Wa tak bleh bagi kepuasan kepada semua lu orang, tapi wa bleh bagi kepuasan kat golongan yang berakal, beradab dan terpilih.
Monday, November 19, 2007
Dia Yang Mengerti ( Tambun and Cameron Highland with True Love )
Dengan penat dan lelah dikumpul bersama akhirnya sampai jugak kat rumah. Indahnya bilik kecikku. selepas berkemas dan mandi, nada memilukan mengganggu rongga telinga. Taik telinga dengar pon berlumba2 keluar. Apepehal pon, terima kasih tuan pengerusi majlis, dif kehormat, dato' dan para jkkk serta ahli terhormat setiakawan mahupon tripkengkawan, kerana sudi menjayakan trip ini dengan begitu meriah dan saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan terus maju jaya.
Saya mulakan dengan kisah kereta ferrari dan cermin keretanya. Kereta ferarri salah seorang daripada tiga participant trip kengkangkawan, ehh salah eja... trip kangkangwan, ermm... (susah nak eja kasik betul rupanya, semua bender kita ingat senang tapi tak semudah yang disangka).........trip kengkawan telah di pecahkan oleh olang yang tak bertanggungjawab. Orang2 mcm ni mmg selalu tak bertanggungjawab. Kalau berjanji ngan anak dara orang pon dia pulun pastu tinggal. Apa yang dicuri? ishh... senang cerita khazanah tak ternilai. bukan boleh di cari ganti. kalau cuba diganti sekalipon takkan sama. kerana jalan ceritanya berbeza. itu lah orang panggil 'kenangan'.
Dapat dirasakan perjalanan balik yang suram durjana bakal ditempuhi para penumpang. Tapi apakan daya, nak disesal, dah jadi bubur. Nak dimarah tiada penghujung. Nak ditensen tak bermakna. Hanya doa dan kesabaran yang kudus dapat mengatasi segala kekusutan yang tak terlerai. Ini lah dinamakan bencana, Innalillah wainnalillahi rojiunn. Pengajaran 10 tiang lebih bermakna dari penyesalan. Sama kita bela, sama kita kena, sama kita rasa. Hanya Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
Tapi sebelum kete ferari tadik dipecah, si kecik yang paling kecik dalam trip kengkawan ni asyik menangis je. Mcm nak bagitau, tapi, yang penting adalah penyebab, bukan jalan ceritanya, bukan bunganya, tapi akarnya. Cerita masih berkisar di jalan cerita yang gembira. Kata orang, penuh bermakna, memberi pengertian yang amat mendalam. Bukan apa, kerana kali ini, kualiti mengatasi kuantiti.
mungkin si kecik menangis kerana tempat makan yang panas dan bahang berbanding air sunga di kuala woh. Panas di bawah sejuk di atas. Agak unik tempat ni. unik nya mcm tadi yang aku cakap. pasir panas tapi air sejuk. yeahhhh. panas dan sejuk kalau bercampur jadik suam2 kuku. haba masih boleh bercampur rupanya, ye la aku bukan genius dan pandei, tapi setakat bender simple takde la aku nak kalutkan jadik komplikated. Ini kali pertama aku mandi sini sejak 14 tahun lalu. perghh lama gak tu, tapi tak seteruk dah baper lama aku tak turun pantai morib yang menjadi pujaan hatiku dulu. Hati manusia ni mmg senang berubah, ehh silap bukan semua manusia, bukan semua manusia, tapi segelintir manusia yang susah untuk memahami dan difahami.
Sate hj samuri sebenarnyer bukan lah sedap sgt, tapi kuah dia bole tahan. tapi tadik kuahnya tak sama mcm tempat lain, ada sikit lain, sambal pon pedas, aku rasa lagik selesa dan sedap makan kat tanah rata tadik. Sempoi, lauk campur ada sambal kerang tambah lagik ngan jukebox 50sen di akhir langkah yang semakin sayup nyanyian May bertajuk cintamu mekar dihati. Leleh beb...
Sebelum kitorang berenti kat jejantas sg buloh tu, kitorang semua berenti kat tapah sebab nak bersembahyang. Tapi sekejap je, tak sampai 30 minit kot. Orang ramai sesak dan takde ape yang menarik. Setakat buah2 jambu dan pelam. Kalau kat keafarm selamba borong 5 plastik berisi 15 batang jagung madu. Apek tu mcm tak percaya, tapi aku tau, dia kene percaya, ade gak budak gila mcm ni beli jagung aku. Habis di borong oleh sakai-sakai bandor ni, ingatkan dah habis di borong, rupanya apek ni ader strategi agak keji, saje buat2 mcm jagung dia nak habis. hahahahah. bisnes mmg perlukan strategi. Apek ni pegi keluarkan jagung nye yang baru. mane dia simpan pon aku tak tau. tapi dalam lori dia mmg dah habis. TAHNIAH! the most skillfull apeks in cameron highland.
Selain tu, ada gak, sayur-sayuran dan bunga-bunga untuk sipencinta agung meraih simpati kasih yang kian pudar lapok dek hujan lekang dek panas. sekali sekala kene gak buat maintenance. Restoration kate orang jawer. Biasalah kan soal hati ni, kene gak buat mentenen, kalau takde mentenen masjid pon boleh runtuh. Surau boleh jadik sunyi tau. Balai raya pon bole reput.
Sayur dan bunga dan tanaman lain, sebenanyer tgk je la kat mardi, semua ada. cuma strawbery tak leh petik sendiri. Mardi ni agak luas, jadik puas jugak la berjalan berkenangkenangan disitu. Keadaan tak berapa sejuk time nih, mungkin sebab awan mendung hanya mengundang diwaktu tgh dan hujan di petanghari nya. Tapi, ada signal la kan. Dah mendung makna nak hujan lah tuh, jgn la baut bodoh je menonong tunggu hujan turun, orang tuatua kata 'sediakan payung sebelum hujan'. pegi lah beli atau apa saja asalkan jgn curik payung orang lain, nanti orang lain yang basah beb. Kes ainaya orang, bahaya oo, doa makbul tuh.
Pagi tu mmg tak berapa sejuk, tapi pagi2 di tv3 mmg sejuk, pagi tv3 maknanya kol 6la, aku cuma bole bukak sebelah mata jerk, sebab banyak gak setan yang dah regular kat mata aku ni time pagi. aku pegi mana pon dia ikut. aku cucuk pakai garpu tau la. Tapi malam tu kitorang layan bakar jagung. bbq jagung, mmg best, tak dapat kat tempat lain. Sebab apa tak dapat kat tempat lain, aku bole ulang, sebab jalan ceritanya berbeza.
Antara tempat lain yang menarik di cameron tuh mcm pasar malam, dengan kuih2 yang unik, antara nye kuih berinchang dan cendawan goreng. Lagik satu BOH kat sg palas. ade rasa dan ada jiwa. lepas tu lepak kat Raju Hill layan askrim agak mahal tapi katenye spesel kat situh. layan je beb, sbb nak kasik feel. Pastu hari nak ujan, terus turun pekan carik barang nak masak kat umah. umah? ohh kitwerang dok kat Jurina Hill Lodge, lebih kurang mcm guesthouse. Kekurangan tpt ni hanya satu bagik aku, ASTRO. Lain semua ok saje.
Petang mcm biasa, tertido letih, tapi 2 setiakawan yang energetik telah merayap entah kemana. tautau dah hilang. Balikbalik, dia pulak ganti tido. akhirnya aktiviti berkisar diruangtamu dan dapur saje waktu tuh.
Huuuhhhhh... Letih gak melayan aktiviti sebenanyer, tapi sebab ada geng setiakawan, tak terasa sgt, sbb tak kering gusi bai. ada saje kutukan membina dari pelbagai penjuru yang memantulmantul. Apa tak penat, 3 jam klang sampei ipoh, pastu 2 jam naik cameron, hahahahahah. ke nak nak 2jamsetengah gak, tak habis2 mengutuk aku bebudak ni, kerana kegagalan mengestimate waktu. muahahahah. tapi percayalah, semua itu ada hikmah dan tohmah.
Kat ipoh layan tambun theme park, best mmg best, tapi kalau ramai lagik best. walaupon gelungsur dan gigantic punya barang tak banyak, tapi cukup, mmg cuukuppp, cuukuppp menghiburkan, hatiiiiii ini. Seharian, waktu bersammamu, tak terrassaa, saat yang berlaaalu, bagai pelangiii petang, takkan pasti, pergi juuuaaaaaa, pergi juaaaaaa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bestnyer azan, nak pegi sangat hehehe tapi takper laa takde rezeki..hopefully kawan2 tak kecik hati kerana suami ku berjuang untuk mengisi perut & periuk nasi hehehe
post kali ni macam movie ar plak....ala2 movie quentin tarantino....hehehehhe....
trip kali nih memang best, walau pon ader bercampur sedikit sad ending.... :D ...
Post a Comment