Apakan daya, mindset kekampungan dan kemelayuan terlalu tebal. Salah makbapak aku ker? salah cikgu2 aku ker? sudah tentu menyalahkan orang bukan jalan penyelesaian.
Baru2 ni ada perhimpunan bersih dan hindraf. Aku ada pendapat peribadi yang selalunya aku tak kongsi dengan kawan2 sbb ianya peribadi, hasil pemikiran aku sendiri yang entah betul atau tidak berdasarkan pengalaman. Aku tak pandai berfakta, tapi orang yang menunjuk2 pandai menggunakan fakta lantas memutarbelitkannya amat aku kagumi kebolehannya. Kebolehannya bukan keperibadiannya.
Ramai jugak member2 yang sentiasa duduk di atas pagar menyalak2 "mana pegi telo penyokong2 UMNO, PAS dan KEADILAN" ketika perhimpunan hindraf berlangsung. Tidak juga yang berkata, "orang melayu gaduh sesama sendiri berani la. lagak mcm samseng, tapi kalau dengan bangsa lain, telor masuk perut. penakut".
Itu tak masuk masa ramai yang nak tiru cara DENMARK berdemokrasi. Bagi aku secara ringkas,
Tetapi kita tidak sebegitu. Kita telah sedia ada menerima semua bangsa semasa 1957 dulu dan juga semasa Sabah dan Sarawak memasuki
Maka, perhimpunan yng menentang dasar2 kerajaan TIDAK DIBENARKAN. Jika kita benarkan dan memberi kelonggaran, mulalah HINDRAFlah, BERSIHlah dan percayalah, setiap bangsa itu akan berani menentang dasar2 yang SELALUNYA menjurus kepada kepentingan orang melayu itu sendiri. Harus dingatkan sekali lagi ... tidak kira siapa yang memerintah, PAS atau umno, perkara yang serupa harus di jaga. Tidak membenarkan kaum2 tertentu menentang dasar2 yang telah dibuat.
Kenapa ramai yang tak percaya, melayu dari dulu hanya ada kuasa politik. Aku insan yang kerdil dan serba kekurangan, bila memikirkan anak bangsa dan mengambil kira pengalaman, fakta, agama dan budaya, aku berjuang untuk bangsa, agama dan negara di atas platform UMNO. Seandainya aku mahukan reformasi, aku bergerak didalam lingkungan UMNO.
Akhir sekali, doakanlah Malaysia ini sentiasa aman, bahagia dan saling bekerjasama antara bangsa, jauhilah malapetaka bangsa dan bencana. Usahlah kutuk-mengutuk antara satu sama lain dan bersatu teguh bercerai roboh.
Anak bangsaku, tuntutlah ilmu dan gerakkan ekonomi.
No comments:
Post a Comment