Sunday, November 25, 2007

Bandar dan Kampung

Aku dibesarkan di kampung dan di pinggir bandar. Aku rasa bertuah dapat merasa kedua-duanya.0-1 tahun aku di kg delek, klang (kira kaw. pinggir bandar sekarang). 1-2 tahun pindah depan sikit sg udang. 2-5 thn aku kat kampung, tg karang. Nama kg aku dulu Kampung Ulu Tiram Burok. Sekarang namanya dah tukar tahun 1987 kepada Kg seri tiram jaya. Aku tahu, aku mmg budak ulu, dan aku sedar cuma tidak mengakui secara terang-terangan. Sehingga sekarang kerja yang aku idam-idamkan masih bersifat kekampungan, walhal perangai dan kelaku susah nak ubah menjadi kebandaran, walau kawan aku semua budak bandar, walau aku pemegang degree, walau aku hidup di bandar dan berjiran di bandar.

Umo aku 6 tahun aku pindah Assam Jawa, hahahah, botak tau arr kat mana, umah aku dekat depan umah besar, bapak aku sewa 90 hinggit dulu kat tuan umah. Bapak aku dulu kerja telefonist. cam sedap bunyik. Gaji RM350. Yeahhh, mugkin sbb aku anak tunggal, maka aku tak terasa susah sgt, tapi susah gak sbb bapak aku banyak tanggungan adik beradik dia yang masih bersekolah. Atau aku dulu mmg susah cuma aku yang tak rasa susah sbb dah biasa susah. Errmm entah lah, cam cerita mintak simpati pon ada, ahahhaha.

Umo 7 tahun aku pindah, jalan hassan, kg sg udang, klang, rumah tpt aku tinggal sekarang. Jgn cakap pasal pindah rumah dari sini, aku misti tarik muka, tak caya tanya bini aku. Dia mmg kenal perangai aku. Antara sebab terbesar aku tak keluar rumah adalah ini saja kenangan yang aku ada hidup berkeluarga bersama mak dan ayah. Tak ada lagi selain ini. Aku rasa amat mahal harganya sebab aku tak dapat nak beli kat mana2 lagi sbb jalan cerita berbeza.

Sekolah menengah, aku dok asrama kat kkb, sekolah ugame. Sekolah ala carte. Bermula cerita nakal ku yang keterlaluan, tapi yang keterlaluan itu biarlah terus tertanam di situ. Tak pernah pon orang kg tau pasal keterlaluan aku kat sana. Malahan, budak satu dorm pon bole tak tau. Itulah aku, aku mmg selesa begitu kerana beberapa matlamat yg nak dicapai serentak. Disini jugak lah azam berniaga aku timbul. Peniaga makan lewat malam (ni kene fly ni), keropok kentang, maggi kari dan indomeegoreng. Yeahh rokok aku tak jual selalu, sebab ada rasa bersalah sikit merosakkan anak bangsa.

Form 4 1/2 , aku kat shah alam. Bandor balik. samttaj name sekolah diberi. Hidup paling bosan pernah aku rasa time aku form 4 kat shah alam. Antara nakal2 bandor yang aku kenalpasti, Tackle awek-main-clash, belasah-member/junior-pasalbendekecik, berpuak2-disekolah-walau-satu-kelas, arak, curi-duit-semaximumbole(>100), beli-kawan-pakai-duit, tak hormat guru dan orang tua (paling ketara).

Tak hormat guru dan orang tua ni bagi aku bender yang paling pantang dalam idop aku. Biarlah orang kata cikgu kerek, tak adil, berat sebelah, denda orang tak bersalah, bagi aku 'terima kasih' sahaja yang patut keluar dari mulut seorang murid. Lain sumer simpan dalam dan fikir-fikirkan. Kes pokol guru dan calar kereta cikgu bagi aku samseng picisan budak sekolah yang pengecut.

Sampai aku habis ITM... eh UiTM... tahun 2002 kot. Aku terus di shah alam menimba ilmu dan pengalaman. Shah Alam, bandar terancang dan ada jiwa ketenangan dari segi lanskap di dalamnya. Bukan senang hidup kat Shah ALam. Kos hidup tinggi. Yang pertama aku heran, macam mana kawan2 aku bole hidup dekat situ (satu hal jugak aku tak tanya..hahah). Mungkin diorang pon heran tgk mcm mana aku bole hidup. 69.

Pastu merantau kejap ke Puchong mencuba nasib bermodalkan kertas ijazah. Tak bole blah, hidup yang agak sibuk, banyak kerje aku buat, puchong bandor ker kampung ker dah tak toleh, maklumlah nak kawen, hehehee.

Akhirnya, hanya manikam berdaya memanggil jauhari. Aku terperangkap di dalam kampung dan bandar yang menkonfiuskan. Di bandar, apabila kita makan, jgn lupa la jenguk2 jiran/saudara/kawan. Kerana hidup di bandar, tanpa wang kita kebulur. Dan aku bersoal tentang angan2 ku, kenapa aku tak bole hidup tanpa risaukan ketiadaan wang? Maknanya, aku tak perlu risau walau aku takde duit. Jauh di sudut hati, aku suka memikirkan balang, bola golf, batu kerikil kecil, pasir dan air kopi saje.

Dengan Ikatan Tulus Ikhlas,
Aku Yang Terperangkap.

3 comments:

daddy cool said...

semacam je nukilan kali nih.. mcm ade2 ura nk bukak jurnal novel kisah idop dan luahan rasa hati.. aku wase inilah langkah permulaan orang2 yang kaye kat dunia nih.. tapi belum tentu diakhirat nanti.. tapi aku yakin ko dunia pon kaye.. akhirat pon kaye.. apepun bilang saja bila mau disekolahkan itu TB +PB... wewewewewew

Anonymous said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.

Anonymous said...

aper crescenet ni merepek setan.