Alhamdulillah, bertemu kita lagi di blog yg serba suram ini. Setelah lebih tiga minggu tiada apa2 update dari saya, akhirnya kini kita bersama-sama mengeratkan kasih sayang sesama islam di blog suram saya ini. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, adalah amat mulia untuk kita mengingati saudara-saudara kita yang telah terkorban pada beberapa siri kejadian yang menyayat hati kita semua (orang islam) di seluruh dunia. AL-FATIHAH.
Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,
selama saya tidak menulis blog ini, saya amat tertarik pada satu fenomena alam yang bole tahan magiknya di dunia ini. Cawan Dunia. 4 tahun sekali. Tahun lepas brazil menang (tahun ni pon dia nak menang). Tahun lepas kat Jepun dan Korea. Tahun ini kat GERMANY. Iklan pon asyik iklan kete merc.
Setiap pasukan membawa perancangan tersendiri. Tidak asing lagi brazil main jalan kaki time group. Dari tahun lepas dia main mcm itu. Betul untuk kenit, brazil mmg team power. Walaubagaimanapon, croatia team yg terkenal dgn direct pass nya memerlukan coach yg lebih baik. Mungkin teambodo dan teambijak dapat menolong rakyat croatia. Player dah superb tuh.
England mmg sudah dijangka main jalan kaki time group kecuali lawan sweden. Erikson dan helah nya amat menyakitkan hati bila aku letak lampard jadik kapten. Sweden mmg camgitu main laju, si balung ayam yg paling tak tahan.
Argentina dan belanda, 2 team yg mempunyai corak permainan hampir sama. Kalau tgk game ni syiok kot walau diorang simpan player. Aku taktau argentina punya road to final camne. sebenarnyer semua team aku tak tau. hahahhah. sbb aku tak survey. Tapi argentina team yg mcm bole bla.
Korea aku minat jugak dia main, tapi jepun aku langsung tak minat. Jepon banyak superstar macam KJ (khalid Jamlus). Korea stamina bole full time . Kira dia ni jer la yg aku sokong asia punya team dalam welkap.
Team yg paling tidak konsisten dalam Dunia...ITALY... gua suker team ni, gua hormat pada team ini, gua amat teruja ngan corak permainan team ini walau tukar coach sesiapa pon. Ada sesuatu yg susah aku nak terangkan, tapi yg paling ketara sbb aku membesar ngan team ni. Zaman sekolah aku hanya tahu ITALY...kalau dalam tiwi..ITALIAN SOCCER... masa kecik2 aku suker warna biru, situ la minat aku kat inter datang... hahahha...sekarang dah berpaling tadah kat AC MILAN buka AC MIZAL (anak gua cam suka lak tgk citer AC DISINI..wakkaka). Gua akan bertegas kepada sesiapa pon, team ITALY masih team yg kuat. Biar ombak tsunami mengatakan brazil jauh untuk digapai, England bagai tiada cela, Argentina tidak kenal erti kenyang dll... aku tetap sokong ITALY... Gua lah orang yang dikata oleh salah seorang orang MALAYSIA yang duduk di ENGLAND sekarang sebab belajar, gua bukan tak sedar diri sokong ITALY, tapi lu pikir la beb... bukan gua tak turun malaysia lwn Indonesia..wa turun beb. Siap gaduh lagik. Tapi, dia masih di situ peringkat ASEAN pon tak lepas lagik dan tak masuk CAWANDUNIA. Camne gua nak sokong.
APA ADA PADA BRAZIL ? jawapan ni senang sgt, ronaldinho ada, ronaldo ada, kaka ada, robinho ada, emerson ada, saper lagi saper lagik.... Sebenarnyer gua paling benci team ENGLAND. Tapi angin gua dah tukar skit, dah tak benci sgt sebab diorang dah main best la pada mata gua. Tapi, kenapa gua tak suka brazil walau dia main camaner best sekali pon. Sebab gua masih membenci brazil adalah..... SEBAB JAKI NGAN SKILL INDIVIDU DIORANG....WAKAKAKKA... lu main sorang arr bola tu bawak balik umah. Kira kalau kat mesia orang panggil main keleng sbb bole bolot dari bawah sampai atas sbb dia terer. Lagi satu kadang2 gua tak suka taktikal brazil. Lagi satu...I MENYAMPAH U TENGOK PENYOKONG BRAZIL SORANG TU.
Persoalan, Kenapa tajuk air mata darah, hahahahha... bini gua sound dia kata citer tak masuk ngan tajuk...akkaka mmg betul sbb gua nak citer pasal fantasy yang gua kalah tapi dah penat. Gua citer sikit arr camaner gua boleh terjerumus ke lembah yang hina. 1st Phase... gua tak bernasib baik...2nd Phase..gua tak bernasib baik 3rd Phase..gua masih tidak bernasib baik... dan Phase-phase seterusnya.. gua masih di lembah yang hina ini memakan cemuhan2 bergeliga termasuk juga yg kakikakibangku dan kakibesi. Ketahuilah oleh lu orang sumer, bahawa gua tersiksa di sini melihat apa yg berlaku. Gua tau dah takleh nak kejar lu orang. Tapi lu orang kene ingat......INGATTTT.....INGAATTT BAI...CUBA INGGATTTT...INGAATT..