Tuesday, September 25, 2007

al-Fatihah .... teringat kembali


al-Fatihah.... Semoga roh wak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Dengan pemergian yang tidak di jangka ini, memberikan rasa insaf buat kawan2 yang sebaya dengannya, bahawa berhentilah berasa yakin dengan umur kita akan melebihi 50 tahun. Hentikanlah. Berhenti bermimpi dan berharap, kerana ini bukan urusan kita.

WAK @ Ahmad Faisal Shahir telah meninggal dunia pada 15/9/2007, Jenazah selamat dikebumikan esoknye, salam takziah dan sama-sama kita doakan beliau.

Terkenang kembali zaman dulu2, semasa kita lupa untuk menghargai kehadirannya. Teringat, semasa kita melupakan bahawa kita masih ada kawan yang sepatutnya kita ziarahi, bertanya kabar, dsb. Di bumi ini tiada yang kekal, sebab itu kita, khususnya saya sendiri sentiasa beringat tentang kematian dan mengambil iktibar serta insaf dengan hidup kita sekarang dan yang lepas.


Masih tersimpan dalam simpanan kengkawan lain, event2 yang dioraganize jarang tidak dihadiri. Saya berdiri disebelah arwah. Memang saya ni halus orangnya berbadning rakan lain yang melangit tinggi.

Kalau tak salah gambar ni semasa di kerling. kalau tak salah larr kan. Depan saya member bernama talal, ilham nama dari sejenis serangga "LALAT".

Awek2 dalam gambar rasanya semua dah kawen dan beranak pinak. Amat mengharukan sekali bagi rerakan yang masih single mangle.

Walau pon dah habis sekolah kita masih terus mengadakan ziarah raya di mana rakan2 berkumpul dan akan dimulakan dengan beraya dirumah ustazah/ustaz yang masih ada di kkb.

Gambar ni kalau tak salah kat rumah along yang meniaga kat kantin sekolah kitorang dulu. Entahlah, dengan kefriendlian bebudak ni, bole kata bole berkawan dengan sesiapa saja. Kecuali dengan ustad2 yang kerek. Tapi itu dulu, sekarang dah tader istilah tu, hanya terima kasih saja yang dapat diucap pada ustaz2/ustazah2 yang pernah menabur bakti di samtkkb.

Rock yang sentiasa membakar semangat muda yang sentiasa mengalir di rongga2 hidong masingmasing memang tidak dapat di sembunyikan. Kalau sembunyi pon misti nampak punya.

Dari yang layan glam hingga lah kepada black, tak kira, janji....ROOCKKKK. Tapi dulu kitorang taktau apa maksud lirik diorang tu, maklumlah, berapa kerat sgt yang bole baca inggeris. susah ooo. antara yang menjadi kegilaan, carburator dung, pink flyod, lynyrd skynyrd, metallica, iron maiden, rainbow, deep purple, bon jovi, nirvana, anthrax, cromox, tak lupa xpdc, search, wings, dan band rock melayu.

Begitulah kawan2 dan taulan, kalau nak cerita, macam susah nak habis. Oleh itu, selagi kita masih ada masa, ingatlah cerita "balang dan air kopi".

No comments: