Monday, July 03, 2006

Isnin, Penat di Hari Minggu

hari yg penat bagi aku, sebab semalam sedara mara baru balik...so kene kemas rumah ini hari. Semalam mak dan uncle bertolak untuk pergi Umrah. Tadi call dah sampai yaman. Nama tempat lupa. Aku kene amik alih sumer kejer company. Tapi, jadik boss company kecik ni tak bes langsung. Penat. semua kene buat sendiri. Kalau despatch ker kerani ker kan bagus. Tapi tu sumer overhead aku jugak yg tak bagik diorang amik pekerja yg tak mendatangkan faedah tu. Tau datang kol 9 balik kol 5. Ngulor 4 , 5 jam. Kalau orang yg ngulor ni kira makan duit haram mcm rahsuah tak ? Susah nak dapat pekerja yg ikhlas untuk kemajuan company ni. Buat masa ni ada la 3, 4 orang yang bebetul bekerja bukan hanya sekadar gaji.

Sebelum ni, kenit dah dapat anak pompuan. Ish..pompuan gak, haris punya laki kot. Ramai bertanya, mana untung, dapat anak laki ke pompuan, jawapannya, kita orang yg beruntung sbb ada anak lelaki atau perempuan. Perempuan ni semua orang tahu jaganya susah sampai la dia kawen. Yg laki ni, susah mase budak2 nak jaga kepala main nya tu. Berlari ke sana berlari ke sini yang dah sah lebih pantas dari perempuan. Jgn mengeluh kalau dapat perempuan, fakta terbaru mengenai orang cina sekarang, diorang lagi suka anak perempuan dari anak lelaki. Sudah tukar, suda tamau anak laki. Manyak jadik samseng. Anak pompuan tolong emak jual itik gantung banyak baik itu anak. Anak lelaki, kenapa anak lelaki nakal dan kenapa anak lelaki baik. Ada sesetengah bapak tak sanggup nak pukul anak lelaki, katanyer waris lah aper lah, ahahha....gua pon taktau... tak baca pasal anak laki. Aku pon bukan baca, pakcik aku yg ustad yg citer, kalau nak pandai mender2 camni baca buku yg dari azhar yang merujuk terus pada al-Quran dan hadis. Tidak mcm buku2 tempatan, isi kandungan nya bole di kira sebagai kupasan semula yg entah level keberapa. So, serba sedikit pencemaran ilmu itu akan berlaku.

Gua dapat bayangkan seronok dapat anak kecik ni, sbb gua pon belom setahun lagik, masih belom lupa walaopon aku tak tengok orang umah aku kene bedah. Tapi kenet lu mmg hero bai, gua rasa gua tak hero lagik sebab tak buat apa yg lu buat tu. Lepas ni gua rasa haris pon jadik hero sebab dia pegi kat hospital orang kaya. Doa gua, kita jaga anak-anak kita baik2 ok. Nanti petang2 bole lepak kat taman tasik shah alam makan nasik lemak. tak pon duduk waterworld. hahahhaah.

World cup.... mana ada world cup straight winner.... gua itu hari tgk brazil ni main ngan france. Gua letakkan kekalahan brazil ni di dahi roberto carlos. Dia ni dah takleh maintain jadik defender lah. Dia ingat dia macam Sorin kot. Pengulas tu cakap defend attack. Batu yg dengar dia cakap balik kat gua. Time free kick bole kene tipu ngan henry...bodonyer carlos...sebab lu arr gua kempunan nak tgk brazil vs italy...hehhehe.

Untuk semi ni, gua taktau dapat tengok ngan kengkawan atau tidak. Sbb gua nak balik ganu. Hari rabu pagi. Gila melilau kang tengok jalan. World Cup kali ni pada gua amat kompetitif. Gua harap dapat dapat melambaikan tangan kepada pemain brazil yg nak meninggalkan german dengan ucapan 'ingatku dalam doamu' dendangan kumpulan STING.

2 comments:

kenit said...

igt jangan tak igt...

Zan said...

igt bai... gua ingat