Tuesday, December 04, 2007

Moderate Adventure Trip



Aku suka pegi trip. Dalam banyak2 trip, aku suka yang moderate advanture trip. Tak terlalu susah dan tak terlalu senang. Sejak aku zaman sekolah lagi, ini lah hobi yang sekarang ini telah berubah kepada trip menghabiskan duit. Tapi walau habiskan duit, ia tetap berbaloi, aku masih bole pegi trip, dan sekarang bini aku dah ikut perangai aku, suka sgt sgt pegi trip (terus plan nak ajak ke melaka pulak dah..hahahha...).



Adventure Trip yang aku dah pegi, Gunung Rajah (jgn cuba kalau masih beginner), Gunung Semangkuk, Mandimanda Sg Chiling, Lata Kinjang Mencari Ulu, Pertak layan arus, Sg Sendat mencari ulu, Laut China Selatan mencandat sotong di besut (ramai yg tewas mabuk laut), Pulau Sembilan memancing, Sg Tengi memancing udang galah, Gunung Tapis (bukan utk beginner level) sg lembing carik air terjun pelangi, air terjun lentang (jgn pergi lah, nampak je mcm ok) mencari penawar, Air terjun Strata (lupa nama) mencari kedamaian jiwa dan lainlain lagik yang aku tak ingat. Mcm gabai, templer tu tak payah citer lah, tu tak adventure pon. Tapi aku ada kelemahan, aku tak berani nak cuba dulu, misti duduk belakang orang, hahahha, sungguh penakut aku inih.


Ada satu tempat aku teringin sangat nak pegi, tapi kalau pegi dapat 3h2m dah cantik dah. Tapi bujangan saja lah, kalau ada budak kecik takut terkantat nampak mcm2 makhluk. Kene Ingat lah bahawa kita ni tak nampak, tapi ada orang boleh nampak, so, kalau gi tempat2 mcm ni, mulut jgn sesekali cabul, dah 2/3 kali aku terkena. Yang paling thrill, jumpa gajah di tempat yang sepatutnya takde gajah (tanpa kesan tapak kaki.. cuma daun dgn ranting patah riuk).

Apakah nama tempat itu, Air Terjun Bekelah/Berkelah, entah camaner eja nya. Ini port memancing pon ok gak. Satu perkara yang seronok pergi tempat2 yang indah mcm ni, menyaksikan sendiri dan insaf dengan alam ciptaan Allah SWT. Sembahyang bebackgroundkan bunyi air terjun dan cengkerik di waktu subuh, satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan.

Manalah tau satu hari nanti ada yang berminat. Boleh lah kontek aku, insyaAllah, jika masa mengizinkan, teringin aku nak ikut. Ini ada gambar2 yang aku cilok kat internet nih, tapi kalo tgk gambar memember pegi, huhuhu jeles sungguh rasanye.













Ini ada sikit gambar kat Gunung Tapis Sg Lembing.

No comments: