Thursday, April 19, 2007

Lagu Yang Paling Gua Minat

Gua rasa dah tak terbendung lagik. Setiap kali gua ondeway balik misti kene layan gak lagu ni. Tak sah rasa, seperti tak lengkap tanpa lagu ini. Walaupon liriknye tak kene kat batang hidup gua, tapi gua amat kagum dengan lagu ini. Apentah istimewa sgt pon gua taktau nak citer. Dulu gua bilang lagu mcm ni hidup, ada roh. Ntahmaner punya mat rock sesat punyer pendapat ntah gua ikut. Terimalah sebuah lagu yang diberi tajuk "TIADA LAGI KIDUNGMU" oleh kumpulan deganas..lirik dan lagu oleh azan. Penerbit Anak-Garang Production. Pemain gitar, bass dan drum serta penyanyi pon azan jugak.


Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku

Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa

Tuesday, April 10, 2007

Khas Untuk Semua Bekas Kekasih



Gua tak bertanggungjawab atas aper-aper kerugian yang bakal kene kat batang hidung gua kerana menyampaikan mesej kawan gua yang sengal kerana baru balik induksi lalu menyurutkan air yang bertakung selama ini.