Sunday, May 28, 2006

Lawak Sarkis MyTeam dan Team Malaysia

Apa lagi nak dikata, secara keseluruhan, team 'myteam' hanya buat lawak sarkis jika di lihat dari sudut permainan berpasukan. Mereka langsung tak bole main secara berpasukan. Gua taktau la, gua ingat power sgt. Mungkin baru 3 bulan bersama kot. Tapi, kenapa main bola mcm main sarkis. Gua rasa shebby lebih baik terus menjadi pengkritik. Tak sesuai lah jadi jurulatih. Yang bagusnya, gua rasa team 'myteam' berjaya melahirkan 3 pemain yang bole blah, arun, fairus dan defender yang kene buang padang tu.

Apa lagi yang nak di kata. Myteam tak sekuat maner, pasukan malaysia pula mcm biasa. Mmg nampak beza pemain pro dengan amatur. Tapi bolasepak ditentukan dengan jumlah gol yang dijaringkan. Gua mungkin paham pasukan malaysia dibawah kendalian k-rajagopal agak italian sket berbanding dgn team malaysia yang lepas, ya mereka main permainan ala inggeris. Tapi, bole ke main mcm italian di mana hampir semua rakyat malaysia sekarang dibesarkan dgn permainan ala inggeris dan brazil wannabe. Senang citer, malaysia pon sarkis daa.

Apa lagi nak dikata, yang main mcm haram, yang pengadil pulak. Mata buto..oppss buta. Tahap ketegasan pengadil tidak konsisten. Sekejap tegas sekejap lembut. Perkara begini tak berlaku pada pengadil FIFA. Dan keputusan pengadil amat mempengaruhi permainan.

Apa lagi nak dikata, FAM, pertandingan ni bukan setakat menang dan kalah. Lebih kepada membuka mata dan minda mencari penyelesaian bersama rakyat dalam meningkatkan mutu bolasepak negara kita yang telah lama dibontoti oleh rakyat malaysia sendiri.

Tahniah dan terima kasih.

4 comments:

botakz said...

mat aper nak dikater.. gua yang nengok pun rasa nak nangis jerk.. tapi FAM jaga gak mat... tue pasal dia antar team RajaGopal.. kalau antar team satu lagik.. kalah lagik malu wooo.. huhuhuhuh..
betul bai.. arun tue memang bagus.. dah ler lari cam pelesit.. kalau tak doa tak dapat man of the match bai.. wakakkakakak..
overall, game cam gampang.. nasib baik gua nengok TV jerk.. (walaupun bertelagah ngan bini gua yang nak nengok AF Prelude) wakakkakakak.. kalau tak rugi jerk 10 hengget.. leh wat beli 4 burger special ... kakakakkaa

keylink said...

gua baru tau shebby singh tu serbegeth singh, bace paper semalam......

kenit said...

uihh aper benda punyer pertandingan nih..

Zan said...

ni orang malaysia jer tau mat... myteam lwn malaysia