Thursday, November 29, 2007

Negaraku Malaysia Yang Tercinta

Begini lah asam garam hidup berbilang bangsa. Ada saja yang tak puas hati. Aku antara yang tak berapa pandai bergaul dgn orang berbilang bangsa. Aku di besarkan di perkampungan jawa, pindah klang melayu+jawa, pindah kkb jawa+melayu+minang+kelantan, pindah shah alam jawa+melayu, masuk itm macam2melayu, pindah puchong ada india-cina-melayu-bangla-nepal-indon, tapi kat puchong aku tak campor orang akhir sekali balik klang, bergaullah aku dgn bangsa2 lain yang aku tak pernah bergaulcampur.

Apakan daya, mindset kekampungan dan kemelayuan terlalu tebal. Salah makbapak aku ker? salah cikgu2 aku ker? sudah tentu menyalahkan orang bukan jalan penyelesaian.

Baru2 ni ada perhimpunan bersih dan hindraf. Aku ada pendapat peribadi yang selalunya aku tak kongsi dengan kawan2 sbb ianya peribadi, hasil pemikiran aku sendiri yang entah betul atau tidak berdasarkan pengalaman. Aku tak pandai berfakta, tapi orang yang menunjuk2 pandai menggunakan fakta lantas memutarbelitkannya amat aku kagumi kebolehannya. Kebolehannya bukan keperibadiannya.

Ramai jugak member2 yang sentiasa duduk di atas pagar menyalak2 "mana pegi telo penyokong2 UMNO, PAS dan KEADILAN" ketika perhimpunan hindraf berlangsung. Tidak juga yang berkata, "orang melayu gaduh sesama sendiri berani la. lagak mcm samseng, tapi kalau dengan bangsa lain, telor masuk perut. penakut".

Itu tak masuk masa ramai yang nak tiru cara DENMARK berdemokrasi. Bagi aku secara ringkas, Denmark ada sedikit bangsa asing yang boleh dikatakan immigrant dari pelbagai bangsa. Tidak boleh disamakan dengan Malaysia. Polisi2 besar mereka tidak perlu mengambil kira bangsa2 asing ni.

Tetapi kita tidak sebegitu. Kita telah sedia ada menerima semua bangsa semasa 1957 dulu dan juga semasa Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia 1963. Itulah perjanjian diantara kita semua bangsa di Malaysia. Tidak boleh tidak, kita sehinggalah keanak2 cucu cicit kita nanti terpaksa hidup bersama.

Siapa memerintah tak penting, tapi hakikat itu terpaksa diterima. Menerima untuk sentiasa selama-lamanya bekerjasama kerana kita tiada pilihan. Sesungguhnya, orang melayu satu2nya bangsa yang amat-amat-amat-amat-BERTOLERANSI. Tidak bangga ke kita dengan kualiti yang ada pada bangsa melayu. Sesungguhnya bangsa lain tidak begitu. Kalau nak, dia mmg nak, mcm budak2 manja, taktau lebih kurang. Ia juga antara sebab bangsa2 lain hormat atau terpaksa hormat dengan bangsa melayu. Bahkan, mereka sebenarnya takut seandainya nilai toleransi yang tinggi pada orang2 melayu ini lenyap. Mereka hidup dalam ketakutan, malah malaysia kini akan hilang dari peta dunia.

Maka, perhimpunan yng menentang dasar2 kerajaan TIDAK DIBENARKAN. Jika kita benarkan dan memberi kelonggaran, mulalah HINDRAFlah, BERSIHlah dan percayalah, setiap bangsa itu akan berani menentang dasar2 yang SELALUNYA menjurus kepada kepentingan orang melayu itu sendiri. Harus dingatkan sekali lagi ... tidak kira siapa yang memerintah, PAS atau umno, perkara yang serupa harus di jaga. Tidak membenarkan kaum2 tertentu menentang dasar2 yang telah dibuat.

Kenapa ramai yang tak percaya, melayu dari dulu hanya ada kuasa politik. Aku insan yang kerdil dan serba kekurangan, bila memikirkan anak bangsa dan mengambil kira pengalaman, fakta, agama dan budaya, aku berjuang untuk bangsa, agama dan negara di atas platform UMNO. Seandainya aku mahukan reformasi, aku bergerak didalam lingkungan UMNO.

Akhir sekali, doakanlah Malaysia ini sentiasa aman, bahagia dan saling bekerjasama antara bangsa, jauhilah malapetaka bangsa dan bencana. Usahlah kutuk-mengutuk antara satu sama lain dan bersatu teguh bercerai roboh.

Anak bangsaku, tuntutlah ilmu dan gerakkan ekonomi.

