Friday, July 21, 2006

Citer Bandung

Ini bukan cerita bandung indonesia, ini bukan main2 tapi realiti. Aku dapat rasa 1st bandung aku sedap betul botak belanja. muahahahhahhahah. muaahhahahahhahaha. Nanti minggu depan gua taknak belanja ahhh. kalau mau.. kasik menang laarrr..!!!
Your Hidden Talent

You are a great communicator. You have a real way with words.
You're never at a loss to explain what you mean or how you feel.
People find it easy to empathize with you, no matter what your situation.
When you're up, you make everyone happy. But when you're down, everyone suffers.

Tuesday, July 11, 2006

WORLD CUP

Seronok world cup kali ni .... mungkin sbb itali menang. Aku bole kata mmg mcm die hard fan itali tapi ada sikit malu. Aku salah lagik buat ramalan pasal itali sbb pada aku, aku tak dapat baca permainan diorang. Tapi kalau setakat portugal, german, brazil dan england, memang mcm bole tau apa taktik diorang, apa diorang nak buat 5 minit kemudian, 10 minit kemudian. Selagi game belum bermula, segala ramalan cuaca adalah bergantung pada nasib, gossip dan analisis lepas. Ini yang aku kantoi ni kat fantasy, aku dapat nombor last sekali. alangkah sedihnya aku yang telah menganggap diri aku otai bola dikalangan liga kengkawan. Setiap kali fantasy misti aku kat bawah, setelah baca blogbodo mmg ada kebenaran yang dah lama disedari, tapi sbb ini bola, so tak perlu ubah perangai rasanya. kekekekkeke. Sori la, aku mmg menganggap aku lebih tau dari semua orang kot, lagik bongkak dan egoistik pasal bola walaupon dia ada phd makanbolatidobola.

Aku tgk final ngan jin dan sting, terima kasih pada mereka yg walaupon sedar akan bekerja esok hari, mereka masih tengok bola dengan aku. Tapi mana lu pegi botak itu malam. Tido awal ka ? call tak dapat pon.

Final aku ramalkan 2-1, tapi 1-1 dan ditentukan penalti shootout. Apa yang aku tensen kenapa zidane pegi tanduk mat unta. Dia kene provoke aper sebenanyer nih? Ada sesaper tau? apa yang aku dengar mat unta picit tetek zidane. wakakkakakkaak...cam meto sial unta ni. Selalu picit gua punya, cam haram. Itu penalti pon nasib sebab takder satu pon bola dapat diselamatkan. Lippi aku rasa harapkan buffon, tapi palang yang menjadi penyelamat. Kesimpulan, itali bukan menang nasib. wakakakkaakak. kalau tak relevan kesimpulan aku nih pegi la repot kat balai polis. wakakkakakkaa. gua punya suka larr....

Apa spesel sgt kat itali nih. senang jer, taktikal terutama dari sentuhan lippi dan teknik italian tu sendiri. Apa itu teknik orang itali yer. Ntah ler, tgk la AC Milan ngan Juventus main nanti tau arr kot. Satu permainan bertahan yang menutup ruang dan menyerang mengikut selera sendiri. hahahhhah. aku rasa larr. tapi sebab aku anggap diri aku sentiasa betul mcm polis, aku pasti dengan apa yang aku kata. Tapi kalau inter main dah tak italian.

Bila itali skor jer aku jarang jerit kuat2... sbb aku sentiasa teringat dimana malaysia sekarang dalam bolasepak. Kat sini aku ada sikit malu larr nak sokong cam orang gile. Aku harap malaysia atau lebih tepat FAM keluarlah dari rimba tebal yang dibuat sendiri. Pemain berbakat sentiasa ada, tetapi yang penting adalah coach. Coach akan nampak dulu, dia yang akan bentuk mencapai standard dunia. hahahhaha.

Tapi kenapa ganti ganti coach still malaysia camtu gak. Sbb coach yang aku citer nih adalah coach pembangunan sukan bolasepak. Import jer coach-coach AJax tuh. diorang nih bebetul pencungkil bakat. Kat malaysia ada la sorang dua macam khaidir buyong. Pemain perlukan coach yang paham tahap mereka dan bentuk mengikut tahap yang dikenalpasti tu. (kan gua dah cakap gua ni mcm tau sumer...walaopon tak sumer betul. wakakkaka...) . 7 tahun lepas kita lahirkan Jaafar Salleh (terengganu) dan Akmal Rizal (kedah)... sama hebat dengan pemain muda holland time tu selepas menewaskan B21 holland 6-1, bukan sikit2 tapi kawkaw punya titik. Sekarang di mana diorang ni, main untuk terengganu dan kedah tunggu masa nak pencen kot.

Last sekali jumpa jaapor baru2 ni dia kata dia main pon dah takder angin. Lepas tgk world cup ni baru ada angin baru. aku tak tau la kalau nak salahkan pemain. Sbb pemain ada batas dia dan dia main atas arahan coach. Coach yang sepatutnya, bukan cikgu sekolah, tapi coach yang ada pengalaman bermain diperingkat yang tinggi. Sbb mereka ini faham apa yang pemain bakal alami di tengah padang dan tahu nak memperbetulkan. Kalau takder sgt amik coach pro cam coach2 kat ajax tuuu. Ini tidak, setakat lesen A,B dan C jadik kayu pengukur. Teringin gak nak sorak malaysia menang lawan sesaper sajer, lawan singapore kalau menang pon dah ok la tu, aku tetap sorak. Banyak aku nak sembang kalau pasal bola malaysia ni. tapi, sbb buang masa tak payah citer lah. simpan dalam.

Kepada yang menang fantasy tu bola la jadik consultan aku utk fantasy akan datang. kekekkekek. Tapi, aku akan tetap ngan pilihan aku sendiri sbb tak dapat kekang emosi ketika memilih pemain. wakakakkakak. Kepada yang last sekali tu (jin) ... cuba lagik... saper suruh masuk lambat...hahahha...lari hutan... lari.

Monday, July 03, 2006

Isnin, Penat di Hari Minggu

hari yg penat bagi aku, sebab semalam sedara mara baru balik...so kene kemas rumah ini hari. Semalam mak dan uncle bertolak untuk pergi Umrah. Tadi call dah sampai yaman. Nama tempat lupa. Aku kene amik alih sumer kejer company. Tapi, jadik boss company kecik ni tak bes langsung. Penat. semua kene buat sendiri. Kalau despatch ker kerani ker kan bagus. Tapi tu sumer overhead aku jugak yg tak bagik diorang amik pekerja yg tak mendatangkan faedah tu. Tau datang kol 9 balik kol 5. Ngulor 4 , 5 jam. Kalau orang yg ngulor ni kira makan duit haram mcm rahsuah tak ? Susah nak dapat pekerja yg ikhlas untuk kemajuan company ni. Buat masa ni ada la 3, 4 orang yang bebetul bekerja bukan hanya sekadar gaji.

Sebelum ni, kenit dah dapat anak pompuan. Ish..pompuan gak, haris punya laki kot. Ramai bertanya, mana untung, dapat anak laki ke pompuan, jawapannya, kita orang yg beruntung sbb ada anak lelaki atau perempuan. Perempuan ni semua orang tahu jaganya susah sampai la dia kawen. Yg laki ni, susah mase budak2 nak jaga kepala main nya tu. Berlari ke sana berlari ke sini yang dah sah lebih pantas dari perempuan. Jgn mengeluh kalau dapat perempuan, fakta terbaru mengenai orang cina sekarang, diorang lagi suka anak perempuan dari anak lelaki. Sudah tukar, suda tamau anak laki. Manyak jadik samseng. Anak pompuan tolong emak jual itik gantung banyak baik itu anak. Anak lelaki, kenapa anak lelaki nakal dan kenapa anak lelaki baik. Ada sesetengah bapak tak sanggup nak pukul anak lelaki, katanyer waris lah aper lah, ahahha....gua pon taktau... tak baca pasal anak laki. Aku pon bukan baca, pakcik aku yg ustad yg citer, kalau nak pandai mender2 camni baca buku yg dari azhar yang merujuk terus pada al-Quran dan hadis. Tidak mcm buku2 tempatan, isi kandungan nya bole di kira sebagai kupasan semula yg entah level keberapa. So, serba sedikit pencemaran ilmu itu akan berlaku.

Gua dapat bayangkan seronok dapat anak kecik ni, sbb gua pon belom setahun lagik, masih belom lupa walaopon aku tak tengok orang umah aku kene bedah. Tapi kenet lu mmg hero bai, gua rasa gua tak hero lagik sebab tak buat apa yg lu buat tu. Lepas ni gua rasa haris pon jadik hero sebab dia pegi kat hospital orang kaya. Doa gua, kita jaga anak-anak kita baik2 ok. Nanti petang2 bole lepak kat taman tasik shah alam makan nasik lemak. tak pon duduk waterworld. hahahhaah.

World cup.... mana ada world cup straight winner.... gua itu hari tgk brazil ni main ngan france. Gua letakkan kekalahan brazil ni di dahi roberto carlos. Dia ni dah takleh maintain jadik defender lah. Dia ingat dia macam Sorin kot. Pengulas tu cakap defend attack. Batu yg dengar dia cakap balik kat gua. Time free kick bole kene tipu ngan henry...bodonyer carlos...sebab lu arr gua kempunan nak tgk brazil vs italy...hehhehe.

Untuk semi ni, gua taktau dapat tengok ngan kengkawan atau tidak. Sbb gua nak balik ganu. Hari rabu pagi. Gila melilau kang tengok jalan. World Cup kali ni pada gua amat kompetitif. Gua harap dapat dapat melambaikan tangan kepada pemain brazil yg nak meninggalkan german dengan ucapan 'ingatku dalam doamu' dendangan kumpulan STING.