bila mendapati 20 dari 22 ketua bahagian berdiri dibelakang Yahya Sahri.
Sifat pengecut Tan Sri Khalid terserlah apabila dia tidak mampu berdepan atau memanggil Yahya untuk berbincang atau memberi penjelasan ketika diminta dalam dialog bersama reformis lewat malam Isnin 23 Jun baru semalam
Begitu juga dengan ahli biro politik kecuali Yaakob Sapari, lari bertempiaran apabila para reformis muncul. Kemanakah menghilangnya YB Zuraidah, YB Xavier, YB Sivarasa? Mereka lari bila berdepan dengan reformis!.
Adalah dilaporkan bahawa di dalam mesyuarat, jika masa enam jam, 5 jam diambil masa oleh Khalid untuk bercakap, sau jam untuk yang lain, menjadikan mereka hanya ada lima atau enam minit untuk bercakap. Begitu juga dalam mesyuarat EXCO, Khalid sahaja yang bercakap tetapi orang lain tidak.
Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa dia sendiri tergopoh gapah mengambil tindakan kepada Yahya Sahri?
Ini bermakna tidak ujud langsung collective concencus dalam membuat keputusan. Khalid sendiri sering berkata, dia membuat keputusan. Biasanya keputusan Khalid tidak boleh diubah. Dari dulu hingga sekarang.
Jelas, dan nyata, cara pengurusan CEO Negeri Selangor ini adalah “Self Centered”, autokratik dan memaksa. Dalam jangkamasa yang panjang, kaedah pengurusan Khalid dalam menguruskan negeri ini akan makan dirinya sendiri. Ini sudah terbukti dalam beberapa keputusan yang dibuatnya sebelum ini.
Mengapakah tidak didedahkan siapa sebenarnya disebalik laporan yang berjaya memangsakan Yahya Sahri?
Pelapor Utama : Remy Iskandar – Pekerjaan : Tarik kereta Rosak/kemalangan – Kadar literasi : Tidak tahu menulis dan membaca. Hubungan dengan TSKI : Anak saudara (mengikut pengakuan Remy Iskandar dan disahkan oleh Hajiman Ibrahim, adik Tan Sri Khalid.
Tok Dalang : Haji Hajiman Ibrahim – Pekerjaan : Akauntan. Ahli PAS yang kini melompat masuk PKR. Tersenarai sebagai calon Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Ketua Kampong.
Hajiman telah memanggil Remy dan mengarahkannya membuat laporan BPR apabila mendapat salinan kepala surat dari pejabat Menteri Besar. Siapa yang berikan surat kepada Hajiman?
Sebelum peristiwa ini berlaku Remy beberapa kali memberitahu bahawa Hajiman ada dokumen termasuk dokumen penyelewengan kawasan pasir di Daerah Hulu Langat yang melibatkan seorang lagi Pegawai Khas MB, Haji Mustafa.
Baru-baru ini dilaporkan seorang lagi pegawai Menteri Besar di Ijok terlibat dengan pengeluaran pasir di kawasan Kuala Selangor.
Mengapa Hajiman tidak tampil kehadapan membuat laporan akan perkara ini.
Apakah pemberatan yang diambil oleh Khalid, berapa kali kah Biro Politik PKR bersidang untuk membuat keputusan menggantong Yahya dari tugas. Apakah keputusan ini keputusan perkhidmatan, keputusan politik, atau keputusan peribadi atau satu konspirasi?
Jika ini keputusan perkhidmatan, nyatakan dalam seksyen mana, perkara mana Yahya di gantong selama dua bulan. Tindakan menggantong ini tidak lebih hanya sebagai menguji kekuatan Yahya dan cuba memalukan pejuang ini.
Bagaimana pula dengan ADUN Ampang yang diberitakan bergelut dengan berbagai salahlaku dan salahguna kuasa, tidak menghormati bahagian dan mula mengamalkan kronisma.
Jika ini keputusan politik sudah dikajikah implikasi dan kesannya terhadap masa depan parti? Kenalkah Tan Sri Khalid siapa Yahya? Apa jasa Yahya kepada parti? Menganiaya Yahya ibarat mencubit peha kanan, terasa peha kiri.
Tindakan Yahya meletak jawatan bukan tindakan tergopoh gapah tetapi tindakan yang sudah dipersetujui melalui pandangan dan musyawarah rakan-rakan reformis dan 80 peratus Ketua-ketua Bahagian dan Jawatankuasa.
Pastinya Khalid tidak mampu menjawab kerana dia hanya menjadi ahli PKR baru tidak lebih 3 tahun. Sedangkan Yahya dan rakan reformis sudah menggungguli perjuangan ini sejak ia bermula hingga hari ini. Keadilan Kuala Selangor diasaskan oleh Yahya Sahri, Allahyarham Muhayat, Arshad Abu Bakar, Zainal Samad, Pak Kudus dan ramai lagi.
Datanglah bertandang ke bahagian ini. Pejabatnya hanya lebih baik sedikit dari reban ayam. Sedangkan Ketuanya adalah Berjawatan Menteri Besar, bergaji besar dan menerima elaun sebagai pengerusi semua GLC – di bawah MBI Incorporated sebanyak RM100 ribu sebulan.
Sebagai satu catatan rekod, Khalid mendapat jawatan sebagai Ketua Bahagian Kuala Selangor “on a silver platter” apabila Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor Saudara Arshad Abu Bakar memberikannya jawatan itu kepadanya.
Hairan bin ajaib, Khalid Ibrahim bertindak tidak lebih semacam ejen Barisan Nasional dan ejen UMNO. Ini kerana perbuatan Khalid akan menjejaskan pergerakan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya. Tindakan Khalid merosakkan parti.
Khalid diingatkan, jangan jadi ayam jantan yang “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi, paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih”.
Para Reformis mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Abdullah Sani yang berjaya meredakan suasana dengan bijaksana pada masa yang sama meletakkan ADUN lain pada kelas yang rendah.
Tuesday, July 15, 2008
Debat Terbuka Satu Kebodohan
Bagi saya, kita takkan tahu sape yang menang malam ni. Ianya pada penilaian kita sebagai penonton. Hujah, fakta mana yang boleh diterima.
Bagi saya, ianya merupakan satu usaha yang baik jika negara kita ini bukan Malaysia dan terdapat nilai keegoan serta kebodohan yang tidak terbatas. Biar rakyat mendengar mana satu idea yang bernas bagi mengurangkan beban mereka dengan diperdengarkan katakata manis tapi busuk dari keduadua pihak. Mereka sedar, rakyat sgt suka dengan hiburan yang dapat mendendangkan hati mereka.
Tapi saya masih mengharapkan 4 orang pemimpin terulung negara ini duduk semeja menyelesaikan masalah kita sekarang. Sekarang ni memang sedap kita mendengar kisah politik ni, duduk makan sambil borak2 hal ini, tapi kalau makin lama takde kesudahan, rakyat naik muak.
Sedar atau tidak, bangsa lain sedang memerhati sahaja apa yang terjadi sekarang ini. Hmmm....cuma tunggu 'peluang' sahaja.