dulu masa sekolah2, teringat satu kuliah yang bertajuk ajaran ideologi. Pernah dengar tak apa ajaran ideologi. Aku sertakan klue untuk meneka apakah ajaran idealogi. Klue ni adalah berbentuk sajak yang aku salin masa dengar kuliah maghrib. Ajaran Idealogi ini bukan lah terma sains politik atau apa sahaja terma ilmiah akan tetapi hanya sekadar satu pemikiran.
Ajaran-ajaran ideologi,
tidak ada ajaran perikemanusiaan,
Sedangkan peri kemanusiaan asas beragama,
Ajaran ideologi mana ada fikir dosa pahala,
Ajaran ideologi itu samada kapitalisma,
komunisma, nasionalisma, pragmatisma,
Ajarannya semata-mata ikut fikiran dan ikut rasa,
Apa yang difikirkan elok buat sahaja,
Itulah yang diundang-undangkan kepada manusia,
Apa yang dirasakan hendak buat, bertindak sahaja,
Setelah ada kesan negatif baru mereka tersentak,
Bagaimana hendak baiki semula,
Bila hendak baiki semula,
Berfikir-fikir pula,
Bagaimana perkara yang negatif itu pulih semula,
Akhirnya buat peraturan atau digesa-gesa atau ditakut-takutkan,
Tak boleh juga, tangkap sahaja,
Orang yang dianggap bersalah, dihukum mereka,
Menggunakan akal juga,
Ajaran ideologi mana ada ajaran kasih sayang,
Mana ada ajaran timbang rasa,
Kerana kedua-dua ajaran itu tidak ada maka terjadilah didalam kehidupan itu perbalahan dan bermusuhan sesama,
Kemudian side effectnya menimbulkan kesusahan bersama,
Untuk menghentikan, kalau perkara itu merbahaya,
Maka difikir-fikirkan pula,
Bagaimana bahaya itu dihapuskan pula,
Ajaran ideologi mana ada bela membela,
Yang senang membela yang susah dibela,
Bila terjadi didalam pergaulan,
orang yang susah benci kepada orang yang kaya,
Mereka melakukan jenayah,
berbagai-bagai cara,
Seolah-olah protes kepada orang yang berada,
atau orang yang kaya atau orang yang berkuasa,
Maka side effect mereka ditimpa kesusahan bersama,
Maka berfikir pula,
macam mana nak mengatasinya,
Supaya masyarakat aman damai semula,
Ajaran ideologi mana ada fikir akhirat,
Kehidupan semata-mata hanya ada didunia,
Lepas mati tak usah ambil kira,
Ada atau tidak kehidupan selepas mati tidak ada didalam fikiran manusia,
Kalau begitu hidup didunia,
Satu sama lain berlumba-lumba,
Siapa kuat, siapa pandai, siapa berkuasa dialah yang berjaya,
Yang tak pandai, yang tak kuat, yang tak berkuasa peduli mereka,
Maka datang penentangan daripada orang yang tidak berjaya,
Dengan berbagai cara,
Mereka yang berjaya mendapat susah pula,
Maka akhirnya ajaran ideologi memikirkannya,
Bagaimana nak mengatasi orang yang berpunya dan yang tidak berada,
Agar pulih semula,
Menggunakan fikiran juga untuk mengatasinya,
Pragmatisma namanya,
Begitu juga ajaran ideologi, mana ada ajaran akhlak yang mulia,
Masing-masing bersikap dan hidup mengikut citarasa,
Hanya mementingkan diri,
Orang lain apa peduli,
Maka lahirlah penyakit susah menyusahkan sesama sendiri,
Akibatnya semua orang susah dan tidak ada kedamaian dalam kehidupan manusia,
Semua orang dapat bala,
Kerana perbuatan mementingkan diri sendiri,
Maka mereka memikirkan pula,
Lahirlah pragmatisma lagi,
Untuk mengatasi kesusahan bersama,
Begitulah seterusnya,
Kalau berlaku orang yang menyusahkan dalam kehidupan bersama,
Kerana perangai mementingkan diri,
Ditimpakan kesusahan bersama,
Maka digunakan akal lagi untuk mengatasi,
Untuk menyelesaikan masalah,
Pragmatisma lagi,
Akhirnya makin jauh dunia ini,
Macam-macam perkara negatif terjadi,
Akhirnya dengan ajaran idologi,
Manusia sudah ada didalam neraka,
Sebelum neraka yang hakiki,
Tetapi mereka masih lagi tidak mencari Tuhan,
Untuk menyelesaikan masalah mereka.
No comments:
Post a Comment