Thursday, August 06, 2009

Kopi punya Kedai da! Apaaa? Gopi Kopi?

si gopi memulakan bicara "Betol bro, siapa kata kerja sendiri lebih senang ? Makan gaji kerja 8 jam jer , cuti sabtu ahad dan public holiday tapi kerja sendiri kalau nak berjaya kena kerja 16 jam sehari 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun."

si kopi ada cerita lebih hebat "Pernah jugak ikut cina berniaga, belajar dengan mereka selama 4 tahun. Memang patut mereka kaya sebab tak semua Melayu mampu ikut cara mereka kerja keras ; aku pun byk kali terpikir nak angkat tangan mengalah.."

si gopi memberi sedikit penjelasan "Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan"

penjelasan si kopi pula agak racist "Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita."

si gopi bertanya "nko mcm mana bole meniaga".

kopi pon jawab " Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah".

si gopi tension sbb jawapan kopi mcm ahli politik ada, mcm ustad pon ada.

si gopi lalu menyapa "deyy... kopi, apa da nko cakap laahhh, aku tanya lain nko jawab lain".

"nko minum ajer lah kopi ni, banyak tanya pulak". Mereka berdua pon berbahagia everafter bersama air kopi di kedai kopi si Gopi.

No comments: