Wednesday, January 09, 2008

Selamat Berhijrah

Halloowww brado-brado serta sistosisti sekelian, apercer tahun baru. Esok tahun baru yang membawa makna ni kemana kita? ker mesjid ke? dok umah je ke? tengok bungapi ke? Tak kesah la kan, janji kita paham tahun baru hijrah ini membawa maksud perpindahan.

Memanglah kalau nak di bincangkan maksud hijrah ini amat luas, itu tak masuk cerita hijrah sebelum hijrah. Ini tahun baru, 1429H. So, aper nak buat? Doa tahun baru tahun lama pon aku taktau. Dulu suruh hafal buat2 tak tau jer.. mentang2 tak masuk pereksa. jahil sungguh.

Tanam benih baru sampai dia tumbuh. benih apa erk? benih azam pon bole la kan.Letak 2 3 benih kene jaga lepas tu berdoa dia tumbuh. InsyaAllah. Antara benih yang ada dalam senarai, memperkemaskan pengurusan perniagaan dan keluarga, menyelesaikan masalah lama di waktu malam (susah tidur), meluaskan pergaulan, mendirikan bangunan, no3 single setiakawan.

Sekiranya tak berjaya, ingatkan gua supaya tidak berputus asa. Semoga hijrah yang baru ini mendatangkan manfaat kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

2 comments:

kenit said...

awal muharam detik permulaan bai.. dah lama tak komen rupenyer gua nih...tambah benih bai.. rerajin mencoret kisah idup utk menemani gua yg tak berteman kat sini... time kaseh

daddy cool said...

adelah lebey baik.. jika ade mase nanti kite bergurindam sama atau lebih tektikalnye menjadi rakan sarapan selain berjuang di gelanggang..