Sunday, June 08, 2008

Usah Biarkan Ia Mencengkam dan Dibelenggu Perasaan

siapa yang bergembira? sudah tentu tiada. malah semua yang menulis semuanya sedang dilamun kesedihan tetapi itu tidak bermakna kita harus menunjukkan penentangan semata-mata kerana ingin menentang tanpa melihat isu secara menyeluruh. tidak salah meratapi dan menangisi pemergian subsidi petrol tetapi janganlah over. begitu juga kalau mahu mengambil apa-apa tindakan, janganlah pula dipinggirkan komponen akal yang rasional.

kalau digunakan logik akal dan pertimbangan yang adil lagi saksama barulah aspek buruk dan baik pembatalan mekanisme subsidi petrol yang telah sekian lama dinikmati, dapat dilihat sudut kewajarannya. Ini terpaksa dilakukan kerana tidaklah berkuasa dan jua tidak mampu merobah.

ini penting kerana tindakan seterusnya amat bergantung kepada penerimaan hati. memang sukar untuk hati menerima perkara baru. namun setelah diberikan masa, sedikit demi sedikit ia akan meresap masuk dan menjadi sebati.

berbalik pada isu. semua mempunyai pilihan sama ada untuk bersetuju atau menentang perasaan yang terbuku di dalam hati. Ibarat individu yang kehilangan seorang kekasih. pilihannya ialah sama ada terus melayani perasaan atau melangkah keluar daripada perasaan negatif yang membelenggu. sudah tentu pilihan yang terakhir itu adalah lebih baik walau pun ia sesuatu yang sukar dilakukan tanpa adanya kekuatan jiwa.

mereka yang ada kekuatan dalaman pastinya tidak mudah berserah kepada keadaan sebaliknya akan mencari jalan keluar pada setiap kali bertembung dengan sesuatu permasalahan.

masalahnya, kalau hati sudah tersangkut pada sesuatu isu dan enggan/lambat mencari jalan keluar maka ia dengan sendiri membuatkan langkah menuju masa depan menjadi berat dan sukar. kalau itu berlaku maka tersangkutlah ia dipertengahan jalan atau sukar sampai ke mana-mana destinasi .

3 comments:

daddy cool said...

we aiii.. walaweii.. maaf la bang azan... la ni kawe tengah sibuk dgn hal courseware uitm..

boleh dikatekan malam isnin, rabu, dan jumaat aku stay back kat opis layan keje sme
kalau straight 5 hari pulun keje mau anak bini aku lari wooo...

so jgn la marah ye kawan... harap maklum

mohad said...

salam... apa khabar

keylink said...

Jom jom mancing. Kene bawak gitarkan?