Thursday, September 07, 2006

Tersenyum Puas

KOSMO! 2 3 hari lepas citer pasal penipuan pelaburan di internet. Walaupun terlambat dalam menyebarkan penipuan yang berleluasa itu, masih mampu menyedarkan pada mereka yang baru nak menceburkan diri dalam skim-skim begitu.

Perkara biasa yang akan tetap terjadi, walaupun Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran, mereka yang terlibat terutama yang telah mendapat pulangan akan bermati-matian mempertahankan skim pelaburan tersebut. Tahniah, mereka ini sebenarnya usahawan yang berjaya, apa kata orang seperti kalian pergi kursus dekat public mutual ker, jadi agen unit trust untuk MAA ker atau jadi broker saham. Ini kerana kerja2 yang disebutkan sebentar tadi merupakan kerja yang memerlukan interpersonal skill (betul ka eja) yang sama seperti yang telah kalian lakukan (dari kaca mata peribadi saya).

Saya menyeru kepada semua rakan2 blogger supaya menyelitkan, paling tidak sekali dalam tulisan mereka agar menjauhi skim2 pelaburan berisiko tinggi di internet agar tiada yang menjadi mangsa lagi. Hari ni kene kat orang lain, maner tau esok lusa adik atau sedara mara kita yang terjebak, ralat juga hati dibuatnya.

No comments: