Itu hari gua bercuti di melaka. Melawat kawasan2 yang bersejarah. Bila pikir2 balik, mcm takder beza melaka dulu dengan malaysia sekarang. Dulu melaka tahan la satu abad. Malaysia taktau la tahan berapa abad. Melaka jatuh zaman rahsuah bermaharajalela. Ini dah kira sama gak mcm sekarang nih.
Gua naik beca beb kat melaka, dah la laki bini berat nak mampus, sebab tu gua pilih penarik beca yang agak muda dan bertenaga. Tapi penarik beca mmg bes, bawak keliling bandar hilir hingga ke jonker street dan tunjukkan memacam tempat bersejarah siap politik lagik, ahaks. Gua rasa kalau dia amik balik exam sejarah pmr pon bole lulus cemerlang la, tahun semua hapal tu (betul atau tidak apa yg dicakaptu tak penting), gua layan dia cerita, gua senyap dan melopong, bini gua banyak tanya, itu dan ini.
Tapi pasal sejarah melaka ni orang kata ada beberapa version, gua pon ader version cikgu sejarah gua dulu. Dia ajar sejarah melaka ikut version dia. huaahhhh. Agak2 kalau di tanya time pereksa keluar dia punya version ker atau buku teks punya version. Gua bukan tak percaya sejarah, tapi gua cuma kena tahu sejarah, ini bukan bidang gua bai. Sekadar tahu, ok lah, tapi kalau pasal sejarah keluarga gua percaya sikit, sebab cerita nya tak byk sgt tukat mulut, dan bahan bukti masih bole dilihat dan dihayati.
Sebagai orang jawa, mintak maap lah melaka kerana satu ketika dulu nenek moyang kami lari dari medan peperangan. (...lain kali kalau orang mintak payment bayarler).
Ok lah, kat sana gua duduk legacymelaka dan seri malaysia. Seri Malaysia ok gak, kira seri malaysia yang ter ok sekali la yg gua penah pegi. Gua ada komen dalam bahasa penjajah kat sini1 sini2. hahahah, agak2 makna tak kene bahasa tu paham2 ajer lah. Ok lah geng, itu sajer, bila nak gi perhentian ni?
4 comments:
bro gambo mana?
GAMBO TAKDER.. MALAS SCAN. SSB AKU PAKAI DISPOSE KAMERA KERANA KAMERA AKU TAK BAWAK.
UIII... BERJALAN SAKAN SKRNG.. MASYUK PROJEK BANG... JGN LUPER TURUN MAIN BADMINTON K
nape suker sgt pegi melaka nih bang..?
Post a Comment