Sunday, November 25, 2007

Bandar dan Kampung

Aku dibesarkan di kampung dan di pinggir bandar. Aku rasa bertuah dapat merasa kedua-duanya.0-1 tahun aku di kg delek, klang (kira kaw. pinggir bandar sekarang). 1-2 tahun pindah depan sikit sg udang. 2-5 thn aku kat kampung, tg karang. Nama kg aku dulu Kampung Ulu Tiram Burok. Sekarang namanya dah tukar tahun 1987 kepada Kg seri tiram jaya. Aku tahu, aku mmg budak ulu, dan aku sedar cuma tidak mengakui secara terang-terangan. Sehingga sekarang kerja yang aku idam-idamkan masih bersifat kekampungan, walhal perangai dan kelaku susah nak ubah menjadi kebandaran, walau kawan aku semua budak bandar, walau aku pemegang degree, walau aku hidup di bandar dan berjiran di bandar.

Umo aku 6 tahun aku pindah Assam Jawa, hahahah, botak tau arr kat mana, umah aku dekat depan umah besar, bapak aku sewa 90 hinggit dulu kat tuan umah. Bapak aku dulu kerja telefonist. cam sedap bunyik. Gaji RM350. Yeahhh, mugkin sbb aku anak tunggal, maka aku tak terasa susah sgt, tapi susah gak sbb bapak aku banyak tanggungan adik beradik dia yang masih bersekolah. Atau aku dulu mmg susah cuma aku yang tak rasa susah sbb dah biasa susah. Errmm entah lah, cam cerita mintak simpati pon ada, ahahhaha.

Umo 7 tahun aku pindah, jalan hassan, kg sg udang, klang, rumah tpt aku tinggal sekarang. Jgn cakap pasal pindah rumah dari sini, aku misti tarik muka, tak caya tanya bini aku. Dia mmg kenal perangai aku. Antara sebab terbesar aku tak keluar rumah adalah ini saja kenangan yang aku ada hidup berkeluarga bersama mak dan ayah. Tak ada lagi selain ini. Aku rasa amat mahal harganya sebab aku tak dapat nak beli kat mana2 lagi sbb jalan cerita berbeza.

Sekolah menengah, aku dok asrama kat kkb, sekolah ugame. Sekolah ala carte. Bermula cerita nakal ku yang keterlaluan, tapi yang keterlaluan itu biarlah terus tertanam di situ. Tak pernah pon orang kg tau pasal keterlaluan aku kat sana. Malahan, budak satu dorm pon bole tak tau. Itulah aku, aku mmg selesa begitu kerana beberapa matlamat yg nak dicapai serentak. Disini jugak lah azam berniaga aku timbul. Peniaga makan lewat malam (ni kene fly ni), keropok kentang, maggi kari dan indomeegoreng. Yeahh rokok aku tak jual selalu, sebab ada rasa bersalah sikit merosakkan anak bangsa.

Form 4 1/2 , aku kat shah alam. Bandor balik. samttaj name sekolah diberi. Hidup paling bosan pernah aku rasa time aku form 4 kat shah alam. Antara nakal2 bandor yang aku kenalpasti, Tackle awek-main-clash, belasah-member/junior-pasalbendekecik, berpuak2-disekolah-walau-satu-kelas, arak, curi-duit-semaximumbole(>100), beli-kawan-pakai-duit, tak hormat guru dan orang tua (paling ketara).

Tak hormat guru dan orang tua ni bagi aku bender yang paling pantang dalam idop aku. Biarlah orang kata cikgu kerek, tak adil, berat sebelah, denda orang tak bersalah, bagi aku 'terima kasih' sahaja yang patut keluar dari mulut seorang murid. Lain sumer simpan dalam dan fikir-fikirkan. Kes pokol guru dan calar kereta cikgu bagi aku samseng picisan budak sekolah yang pengecut.

Sampai aku habis ITM... eh UiTM... tahun 2002 kot. Aku terus di shah alam menimba ilmu dan pengalaman. Shah Alam, bandar terancang dan ada jiwa ketenangan dari segi lanskap di dalamnya. Bukan senang hidup kat Shah ALam. Kos hidup tinggi. Yang pertama aku heran, macam mana kawan2 aku bole hidup dekat situ (satu hal jugak aku tak tanya..hahah). Mungkin diorang pon heran tgk mcm mana aku bole hidup. 69.

Pastu merantau kejap ke Puchong mencuba nasib bermodalkan kertas ijazah. Tak bole blah, hidup yang agak sibuk, banyak kerje aku buat, puchong bandor ker kampung ker dah tak toleh, maklumlah nak kawen, hehehee.

Akhirnya, hanya manikam berdaya memanggil jauhari. Aku terperangkap di dalam kampung dan bandar yang menkonfiuskan. Di bandar, apabila kita makan, jgn lupa la jenguk2 jiran/saudara/kawan. Kerana hidup di bandar, tanpa wang kita kebulur. Dan aku bersoal tentang angan2 ku, kenapa aku tak bole hidup tanpa risaukan ketiadaan wang? Maknanya, aku tak perlu risau walau aku takde duit. Jauh di sudut hati, aku suka memikirkan balang, bola golf, batu kerikil kecil, pasir dan air kopi saje.

Dengan Ikatan Tulus Ikhlas,
Aku Yang Terperangkap.

Monday, November 19, 2007

Dia Yang Mengerti ( Tambun and Cameron Highland with True Love )


Dengan penat dan lelah dikumpul bersama akhirnya sampai jugak kat rumah. Indahnya bilik kecikku. selepas berkemas dan mandi, nada memilukan mengganggu rongga telinga. Taik telinga dengar pon berlumba2 keluar. Apepehal pon, terima kasih tuan pengerusi majlis, dif kehormat, dato' dan para jkkk serta ahli terhormat setiakawan mahupon tripkengkawan, kerana sudi menjayakan trip ini dengan begitu meriah dan saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan terus maju jaya.

Saya mulakan dengan kisah kereta ferrari dan cermin keretanya. Kereta ferarri salah seorang daripada tiga participant trip kengkangkawan, ehh salah eja... trip kangkangwan, ermm... (susah nak eja kasik betul rupanya, semua bender kita ingat senang tapi tak semudah yang disangka).........trip kengkawan telah di pecahkan oleh olang yang tak bertanggungjawab. Orang2 mcm ni mmg selalu tak bertanggungjawab. Kalau berjanji ngan anak dara orang pon dia pulun pastu tinggal. Apa yang dicuri? ishh... senang cerita khazanah tak ternilai. bukan boleh di cari ganti. kalau cuba diganti sekalipon takkan sama. kerana jalan ceritanya berbeza. itu lah orang panggil 'kenangan'.

Dapat dirasakan perjalanan balik yang suram durjana bakal ditempuhi para penumpang. Tapi apakan daya, nak disesal, dah jadi bubur. Nak dimarah tiada penghujung. Nak ditensen tak bermakna. Hanya doa dan kesabaran yang kudus dapat mengatasi segala kekusutan yang tak terlerai. Ini lah dinamakan bencana, Innalillah wainnalillahi rojiunn. Pengajaran 10 tiang lebih bermakna dari penyesalan. Sama kita bela, sama kita kena, sama kita rasa. Hanya Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Tapi sebelum kete ferari tadik dipecah, si kecik yang paling kecik dalam trip kengkawan ni asyik menangis je. Mcm nak bagitau, tapi, yang penting adalah penyebab, bukan jalan ceritanya, bukan bunganya, tapi akarnya. Cerita masih berkisar di jalan cerita yang gembira. Kata orang, penuh bermakna, memberi pengertian yang amat mendalam. Bukan apa, kerana kali ini, kualiti mengatasi kuantiti.

mungkin si kecik menangis kerana tempat makan yang panas dan bahang berbanding air sunga di kuala woh. Panas di bawah sejuk di atas. Agak unik tempat ni. unik nya mcm tadi yang aku cakap. pasir panas tapi air sejuk. yeahhhh. panas dan sejuk kalau bercampur jadik suam2 kuku. haba masih boleh bercampur rupanya, ye la aku bukan genius dan pandei, tapi setakat bender simple takde la aku nak kalutkan jadik komplikated. Ini kali pertama aku mandi sini sejak 14 tahun lalu. perghh lama gak tu, tapi tak seteruk dah baper lama aku tak turun pantai morib yang menjadi pujaan hatiku dulu. Hati manusia ni mmg senang berubah, ehh silap bukan semua manusia, bukan semua manusia, tapi segelintir manusia yang susah untuk memahami dan difahami.

Sate hj samuri sebenarnyer bukan lah sedap sgt, tapi kuah dia bole tahan. tapi tadik kuahnya tak sama mcm tempat lain, ada sikit lain, sambal pon pedas, aku rasa lagik selesa dan sedap makan kat tanah rata tadik. Sempoi, lauk campur ada sambal kerang tambah lagik ngan jukebox 50sen di akhir langkah yang semakin sayup nyanyian May bertajuk cintamu mekar dihati. Leleh beb...

Sebelum kitorang berenti kat jejantas sg buloh tu, kitorang semua berenti kat tapah sebab nak bersembahyang. Tapi sekejap je, tak sampai 30 minit kot. Orang ramai sesak dan takde ape yang menarik. Setakat buah2 jambu dan pelam. Kalau kat keafarm selamba borong 5 plastik berisi 15 batang jagung madu. Apek tu mcm tak percaya, tapi aku tau, dia kene percaya, ade gak budak gila mcm ni beli jagung aku. Habis di borong oleh sakai-sakai bandor ni, ingatkan dah habis di borong, rupanya apek ni ader strategi agak keji, saje buat2 mcm jagung dia nak habis. hahahahah. bisnes mmg perlukan strategi. Apek ni pegi keluarkan jagung nye yang baru. mane dia simpan pon aku tak tau. tapi dalam lori dia mmg dah habis. TAHNIAH! the most skillfull apeks in cameron highland.

Selain tu, ada gak, sayur-sayuran dan bunga-bunga untuk sipencinta agung meraih simpati kasih yang kian pudar lapok dek hujan lekang dek panas. sekali sekala kene gak buat maintenance. Restoration kate orang jawer. Biasalah kan soal hati ni, kene gak buat mentenen, kalau takde mentenen masjid pon boleh runtuh. Surau boleh jadik sunyi tau. Balai raya pon bole reput.

Sayur dan bunga dan tanaman lain, sebenanyer tgk je la kat mardi, semua ada. cuma strawbery tak leh petik sendiri. Mardi ni agak luas, jadik puas jugak la berjalan berkenangkenangan disitu. Keadaan tak berapa sejuk time nih, mungkin sebab awan mendung hanya mengundang diwaktu tgh dan hujan di petanghari nya. Tapi, ada signal la kan. Dah mendung makna nak hujan lah tuh, jgn la baut bodoh je menonong tunggu hujan turun, orang tuatua kata 'sediakan payung sebelum hujan'. pegi lah beli atau apa saja asalkan jgn curik payung orang lain, nanti orang lain yang basah beb. Kes ainaya orang, bahaya oo, doa makbul tuh.

Pagi tu mmg tak berapa sejuk, tapi pagi2 di tv3 mmg sejuk, pagi tv3 maknanya kol 6la, aku cuma bole bukak sebelah mata jerk, sebab banyak gak setan yang dah regular kat mata aku ni time pagi. aku pegi mana pon dia ikut. aku cucuk pakai garpu tau la. Tapi malam tu kitorang layan bakar jagung. bbq jagung, mmg best, tak dapat kat tempat lain. Sebab apa tak dapat kat tempat lain, aku bole ulang, sebab jalan ceritanya berbeza.

Antara tempat lain yang menarik di cameron tuh mcm pasar malam, dengan kuih2 yang unik, antara nye kuih berinchang dan cendawan goreng. Lagik satu BOH kat sg palas. ade rasa dan ada jiwa. lepas tu lepak kat Raju Hill layan askrim agak mahal tapi katenye spesel kat situh. layan je beb, sbb nak kasik feel. Pastu hari nak ujan, terus turun pekan carik barang nak masak kat umah. umah? ohh kitwerang dok kat Jurina Hill Lodge, lebih kurang mcm guesthouse. Kekurangan tpt ni hanya satu bagik aku, ASTRO. Lain semua ok saje.

Petang mcm biasa, tertido letih, tapi 2 setiakawan yang energetik telah merayap entah kemana. tautau dah hilang. Balikbalik, dia pulak ganti tido. akhirnya aktiviti berkisar diruangtamu dan dapur saje waktu tuh.

Huuuhhhhh... Letih gak melayan aktiviti sebenanyer, tapi sebab ada geng setiakawan, tak terasa sgt, sbb tak kering gusi bai. ada saje kutukan membina dari pelbagai penjuru yang memantulmantul. Apa tak penat, 3 jam klang sampei ipoh, pastu 2 jam naik cameron, hahahahahah. ke nak nak 2jamsetengah gak, tak habis2 mengutuk aku bebudak ni, kerana kegagalan mengestimate waktu. muahahahah. tapi percayalah, semua itu ada hikmah dan tohmah.

Kat ipoh layan tambun theme park, best mmg best, tapi kalau ramai lagik best. walaupon gelungsur dan gigantic punya barang tak banyak, tapi cukup, mmg cuukuppp, cuukuppp menghiburkan, hatiiiiii ini. Seharian, waktu bersammamu, tak terrassaa, saat yang berlaaalu, bagai pelangiii petang, takkan pasti, pergi juuuaaaaaa, pergi juaaaaaa.