Thursday, April 17, 2008

4 Jam Di Markas Pas, Berharihari di Sabak Bernam

Banyak perkara yang di bincang kan. Islam, melayu, keikhlasan dap, pkr, mic dan mca. Di mana kedudukan ekonomi orang islam. Gembira dapat mendengar dari mulut2 mereka tentang kesilapan Umno dan kebimbangan mereka.

Kesilapan umno, saper yg tak tahu, aku orang umno, aku tau la, nampak depan mata. Kebimbangan mereka pon tak leh nak disebar begitu mudah di blog ini kerana mungkin dijadikan bahan politik dari umno/bn atau kelangit.

Yang paling penting, kukuhkan ekonomi. Masa pilihanraya sudah habis. Bagi lah polisi mcm mana sekali pon, DEB ker? DAB ker? Pucuk pangkal terletak pada kesedaran diri, didik diri dan masyarakat, kukuhkan ekonomi. Ekonomi kita adalah kerja sosial yang wajib kita bina. Jangan tunggu dapat majoriti mudah. Tak payah mimpi dapat 2/3 parlimen. Jangan sampai terlambat.

Ramai juga yang bertanya: kenapa tidak masuk PAS sahaja. Maaf, ini bukan blog tunjuk sebab. Tapi aku ada alasan sendiri mengapa masih di dalam Umno. Jadi pembangkang ini menarik juga suasana nya. Tapi, untuk menyanggah sesuatu keputusan yang telah di buat kerajaan (BR) di selangor ini, perlulah dengan penuh hikmah, bukan melalak di tepi jalan tunjuk gambar babi dengan pelbagai ragam. Nak menegur kerajaan bukan begitu caranya. Tak belajar2.

Persekutuan BN, Negeri BR, gua ingat gua nak join persatuan pulak lah, persatuan bebas skit dari parti. gua join persatuan QRAM dan persatuan penduduk, ini pon ada hajat pemimpin2 politik belumba2 mintak jadik ketua, udahudah le tu. Ini masa bekerja, persatuan penduduk ni bukan badan politik, tapi membincangkan isu2 penduduk setempat dan mencari jalan penyelesaian terutama dalam bidang ekonomi penduduk setempat. Yeahhhhh. Ok bro A, lu buleh wat aper, A kata dia ada lori najis, Bro B ada mesin water jet, Gua sebagai C, ada kepakaran dalam menyelesaikan masalah pembetung tersumbat. Gua dapat job, gua dah ada Bro A dan Bro B untuk cover gua darisegi gunatenaga dan peralatan. Begitu juga lah sebaliknya. Tapi, kalau tanya modal, jgn pulak harapkan broA dan broB. Itu sudah cerita lain. amik kesempatan tu. Gua rasa masalah amikesempatan ni mudah dikenalpasti.

Gua sebenarnyer kepenatan lepas kerja di sabak bernam. gua klasifikasi sebagai projek rugi kerana opportunity profit terlepas. Tapi banyak pengalaman gua dapat. Maklumlah gua ni bukan engineer, so kat sini lah gua belajar pasal jenis tanah. Buat sesuatu bangunan dengan mengikut kesesuaian tanah adalah amat penting dan kritikal.

Gua nampak kat sabak ada tempat nama nya KELONG. memancing di tengah laut dan duduk di kelong. Mcm menarik. Betolak dari jeti BNO. Akan gua pikirkan. Lepas ni kalau gua kene keje kat sabak lagik, ingat dok kat homestay ok kot. Kat sabak ni kebanyak gua tgk orang jawa. Banjar pon ada dan minang. lain2 keturunan tak perasan plak gua.

4 comments:

Anonymous said...

aku tak penah lagi gi ke kelong tu..padahal aku duk kat situ :D hehehe

Titi Wangsa said...

new favourite blog aku :D

kenit said...

mancing bawak gitar naik keta kancil.. tapi bawak balik ikan sepat... kekkkekekekekekke

Zan said...

ni aper jadah jual toner kat brasil suruh aku beli ni. Ish.